Followers

Saturday, April 28, 2012

Nasi Lemak Mentega

Assalamualaikum dan salam sejahtera....


Alhamdullillah dapat bertemu lg di.hari minggu yg tenang ni....Hari ni pepagi lg agak dah masak nasi lemak  yg kurang lemak , baekkk untuk kesihatan gitu! (yg sebenaqnya  stok santan tak dak dlm peti ais...hehaha)bersama sambal tumis sotong kering ,telur rebus dan timun.
Disebabkan jadual akak hari ni sungguh padat ,maka sarapan ni amat sesuaiiiii..kalu lambat sikit prepare lunch pon tak pa, tak mengantuk . harap2 segala yg dirancangkan hari ni akan berjalan lancar.

Nasi lemak yg menjadi sarapan popular dikalangan masyarakat Melayu ni mmg sedap yg mana bahan utama untuk resepinya ialah beras ,santan, daun pandan , garam ,bawang dan halia. Memandangkan ramai dikalangan kita kini sangat mementingkan kesihatan maka nasi lemak ni tak lah boleh dimakan selalu/ atau kalu nak makan selalu bolehlah  diubahsuai sedikit resepinya agar lemak tu dapat dikurangkankan.Ini terpulanglah kepada kehendak masing2.

Lama pula ceramah hari ni ye...ok la..kalu nak try nasi lemak simple ni ...ni la resepi nya:


Nasi Lemak Mentega

Bahan2nya
2 1/2 cawan beras beras
3 cawan air(ikut jenis beras -tambah qty air sekiranya perlu)
3 sd besar mentega (bole jg digantikan dgn minyak)
1 ulas bawang putih,    
2 ulas bawang merah
halia -sebesar ibu jari
sedikit garam
daun pandan
Kulit kayu manis , bunga cengkih ,bunga lawang.

Cara2nya
Basuh beras dan toskan. Bawang2 dan halia dihiris halus dan tumiskan bersama mentega,kulit kayu masis bunga cengkih, bunga lawang sehingga wangi.Masukkan semua bahan tumisan,beras ,daun pandan dan air  dalam periuk nasi  dan masak .
Mudahkan . Selamat mencuba.
hidangkan bersama sambal tumis kegemaran anda ya...Insyaallah ok!

      

No comments: