Assalamualaikum.....
Adoiii letihnya .....seharian hari ni akak terpaksa tinggalkan anak2 kat rumah atas suatu urusan. Nasib baik la ada cik abang uruskan. Tq soooo muchhh abangggggg!!!
Sesampai jer akak di rumah petang tadi ,tengok ada sikit lagi nasi goreng yang suami akak buat tadi...kesian la pulak. On the way balik tadi , akak singgah beli daging segar utk masak makan malam ...Sementara tu akak bagi depa makan biskut jer dulu....300gm biskut berjaya dihabiskan dlm beberapa minit saja....championnnn lahhhh anak2 ibu nih!!!
Daging Masak Lada Hitam ni simple dan cepat . Sesuai la kalu dihidangkan bersama nasi putih panas ketika tengah lapar tu...hehehe..
Resepi ni Kak Za ( kak ipar i yg vogue tu...) yg bagi ...masa dia gtau akak tu ,akak tak salin pon ..ni akak main agak2 ikut rasa...
Daging Masak Lada Hitam
Bahan2nya
500gm daging-dihiris
1 sd makan jintan manis-dikisar
1 sd makan lada hitam (boleh kurangkan ikut selera)-dikisar
2 biji bawang besar ( 1 biji dikisar , 1 biji lg dihiris)
2 ulas bawang putih-dikisar
2 cm halia-dikisar
3 sd makan kicap lemak manis
garam dan serbuk perasa
Cili hijau -dihiris
Cara2nya
Tumiskan bahan2 yg dikisar hingga naik bau. Masukkan daging ,kicap ,garam,perasa -kacau sebati. Biarkan mendidih . Bila kuah dah pekat dan daging empuk- masukkan cili hijau dan bawang besar yg dihiris. Kacau dan tutup api . Siap untuk dihidangkan.
Suka memasak dan sentiasa mencuba resepi baru. Ingin berkongsi idea & bertukar2 resepi. Terima kasih kepada yang sudi singgah ya...
Followers
Saturday, May 12, 2012
Monday, May 7, 2012
Nasi Dagang
Assalamualaikum...
Hari ni akak cuti lg (oppsss baru perasan date setting kat camera akak dah lari (sepatutnya 7hb kannn..)...dah tiga hari dok rumah ...best ,best,best!!!Sempatlah akak masak stok2 yg beli kat Kelantan hari tu....Godek2 kat dapur jumpalah beras dagang. Apalagi masak nasi dagang la hari ni....bersama dgn gulai ikan merah bukan ikan tongkol sebab semalam ikan merah je yg nampak fresh kat pasar tu... Resepi ni akak dapat dari Blog Cik Manggis.
Nasi dagang ni senang sebab tanak je ,tak payah susah2 nak kukus-mengukus...
Tq Cik Manggis...
Nasi Dagang ( versi tanak)
Sumber resepi : Blog Cik Manggis
Bahan2nya
2 pot (saiz-160ml) beras pulut ~ akak guna beras dagang
4 pot (saiz -160ml ) beras biasa~ beras pulut
3 ulas bawang merah -dihiris
2 inci halia
garam secukup rasa
1 sd makan halba ~ akak masukkan 1/2 sd teh halba
1 mangkuk santan + air = 4 mangkuk
(akak gunakan penyukat beras tadi utk sukat air ( 6 pot beras = 5 1/2 air)( tengok jenis beras la, kalu perlu tambah air ye!)
Cara2nya
1. beras direndam 2 jam ~ rendam 6 jam (sebab beras dagang -kena lama sikit)
2. Basuh dan toskan
3.Satukan semua bahan2 dan masak didalam rice cooker mcm masak nasi biasa.
Gulai Ikan
Bahan2
4 keping ikan tenggiri /ikan tongkol/ ikan merah
11/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun ~ akak tak letak pon
6 biji cili api ~akak letak cili besar hijau
1 inci lengkuas
1 keping asanm gelugur
7 ulas bawang merah
2 biji bawang putih ~akak tambah (cik manggis tak letak bwg putih)
1 inci kunyit hidup
1/2 pack rempah kari ikan
1/3 sd teh jintan putih ~akak tambah
minyak untuk menumis
Cara2nya
1)Blend cili kering,kunyit,lengkuas,jintan,bawang putih dan bawabg merah hingga hancur.
2)Campurkan dgn remah kari
3)Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dikisar hingga naik baunya
4)Masukkan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat
5) Masukkan ikan ,garam, gula,asam keping
6) Biarkan mendidih lagi
7) Bila ikan dah masak ,boleh diangkat dan hidangkan.
Acar
Timun ,carrot - diparut
Bawang besar,cili hijau,merah dihiris
sedikit garam,gula,dan cuka.
gaulkan semuanya.

