Followers

Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Saturday, September 7, 2024

Kuih Ketayap

 Assalamualaikum,

Dah lama xupdate. Sepatutnya ada byk masa utk update memandangkan saya dah full time housewife tp entah la..😀. Ok hari ni saya update k.. kuih ketayap ni saya buat pg semalam . Kebetulan mak ada disini maka terasa la nak buat kuih lama2 ni .alhamdulillah, rezeki mak boleh mkn kuih ni kann. 

Resepi dibawah ni ya: 

Kuih ketayap
1 cwn Tepung gandum
1 cawan air
1/2 cawan santan 
1/2 sudu teh garam 
1/2 sudu teh pandan emulco
Sedikit pewarna hijau epal
Sebatikan dlm bekas terlebih dahulu pastu blender . Dadarkan atas non stick pan .

Inti
1 cwn kelapa parut
1/2 cwn gula merah
1 cwn air
2 helai daun pandan 
Didihkan air bersama gula merah & daun pandan ,bila dah larut gulanya ,masukkan kelapa dan kacau hingga kering. 

Bungkuskan inti yg dah sejuk dlm kulit ketayap. 
Alhamdulillah siap 
#Semogabermanfaat





Sunday, March 13, 2016

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum,

Haritu masa ke pekan Baling,Kedah ,kaknita ada singgah kat kedai peruik belanga. kat situlah kaknita
terbekenan kat acuan kuih cara nih...
So,bila dah ada acuan maka terjadilah kuih cara manis nih buat kali pertamanya...haha..
Buat breakfast ..selalunya beli jer...tp sekarang bila ada bhn dan masa boleh buat seniri.,
Senang banget ..terima kasih ya tuan punya resepi.Jom semak resepinya  :


Kuih Cara Manis

Bahan2
(Dapat dlm 12-14 pasang)

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh mentega / majerin
secubit garam
sedikit pewarna hijau kalau air pandan kurang hijau
gula - untuk letak dalam cara ( 1/2 sudu kecil setiap ketul)


siap...jom menge"teh"..

  1. Bancuh dan blend semua bahan kecuali gula
  2. Panaskan acuan atas api yg perlahan
  3. Sapukan rata minyak dalam acuan
  4. Masukkan bahan adunan satu persatu dalam acuan
  5. Bila dah nampak selikit lingkaran lain kaler pada kuih letakkan gula
  6. Tutup dengan tudung periuk
  7. Dalam 2-3 menit masak la..cungkil  dan ulangi proses kat atas sampai adunan habis

Tuesday, July 1, 2014

Popia Sayur

Assalamualaikum,



Salam Ramadan buat semua.... Harap2 semuanya sihat2 belaka dan dapat menjalani ibadah puasa dgn baik ya.Minggu lepas anak2 akak  diserang conjunctivitis (sakit mata) . MC sambung menyambung sbb memula Luqman , pastu Balqis dan seterusnya Rafiq . Pada 2 Ramadan terkena pula la girliran akakkkk...sakit youuu..rasa macam ketat sangat bola mata ni , nak gerakan mata , celik ,pejam pun sakit ...bila telan dan titik ubat ok la sikit . Hari ni dah beransur ok..alhamdulillah.Popia ni akak buat utk iftar 1st Ramadan , ni mmg favourite anak2 , senang dan cepat . Rasa dia ala2 pie tee Chicken Rice Shop gitu...tak caya boleh cuba nnt.Bagi anak2 kecil yg tak sukakan sayur tu ,cer try bagi yg ni ~pasti dia akan sukaaa....


