Followers

Sunday, April 8, 2012

Tiramisu

Assalamualaikum....

Hari ni ada tetamu istimewa nak mai rumah . Dok pikir nak masak apa, tetiba teringat dah lama tak buat tiramisu. Senang dan simple jer tiramisu ni. Semalam selepas selesai semua keja rumah akak  pon mula buat dan simpan kat peti ais. Pagi ni dah boleh hidang. ... tak dan tetamu nak sampai dah habis setengah...hehehe..
Resepi ni akak ambil dari MyResepi -umi e. Akak buat ni loyang 9" - guna 11/2 adunan.






Tiramisu
Sumber Resepi : MyResepi: Umi e

1/2 bungkus biskut marie coklat ( boleh juga guna  biskut tiramisu/sponge fingers/sponge cake)

250g cream cheese

250g whipping cream (akak guna jenama RICH)

150g gula (akak letak 30g sebab whipping akak dah manis)

setengah cawan susu + air (ini akak yg tambah resepi asal tak de) 

satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)

serbuk koko/coklat utk hiasan


Cara-cara


satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang. Pastu Masukkan  susu. Kacau sebati.

Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar

Setelah itu letakkan satu lapisan adunan cheese yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata.   

Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. 

Hias kan dengan taburan koko/coklat di atasnya ikut suka.

7 comments:

f!fz said...

waaaa... sedapnya k.nita....

Kak Nita said...

peberet sofi kan..

melati qxara said...

Sedapnye.copy resepi bleh?

melati qxara said...

Sedapnye

Kak Nita said...

Salam perkenalan melati,,...nak copy bole...

Anonymous said...

Akk susu cair ke susu pekat

Kak Nita said...

susu cair