Saturday, May 5, 2012
Roti Arab
Assalamualaikum,
Ahlan wa sahlan!!
Tuuuu dia...baru makan dua~tiga biji roti arab dah boleh cakap arab....cayalahhhh!....Eleh...setakat greetings saja sesapa pon boleh..kehkehkeh....Ok la entry akak kali ni adalah berkenaan ROTI ARAB versi goreng. Kalu nak ikut original roti arab kat Timur Tengah tu depa bakar pakai hot stone & masuk dalam oven @ yg paling klasik ialah yg tempek dalam oven ala2 tempayan tu.
So....yg ni adalah versi kita kat M'sia ni....
Resepi ni akak dapat dari Sofinar -MyResepi. Tima kasih ya Sofinar..

Sumber resepi : MyResepi ~Sofinar
Bahan2nya
2 sd besar mentega
2 sd besar minyak masak
2 sd basar gula
300ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum
Cara2nya
1.Mentega,minyak dan gula dibancuh dgn air suam
2.Tepung digaul degan yis
3.Kemudian campur semua bahan dan diuli hingga licin dan kental
4.Perap selama 1 jam didalam bekas yg tertutup
5.Setelah adunan naik ,uli semula dan bahagikan kepada 18 dan bulat2kan.
6. Canai nipis2 lebih kurang 0.4 cm
7. Panaskan minyak dan goreng , bila kembung baru diterbalikkan
(Tips: untuk mempercepatkan proses pengembungan roti ni , sila ceduk dan tuangkan minyak panas tu ke atas permukaan roti).
8. Bila roti tu dah kekuningan , boleh diangkat dan dihidang bersama kari ayam@ apa2 kari yg anda gemari .
Wednesday, May 2, 2012
Rombongan Kak Nita ke Pantai Timur
Assalamualaikum....
Alhamdulillah 2-3 hari lepas akak ,suami dan anak2 telah berpeluang ke Pantai Timur (Kelantan & Terengganu). Rombongan konon....hahaha ..saja jalan2 bawa anak2.Selama 3 hari 2 malam di sana, kami sempat melawat ke tempat2 menarik di sana. Antaranya ialah Masjid Kristal , Taman Tamadun Islam,Pasar Payang,Muzium Negeri Terengganu,Pasar Siti Khadijah , Rantau Panjang dan lain2 lagi.
Yang paling menarik bagi akak ialah makanannya.......akak sukaaa.....

Nasi Tumpang @ nasi tupe'-yang ni mmg tak dak kat Penang nih...
Nasi ni dibungkus memanjang di dalam daun pisang bersama kari udang dan sambal kelapa + serunding.
Nasi dagang pon dibungkus mcm ni gak.
Nasi ni dibungkus memanjang di dalam daun pisang bersama kari udang dan sambal kelapa + serunding.
Nasi dagang pon dibungkus mcm ni gak.
Yg ni pon peberet akak jugakk....Nasi Kerabu.
Keropok Losong
Buah mangga pon murah kat sana.
Kuih Belimbing -sedap rupanya kuih ni....dapat gak merasa selama ni dok dengaq nama jer...
Semua kuih-muih/makanan ni boleh didapati di sini
Pasar Siti Khadijah...bangga sungguh akak tengok kaum hawa disini yg rata2nya rajin2 berniaga belaka.
Destinasi kami yg terakhir pada hari tu adalah Rantau Panjang. Ianya terletak bersempadan dgn Thailand.
Barang2nya pon murah...punya seronok membeli-belah sampai tak sempat nak bergambar.
Saturday, April 28, 2012
Nasi Lemak Mentega
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdullillah dapat bertemu lg di.hari minggu yg tenang ni....Hari ni pepagi lg agak dah masak nasi lemak yg kurang lemak , baekkk untuk kesihatan gitu! (yg sebenaqnya stok santan tak dak dlm peti ais...hehaha)bersama sambal tumis sotong kering ,telur rebus dan timun.
Disebabkan jadual akak hari ni sungguh padat ,maka sarapan ni amat sesuaiiiii..kalu lambat sikit prepare lunch pon tak pa, tak mengantuk . harap2 segala yg dirancangkan hari ni akan berjalan lancar.
Nasi lemak yg menjadi sarapan popular dikalangan masyarakat Melayu ni mmg sedap yg mana bahan utama untuk resepinya ialah beras ,santan, daun pandan , garam ,bawang dan halia. Memandangkan ramai dikalangan kita kini sangat mementingkan kesihatan maka nasi lemak ni tak lah boleh dimakan selalu/ atau kalu nak makan selalu bolehlah diubahsuai sedikit resepinya agar lemak tu dapat dikurangkankan.Ini terpulanglah kepada kehendak masing2.
Lama pula ceramah hari ni ye...ok la..kalu nak try nasi lemak simple ni ...ni la resepi nya:

