Followers

Sunday, January 15, 2012

Strawberry Cheese Tart

Salam,

Saya dan keluarga mmg suka makan cheese tart, dan mmg selalu buat untuk makan dan kekadang ada juga tempahan dr rakan2 . Dua hari lepas ada tempahan ,so saya buat lebih sikit :

Sumber resepi dr Blog Azita Kitchen  ( Strawberry cheese tart).
Terima kasih banyak2 Azita....



Strawberry Cheese Tart
Sumber 1: Azita Kitchen 
Sumber 2: Azlita Aziz

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart



  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
  7. Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. 
  8. Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  9. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
  10. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.



2 comments: