Followers

Saturday, September 23, 2017

Air Asam Telur Rebus...simple yakmat!



Assalamualaikum...





Ni satu lagi resepi simple tp best . Sebelum ni banyak kali nampak ternampak ramai dok share kat MAHN . Satu hari bila xdak apa dlm peti ais knita try ...sedapp rupanya . 

Bahan2
Cili besar
Cili padi 
Air asam jawa 
Belacan 
Tomato
Bawang besar 
Hirisan daun kesom 
Garam dan gula secukupnya
Sedikit perasa (optional)
Telur rebus
Blender ja semua kecuali daun kesom dan telur ..siap
Bawang tu hiris2 pon bole

Kalau nak lg sedap ,cicah dgn terung bakar /kangkung celur..                                  

Selamat mencuba!

Sunday, June 18, 2017

Sotong Kangkung



Assalamualaikum,

Bersempena dgn sambutan hari bapa semalam, kak nita ada buat menu peberet abg zan (en suami) iaitu Sotong Kangkung. Senangkan ...xyah nak buat kek bagai sbb dia xsuka sgt kek2 ni..
Lgpon bulan2 posa ni bukannya nak mkn banyak2 sgt . Cukup ala2 kadar jer..
Kuah yg sedap dan bahan2 segar sgt penting dlm penyediaan Sotong Kangkung ni .
Resepi kuah ni adalah rekaan dan ikut selera kak nita ja.. Kalu nak cuba bole la tengok resepi kat bawah ni ya..

Al-fatihah juga buat arwah ayah kaknita yg telah hampir 24 thn pulang kerahmatullah ..
Semoga rohnya dicucuri rahmat .
Arwah ayah sgt gemarkan manisan puteri mandi tambah2 lg dibulan ramadan .
Inshaa allah ada kesempatan nnt kaknita akan kongsikan resepi ni pulak ok..

Sotong Kangkung
Resepi Asal : kaknita~ jomknitamasak.blogspot.com

Bahan A
1/2 ekor sotong kembang (dicuci bersih )
1 ikat kangkung
3 keping fishcake (dipotong)
Air secukupnya
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Bahan B (Kuahnya)
*7 tangkai cili kering (kalu suka pedas boleh lebihkan))
*1/2 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1/2 sudu besar belacan
1/2 ketul gula melaka
1/2 cawan kicap Mudim (kaknita xletak garam)
1/2 cwn sos cili
3 sudu besar sos tomato ( atau sedikit air asam jawa-mana2 satu ye)

Kacang tanah dan bijan yg disangai secukupnya

Cara menyediakan :
1. Kacang tanah disangai dan ditumbuk separuh hancur.
2. Blend bahan B bertanda * sehingga halus
3. Cairkan gula melaka dgn 2cwn air mendidih
4. Masukkan bahan kisar biarkan mendidih lama sedikit , pastu masukkan sos cili,sos tomato,kicap         secukup rasa
5. Kacau sampai rata dan biarkan mendidih sehingga pekat.

Celurkan Bahan A :
1. Masukkan air dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan sedikit garam dan minyak, celurkan kangkung sekejap dan toskan.
3. Celurkan fishcake sebentar dan toskan.
4. Celur/rebus pula sotong hingga masak dan toskan.
5. Potong2 semua . Tuangkan kuah keatsnya dan taburkan kacang dan bijan .
 Bismillahirrahmanirrahin bole mkn..
 Inshaa allah sedappp..
Image result for sotong kembang
Sotong Kembang - seekor RM8.00
image pinjam dari goggle






Friday, June 16, 2017

Tauhu Semedang


Assalamualaikum ....


Anak-anak kaknita xberapa suka sangat tauhu kosong tp bila tauhu diubah rasa dan bentuk camni depa mau la sentuh . Macam jenis menu tauhu dah kaknita cuba ,ini adalah antara yg sedap .
Resepi ni kaknita ambil dari fb Atie Jumaat . Kaknita dah share di fb dan disini ya Atie...tq .

Jom kita semak resepinya

Credit to Atie Jumaat
๐Ÿ’žBismillah

TAUHU SEMEDANG
•••••••••••••••••••
๐Ÿ’žBahan-Bahan
Tauhu 5 ketul
Ayam kisar ramli 1/2 keping
Daun sup agak2 - hiris
Daun bawang agak2 - hiris
Bawang besar 1/2 biji -cincang
Bawang putih 3 biji - cincang
Lada sulah- sikit je
Serbuk lada hitam - sikit je
Gula garam secukup rasa
Telor 2 biji

๐Ÿ’žCara Menyediakan
1) Goreng tauhu sebiji2...biarkan sejuk dulu,
pastu potong..keluarkan isi tahu...hancur2kan,
kulit tauhu jgn terkoyak k... biarkan dulu.

2) Panaskan minyak sikit, tumis bawang putih,
bawang besar sampai wangi, pastu masukkan
ayam...goreng sampai masak..Akhir sekali
masukkan gula garam, lada sulah, lada hitam,
daun bawang/sup dan tauhu hancur..goreng
sampai sebati...angkat..biarkan sejuk..

3) Ambik inti tadi sumbat dalam kulit tauhu
sampai padat..tekan pelan2.. pastu celup
dalam telur..goreng sampai kekuningan..
siappppppp... ๐Ÿ˜

_______________________________________

๐Ÿ’ž SAMBAL MERAH

Lada besar merah 5 tangkai
Cili padi merah 2 tangkai
Bawang putih 3 biji
Sos tomato 2sb
Sos cili 2sb
Gula garam secukup rasa
Daun sup sikit

- Lada cili bawang blend, jgn kasar sgt,
pastu campur semua bahan taruk Air
sikit.. masak sampai pekat..pastu taruk
daun sup sikit..kacau2 kejap.. siap

______________________________________________

๐Ÿ’ž SAMBAL KICAP

Kicap  4sb
Bawang putih 2 biji
Cili padi 4 tangkai

- tumbuk bawang cili.. taruk kicap
lenyek2 godak2 dgn lesung tu.. siap

Bismillah ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Kaknita xsempat sediakan sos ..cicah dgn sos cili jerr..hihi

Thursday, June 15, 2017

Char Kueteow cara senang ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ...


Salam Ramadan juga buat semua buat muslimin dan muslimat .
Dah masuk hujung ramadan ni baru ada ruang sikit nak update ..almaklum lah ,macam2 aktiviti kena hadap .. Dlm kekalutan tu hanya masakan yg senang dan cepat saja yg sempat dimasak dan dihidangkan . Antaranya adalah char kueteow ni la...
Tak perlu bersusah payah memikir bhn2 ,hanya masukkkan apa yg ada jer ...Sedap dan seluruh isi rumah sukaaa...
Alhamdulillah ,Photo char kueteow ni juga akak telah membuatkan kaknita menang peraduan #Miuraimalaysia dlm fb Masak Apa Hari Ni(MAHN) ...

Kalu nak try , jom semak resepi kat bawah ni ya:

Char kueteow
Resepi cara kaknita la ye...
Selalunya buat size sepinggan-sepinggan mcm kat kedai tu  ..kalu buat banyak2 xjadi..
Ok utk sepinggan ye.
Mulakan dgn bismillahirrahmanirrahim
Sejemput kueteow
Seulas bawang putih dicincang halus
Satu sudu kecil paste cili ( kaknita masak dulu dgn gula , garam dan sedikit perasa)
Udang segar
Sebiji telur gred c dibasuh yer.
Sedikit kucai dan taugeh
Sos ikan ( tiga renjis)
Kicap lemak manis

Cara2nya

  1. Tumiskan bwg putih hingga kekuningan . Masukkan cili, letak udang .
  2. Kacau dan masukan kueteow , taugeh dan kucai . Tarik ketepi , pastu msk minyak sikit lg ..pecahkan telur . Tarik balik kuetow td keatas telur
  3. Ok masa ni kuatkan api sikit .
  4. Renjiskan sos ikan dan kicap , masukkan sedikit air ( supaya berkuah sikit ) . Kacau  sikit lg . Angkat dan hidangkan .Inshaa Allah sedap..