2 1/2 cawan beras beras
3 cawan air(ikut jenis beras -tambah qty air sekiranya perlu)
3 sd besar mentega (bole jg digantikan dgn minyak)
1 ulas bawang putih,
2 ulas bawang merah
halia -sebesar ibu jari
sedikit garam
daun pandan
Kulit kayu manis , bunga cengkih ,bunga lawang.
Cara2nya
Basuh beras dan toskan. Bawang2 dan halia dihiris halus dan tumiskan bersama mentega,kulit kayu masis bunga cengkih, bunga lawang sehingga wangi.Masukkan semua bahan tumisan,beras ,daun pandan dan air dalam periuk nasi dan masak .
Mudahkan . Selamat mencuba.
hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda ya...Insyaallah ok!
Thursday, April 26, 2012
Gulai Ikan Sembilang
Assalamualaikum...
Dah makan malam ke semua? Lauk apa ya ? Kalu org Penang / Kedah ka mesti makan nasi dengan gulai.
Dari Kak Nita kecik2 lg mak dah ajaq makan gulai tapi akak tak pula rasa nak belajaq masak gulai.Bila dah kawin kena la pula masak bila rasa teringin nak makan. Habih tu ada saja masalah tak cukup yang tu ,yang ni...tapi bila selalu dok try2 ,tanya2 mak & mentua lama2 jd la gulai...hehehe... Gulai ikan mmg menjadi favourite kami sekeluarga especially gulai yg tak bersantan digandingkan pulak dgn sambal belacan dan ulam-ulaman perghhhhh.......pasti menyelerakan .....

Kalu nak resepinya sila klik sini
Saturday, April 21, 2012
Kek Lapis Asam Manis
Assalamualaikum ,
Sekejap je dah hari Sabtu pulak....banyak lg keja yg tak siap ...tapi tak pa rehat dulu ye kita jamu mata dgn kek ni... pastu bila free bole la cuba. Dua tiga hari ni asyik dok terliuq tengok kak Azlita Aziz dok melapis , jadi akak pon apa lg terus je buat kek lapis yg agak mudah sikit ~ Kek lapis Asam Manis. Rasanya mmg sedap tapi rupanya tak bole lawan Azlita Aziz atau Dayang Jack lagi...tak pa akak akan CUBA lg lepaih ni!..wahhhh semangat gitu ...hahaha...
Kek Lapis Asam Manis
Sumber Resepi 1 : Dayang Jack
Sumber Resepi 2 : Azlita Aziz (Masam Manis)
Bahan-bahannya
2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
4 biji telur A (sejuk)
180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovalette
2 sb horlicks - optional
125 ml susu segar (sejuk)
1 sk esen vanilla
80 ml minyak jagung
kepingan asam manis/hawflake secukupnya (DJ guna sebesar duit 50 sen)
sedikit pewarna hijau/pes pandan dan kuning
Cara-caranya

- Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
- Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, hawflake dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
- Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
- Bahagikan kepada dua bahagian (lebihkan sedikit adunan untuk lapisan hijau). Bubuhkan pewarna hijau/pes pandan dan satu bahagian lagi diwarnakan kuning. Untuk lapisan hijau dan kuning, bahagikan lagi adunannya kpd beberapa bahagian mengikut saiz loyang agar lapisan menjadi sama rata.
- Tuangkan lapisan pertama (hijau) ke dalam loyang dan susunkan hawflake di atasnya (JANGAN DITEKAN). Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 5-7 minit).
- Tuangkan lapisan kuning dan susunkan hawflake diatasnya dan kukus. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala).
- Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong
Sunday, April 15, 2012
Karipap Pusing
Assalamualaikum,
Dah lama rasanya tak update blog ni kan...seminggu dah kot...biasalah dok menyibokkan diri dgn kerja, anak2 , balik kg...ahhhh alasannnn tuhhh.... !Tak mo lah...cakap apa2 lg.
Makan apa petang ni?
Kalu ada karipap pusing ke sedap jugak kan ...Hari ni akak nak share satu resepi karipap pusing yg akak dapat dari Jurnal Alkiram atau kat rinnchan fotopages . Kalu tak sempat petang ni , pagi esok ke , petang esok pon boleh...hehehe.
Ni dia rupanya karipap yg akak buat dan resepinya sekali ...
Karipap Pusing
Sumber Resipi : Jurnal Alkiram atau http://rinnchan.fotopages.com
Bahan2
Doh berminyak
150gm ( butter/marjerin+crisco/shortening)
300gm tepung gandum
Doh Biasa
700gm tepung gandum
1 sudu teh garam
air (anggaran dalam 2 cwn)
Cara2nya boleh rujuk step by step kat sini
Inti bole ikut selera sendiri @ bole ikut sini
2 biji Keledek @ 4 biji kentang
1 biji bawang besar (didadu)
2 ulas bawabg putih (dicincang halus)
segengam udang kering, direndam .ditumbuk
3 sd besar serbuk kari
sedikit daun kari/daun bawang/daunsup
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya.
Cara2
Tumiskan bawang putih, masukkan rempah kari yg telah digaulkan dengan sedikit air . Biarkan sedikit garing dan wangi. Masukkan udang , kacau, Masukkan ubi dan air . Bila mendidih masukkan bawang besar. Biarkan sehingga kering & empuk.kemudian masukkan daun sup dan angkat.

Sunday, April 8, 2012
Tiramisu
Assalamualaikum....
Hari ni ada tetamu istimewa nak mai rumah . Dok pikir nak masak apa, tetiba teringat dah lama tak buat tiramisu. Senang dan simple jer tiramisu ni. Semalam selepas selesai semua keja rumah akak pon mula buat dan simpan kat peti ais. Pagi ni dah boleh hidang. ... tak dan tetamu nak sampai dah habis setengah...hehehe..
Resepi ni akak ambil dari MyResepi -umi e. Akak buat ni loyang 9" - guna 11/2 adunan.

Sumber Resepi : MyResepi: Umi e
1/2 bungkus biskut marie coklat ( boleh juga guna biskut tiramisu/sponge fingers/sponge cake)
250g cream cheese
250g whipping cream (akak guna jenama RICH)
150g gula (akak letak 30g sebab whipping akak dah manis)
setengah cawan susu + air (ini akak yg tambah resepi asal tak de)
satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
serbuk koko/coklat utk hiasan
Cara-cara
satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang. Pastu Masukkan susu. Kacau sebati.
Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
Setelah itu letakkan satu lapisan adunan cheese yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata.
Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais.
Hias kan dengan taburan koko/coklat di atasnya ikut suka.
Monday, April 2, 2012
Fruits Flan Cake for Irfan's Birthday
Assalamualaikum....
Alhamdulillah ,pada 30hb. Mac 2012 , anak akak yg kedua -Irfan Wafiq Bin Mazlizan telah menyambut ulang tahun kelahirannya yg ke 11. Katanya harijadi kali ni dia nak makan kat McDonald je....so malam tu jugak kami satu family ke McD . Tapi rasa tak best pulak ...tak adil rasanya kalu tak buat kek utknya. So,bila check stok kat dapur -ada lah peach dalam tin , akak pon buatkan Fruits Flan Cake yg simple ni....
Ibu , Abah,abang Luqman , Balqis dan Rafiq doakan moga2 Irfan akan berjaya dunia dan akhirat. Amin.

Kami sekeluarga mmg suka kek ni. Gabungan rasa buah-buahan ,cream dan sponge kek yg lembut dan spongy tu mmg menarik dan mengasyikkan gitu.... kalu nak cuba sila lah....
Resepi sponge kek ni akak amik dr blog Wendy...resepi asalnya adalah Orange Chiffon Cake - akak terjemahkan dlm bahasa Melayu ye....
Kek Span
Sumber resepi : wendyinkk.blogspot.com
Bhn A
115ml jus oren (akak gantikan dgn syrup peach tu )
4 biji kuning telur
75ml minyak
100g gula kastor (akak letak 80g)
150g tepung gandum
1 sd teh baking powder
1sd teh parutan lemon (akak tak letak pon)
Bhn B (meringue)
4 biji putih telur
90g gula kastor (akak letak 80g)
1/8 sd teh krim tar tar
Bahan C ( akak buat sendiri- agak2 gitu....)
Untuk topping /hiasan
11/2 cawan whipping cream (jenama RICH)
Buah peach dlm tin - slice ikut kreativiti
Ceri / Kiwi/ Strawberry -slice
Hirisan badam - dibakar sampai rangup .
Cara2nya
Dari bahan A
Putarkan gula & telur hingga kembang.
Masukkan tepung yang telah diayak dgn baking powder diselang-selikan dgn syrup peach.
Akhir sekali masukkan minyak.Kacau sebati . Ketepikan .
Pukul bahan B sampai bertanduk.
Masukkan bahan B sedikit demi sedikit ke dlm A. Gaul secara kaup balik sampai habis.
Masukkan kedam dulang pembakar tak perlu digriskan dulu sbb sponge kek selalunya tak melekat.
Pastu bakar dgn suhu 170-180 degree Celcious.
Bila kek masak . Keluarkan dari dulang pembakar , biarkan sejuk.
Sementara tu pukul whipping cream sampai bertanduk . Letak dalam peti ais dulu.
Bila kek dah sejuk , potong kek kepada dua bahagian.
Sapukan sedikit syrup peach tadi atas lapisan pertama diikuti dengan krim tadi , ratakan dan taburkan sedikit peach yg didadukan . Letakan lapisan kedua kek dan sapukan krim keseluruh kek . letakkan badam disekeliling kek dan hiaskan dgn buah -buahan diatasnya. Siap....pastu sejukkan dalam peti ais semalaman. Esokya pasti sedappppp......dan sedia dihidangkan...
Sunday, April 1, 2012
Fettucine Bolognese
Assalamualaikum & Salam Sejahtera....
Minggu ni semua anak2 akak ada dirumah. Seronok sungguh dapat masak dan makan reramai satu family sambil gelak2,sembang2...macam2 cerita dapat dikongsi....tapi org tua2 kata tak boleh cakap2 masa makan kannn? Petua tu sebenarnya ada juga kebaikan dan keburukannya . Antara kebaikannya makanan tu dapat dimakan dengan sempurna dan cepat. Keburukannya pula nnt bila bercakap2 mungkin akan tercekik la gitu pulak...hehehe...Apa-apa pon yg penting pandai2 la kita nak mengamalkannya ikut kesesuaian dgn cara hidup kita. Zaman sekarang ni waktu makan tu la yg kita dapat berkumpul ,bersembang dan sebagainya .
Salah satu makanan yg direquest oleh anak2 tu adalah Fettucini Bolognese. Pasta ni mmg tak pedas sesuai untuk budak2. Simple dan cepat....
Fettucini Bolognese
Sumber resepi : akak sendiri yg campak- mencampak
Bahan2nya
1/2 pack fettucine ( kalu nak spaghetti/macaroni pon boleh ye...)
1 tin tomato soup Campbell's ( 320g)
2 ketul isi dada ayam - didadu ( kalu nak letak seafood/beef / tuna pon boleh ye ...)
1 biji Bawang besar -didadu
1 biji bawang putih -dicincang
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh lada sulah
garam,gula dan kiub pati ayam knorr-secukup rasa
1 sudu makan sos cili
1/2 cawan air
Cara2ya:
Fettucini direbus dengan air (1/2 periuk)+ sedikit minyak sehingga empuk. Dibasuh dan ditoskan dan biarkan sejuk.
Kuah :
Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan , masukan bawang besar , ayam -kacau sebati .
Masukkan tomato soup, garam ,gula,kiub ayam dan sos cili dan air. Biarkan mendidih dan pekat.
Jangan lupa ...rasa dulu kalu cukup rasa ...barulah angkat dan hidangkan...
Selamat mencuba!!!!.

