Followers

Friday, January 3, 2014

Terung Goreng Berlada

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Ni lah hidangan paling simple didunia kot...Senang sangat dan sedap la kalu makan dgn nasi panas dan ikan kembong goreng . Rasanya semua org tau resepi ni.Tapi akak nak letak gak kat sini utk rujukan anak2 akak nnt. Resipinya semudah ABC gitu:

Terung Goreng Berlada
Resepi : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2
1 biji terung panjang ( size agak besar)
6 biji cili merah (dibuang bijinya)
6 biji cili padi
1 labu bwg besar
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
air asan jawa gula dan garam secukup rasa
Minyak masak

Cara2nya

  1. Terung di potong setebal 1 inci dan digoreng sehingga sedikit kekuningan.Ketepikan sebentar.
  2. Cili merah , cili padi , bawang besar , bawang putih , belacan dikisar kasar (jgn halus sangat )
  3. Tumiskan bahan kisaran tu sampai wangi .
  4. Masukkkan air asam jawa secukupnya.
  5. Perisakan dgn garam dam gula. kacau hingga masak dan sedikit kering.
  6. Siap dan tuangkan  ke atas terung digoreng tadi. 





2 comments:

fazliana said...

nmpk menyelarakan..nyum2 sedapny..tq sharing resepi=)

Kak Nita said...

fazliana,
InsyaAllah Sedap...cubalah..