Hadiah peraduan : 10 pack mi urai beserta CD Inul

Sunday, April 9, 2017

Laksa Goreng

Assalamualaikum..


Selamat berhujung minggu ya...
Hari ni la baru rasa rehat sikit ....
Tadi sebelum hantar anak ke asrama sempat la goreng laksa dan potato salad kegemaran dia.
Sekali sekala mkn laksa goreng ni best jugak ,bg akak sedap dan tak menjemukan .
kalu nak try bole semak resepi kat bawah ni ya..

Laksa Goreng
1/2 bungkus Laksa kering ( direndam hingga lembut dan direbus)
2 sudu mkn cili kisar
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
100 gm Daging lembu dihiris
Sos cili
Kicap
Sos ikan
Sedikit serbuk perencah hilal
Garam dan gula secukup rasa

cara2nya
1.Tumiskan bawang putih dan bwg besar sehingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan cili kisar kacau hingga pecah minyak.pastu masukkan daging
3.masukkan semua bhn perasa , sos.
4. Masukkan laksa
5 sediakan ruang ,masukkan sedikit minyak .pecahkan telur ..kacau2 hingga masak dan gaulkan dgn laksa td renjiskan kicap ..kalu nak letak sayur pon masa ni lah ..
Siap !

Saturday, February 25, 2017

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua...



Hari ni semua anak2 semua ada kat umah ..
Bersemangat sikit ibu nak masak special sikit.. ayam panggang ni la jd menu utama hari ni .
Pagi2 lg pi hantaq luqman ke kelas memandu .pastu singgah pasar beli bhn terus saja marinate.

Dkt2 kul 1 baru grill .
Alhamdulillah ,semua suka ....mkn sampai selesai sekoq ayam 2kgs.
Simple jer ,kalu nak cuba bole semak resepi ni :


Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
Sumber : dapur-mamasya
Sumber 2: kaknita
Bahan2 untuk (8-10 orang)
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken leg/paha
Bahan-2 untuk make up ayam 
3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
3 btg serai (kaknita tambah) 
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran 
1 1/2 sudu teh garam halus 
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega


Cara-caranya
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.Kaknita masukkan sekali kentang dan carrot .  
3. Perap selama 1 1/2 jam.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering


Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)


Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.





Friday, February 24, 2017

Assalamualaikum Dunia...

Assalamualaikum and hi all,



Lama sungguh tak jumpa kannn...Alhamdulillah hari ni ada ruang sikit utk mengemas sawang dan habuk di sini. Rindu sesangat tapi dek kerana kesibukan dan kekangan masa maka terpaksa lah tinggalkan dulu.

Sebenarnya kaknita baru ja berpindah ke kediaman baru pada hujung tahun yang lalu ,
sebaik sahaja selesai sesi persekolahan 2016 . Selesai mengangkut barang ,sibuk siapkan rumah lama utk disewakan .Alhamdulillah sekarang dah ada penyewa.

Irfan masih disekolah lama . Rafiq dan Balqis pula dah bersekolah ditempat baru. Pertukaran sekolah Rafiq dan kemasukan Balqis ketingkatan 1 mmg agak mencabar tahun ni .. (nnt akak share ye)
Alhamdulillah , sekarang semuanya berjalan lancar . Rafiq dan Balqis dah bole sesuaikan diri dgn suasana yg baru . Luqman pula sedang menunggu keputusan SPM ..ada dirumah tolong ibu mengemas ..haha.

Rumah baru mmg amik masa la utk mengemas ...sampai sekarang pon tak habis lg ..huhu.
Jiran2 pon xbrp nak kenal lg ..
Inshaa allah ,pelan2 kayuhkannn...
Sehingga berjumpa lg ..nnt knita share resepi lg ya..tunggu ya..