Thursday, March 22, 2012
Kek Pisang
Assalamualaikum ,
Akak pasti ramai dikalangan kita suka makan pisang. Macam-macam kuih muih tradisional yg menggunakan pisang , antaranya adalah lepat pisang , talam pisang, cekodok(jemput2 pisang), apom pisang ,kek pisang dan macam2 lg lah...
Hari ni akak nak share resepi & rupa kek pisang yg akak cuba dr blog DJ. Terima kasih bebanyak DJ..resepi ni mmg menjadi ....sila layannnn.....
Kek Pisang Gebu
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :

- 2 cawan tepung gandum (DJ guna 1 3/4 cawan tepung dan 1/4 cawan horlicks (akak gantikan dgn susu tepung)
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 cawan pisang yang sudah dilecek
- 1/2 sudu besar ovalette
- 1/4 cawan susu cair atau susu segar
- 4 biji telur gred B
- 1 cawan gula kastor (-/+)
- 1 sudu kecil esen vanilla atau esen pisang
- 100 ml minyak jagung atau mentega cair
Cara-cara :
- Panaskan oven pada suhu 160-170C atau ikut suhu oven masing-masing. Griskan loyang kek dengan mentega.
- Dalam bekas/mangkuk yang agak besar, satukan kesemua bahan di atas KECUALI pisang dan minyak jagung/mentega cair. Putar adunan pada kelajuan minima selama 1 minit dan kemudian putar lagi pada kelajuan maksimum sehingga kembang dan gebu.
- Masukkan pisang yang sudah dilecek tadi dan putar perlahan hingga sebati.
- Akhir sekali tuangkan minyak jagung/mentega cair dan kacau perlahan-lahan dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
- Apabila sudah sebati, tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakarlah selama 45-50 minit atau hingga masak keperangan.
- Setelah masak, sejukkan kek sebelum dipotong.
Saturday, March 3, 2012
Baking Class 2
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Breakfast apa pagi ni ya? Pagi ni anak2 semua pi sekolah , akak cuma masak nasi goreng aje...
Ok ..hari ni akak nak share gambar akak semasa kelas kek yg akak attend semalam. Dua jenis kek je
-Kek Lapis Asam Manis & BlackForest Cake . Akak dah pernah buat kek ni ,cuma nak tengok cara2 betul dan nak rasa kek chef tu . So, apa yg akak dapat drp kelas tu adalah tips2 yg bagus .. ...disamping dapat kawan2 baru.

Wednesday, February 22, 2012
Apam Dot~Dot
Salam Semua...
Hari ni akak nak post satu koleksi apam yg dah lama akak buat ni .....akak percaya ramai yg dah cuba ni ...tapi kalu terlupa resepinya jgn malu,jgn segan ~ referlah kat sini ya....:
Apam Dot Dot
Sumber Resepi : Myresepi-lyne
Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
• 3 biji telur
• 275 gm tepung gandum*
• 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
• 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
• 1 sudu teh ovallete
• Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
• Pewarna & Esen Vanilla
• 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)
Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
4. Picitkan blueberry filling secukupnya
5. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
9. Selamat Mencuba :)

Sunday, February 12, 2012
Red Velvet Cake
Alhamdulillah , semalam genaplah 37 tahun umur akak. Sebagai tanda kesyukuran ,akak telah melaksnakan impian akak yg telah lama terpendammm chewwahhh~ nak rasa Red Velvet Cake . So, akak pon pi intai resepi kat blog Kak Zai (Teratak Impian) . Maka terhasillah..RVC yg pertama dlm hidup akak !. Rasa Ok ,sedapppp..tapi rupanya jauh beza dgn Kak Zai punye...tak sekemas RVC Kak Zai.
Red Velvet Cake
Sumber Resepi : dapurcomelku.blogspot.com (Teratak Impian)
Bahan-bahan
Bahan Kek
Cara-cara
Red Velvet Cake
Sumber Resepi : dapurcomelku.blogspot.com (Teratak Impian)
Bahan-bahan
Bahan Kek
- 250g tepung kek *
- 1/2 sk garam *
- 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
- 113g @ 1/2 cawan butter
- 160g gula kastor - resepi asal 300g
- 2 biji telur gred A - saya gune 3 biji gred B
- 1sk esen vanila
- 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
- 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - saya letak 1sm jer
- 1 sk cuka
- 1 sk soda bikarbonat
- 227g cream cheese
- 227 mascarpone - saya ganti cream cheese
- 115g @ 1 cawan gula kastor
- 360ml @ 11/2cawan whipping cream
- tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Cara-cara
- Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
- Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
- Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
- Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
- Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
- Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
- Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
- Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
- Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
- Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
- Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
- Potong dan hidangkan.
Monday, February 6, 2012
German Black Forest Cake
Rasanya masih belum terlambat kalu akak nak ucapkan Salam Maulidur Rasul.
Cuti2 ni berpeluang lah akak untuk baking membaking. Lagipon ramai yg sambut harijadi feb ni ( kakza, mirza ,haziq,luqman & akak sendiri).
So, terhasillah kek ni .Ini adalah kombinasi Russian black & white cake & German black forest cake . Dilapisi cream cheese & whipping cream ditengah nya.

Wednesday, February 1, 2012
Puding Tembikai
Salam....
Bagi penggemar puding macam akak ni , kalu tengok je puding2 yg colourful mcm ni mesti rasa nak cuba punyalah...mmg best ..boleh lupa segala masalah .....percayalahhhh....
Puding Tembikai
Sumber Resipi : MyResipi.com -lyne
Bahan-bahan ( Loyang 4 segi 7 inci )
1 paket agar-agar tali (15-20gm)
4 keping roti gardenia*
1 3/4 cawan susu cair*
6 cawan air
1 cawan susu pekat*
1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan jadi 1 cwn sbb terlalu manis)
2 sudu besar mentega
sedikit esen vanilla
Bijan Hitam/ Cincau/ Kismis Hitam/ Biji Selasih (opional utk biji tembikai..tak letak pun x pe)
Cara-cara
- Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur
- Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Blend halus semua bahan yg bertanda *
- Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
- Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) Saya Agak2 je ketebalan kulit tembikai ni. Biar keras sedikit.
- Lapiskan sedikit warna asal diatas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit Adunan selebihnya diwarnakan merah, lapiskan perlahan2 diatas lapisan putih/warna asal tadi.
- Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.
Monday, January 30, 2012
Laksam
Saya dah berkali2 buat Laksam dr resipi Yani Myresepi.. . Kebanyakan resepi Yani ni mmg menjadi. Terima kasih bebanyak ye Yani.!
Laksam
Sumber resipi : Yani MyResepi
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
- 3cwn tpg beras
- 1/2 cwn tpg gandum
- 4cwn air suam
- >>bahan kuah:
- Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
- Sdkt halia
- Sdkt bwg putih
- Sdkt bwg merah/besar
- Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
- Santan
- Asam keping
- Sdkt garam
- Sedikit gula merah/gula
- >> Bahan ulam
- timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
- >>cili:
- cili merah
- belacan
- garam
- limau
Cara-cara
- Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
- Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
- Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
- Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau
Sunday, January 15, 2012
Strawberry Cheese Tart
Salam,
Saya dan keluarga mmg suka makan cheese tart, dan mmg selalu buat untuk makan dan kekadang ada juga tempahan dr rakan2 . Dua hari lepas ada tempahan ,so saya buat lebih sikit :
Sumber resepi dr Blog Azita Kitchen ( Strawberry cheese tart).
Terima kasih banyak2 Azita....

Sumber 1: Azita Kitchen
Sumber 2: Azlita Aziz
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart
Utk cream cheese
250gm cream cheese
50 gram gula halus
1 biji telur
Putarkan cream cheese dan gula hingga sebati . Masukkan telur dan kacau sebati serta sedikut esen vanila
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
- Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
- Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
- Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
- Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)