Popia Sayur.
Resepi : kaknita jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan
kulit popia secukupnya
(kak nita guna size kecil)

UNTUK INTI

1/2 batang carrot-diparut memanjang
1/2 biji sengkuang kecil -diparut memanjang
1/3 biji timun-diparut memanjang
satu mangkuk taugeh
1/2 biji bawang besar kuning* - jika suka boleh mayang shj
1 biji bawang putih*
1/2 mangkuk isi ayam/udang didadu kecil
telur hancur/scramble - optional
garam
sedikit lada sulah
perisa@gula sedikit

Cara-cara

  1. Utk Inti - tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan isi ayam/udang  kacau rata.
  3. Masukkan sengkuang, carrot dan timun. Biarkan sebentar hngga sayur lembut dan kering sedikit ( ** jgn campur air sbb sayuran ni akan keluarkan air-seeloknya ditoskan dulu setelah dibasuh.
  4. Kemudian masukkan taugeh.
  5. Perasakan dengan garam, lada sulah dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan.
  6. Isi ke dalam kulit popia, gulung kemas dan gamkan dengan air atau campuran tpg jagung dan air. Dan goreng dengan minyak panas hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  7. Hidangkan dengan sos pilihan@ boleh dimakan begitu saja..

Selamat mencuba!

Tuesday, June 24, 2014

Talam Marble


Assalamualaikum,


Hari tu masa bershopping bebarang dapur terbelilah tepung hoen kwee. Gatai tangan sungguh!Bila dah kesian tengok tepung tu  dok tergolek  dlm almari berminggu2 akak pon goggle dan jumpa resepi  talam marble dr blog kak ita nih..Betullah kata kata ita mmg senang nak buatnya. Sedap,lemak dan terasa coklatnya gitu. Sesuai utk kenduri2 sbb 1/2 adunan pon dapat banyak.Sempat juga bagi jiran2 rasa masa jamuan makan2 hari tu. Terima kasih atas perkongsian resepi ni ya Kak Fida dan Kak ita.
Kalau nak cuba, sila semak resepi kat bawah ni:

TALAM MARBLE
Resepi asal: Kak Fida
Sumber 1:azlitamasammanis
Sumber 2:kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
240 g tepung Hoen Kwee hijau
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)-knita kurangkan sikit gula ni.
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko
choc emulco - ita tambah



Cara2nya

  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
  2. Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
  3. Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
  4. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan.
  5. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  6. Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.


Untuk resepi ni ita hanya buat 1/2 adunan aje.. Ita gunakan hanya santan kotak. Ita guna 1 kotak santan 200 ml dan selebihnya ita campurkan dengan air untuk mencukupkan sukatan santan tu.= dgn kak nita.


Sunday, June 22, 2014

Pau Coklat


Assalamualaikum,


Percubaan pertama akak utk buat kuih pau.Alhamdulillah , mmg gebuss!Kali ni buat inti coklat. InsyaAllah
lain kali nak pelbagaikan intinya pula. Kelemahan inti coklat ni ialah coklat tu akan mengeras bila sejuk sbb tu la kat kedai tu Pau Madura tu sentiasa dalam kukusan . Yang penting pau tu lembut , gebuss dan putih .Terima kasih Izah sbb share resipi ni ya.


PAU
sumber1 : kak Yani@myR
sumber 2:izahdaut.blogspot.com
sumber 3:kaknita-jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan ( 8 biji )-knita buat kecik sikit ,so dapatlah 9 biji

300g tepung gandum *saya letak 1/2 tepung pau (knita letak tepung hongkong-semua)
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur


Cara-cara


  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
  10. Saya letak inti krim coklat . (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
  11. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  12. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.


Sunday, May 18, 2014

Bingka Labu Lemak Manis

Assalamaualaikum,


Semasa akak buka peti ais semalam masih ada lg sebelah  buah labu yang mak mentua kasi masa balik kg minggu lepas.Kalu dibiarkan rosak pulak nnt , so akak  pon cari la en. goggle utk dapat idea bg "mengerjakan" labu ni. Akhirnya  ternampaklah resepi Kak Yati dan  terus rasa terigin nak buat . Tambahan pula Kak Nor yg pernah mencubanya pon kata sedap. Akhirnya jadilah Bingka Labu Lemak Manis ni yang tenyata lemak dan manis. Tak sabar nak rasa sampaikan belum sempat sejuk lg akak dah potong .
Terima kasih Kak Yati dan juga Kak Nor , izinkan saya kongsikan respi ni disini pula ya..

Bingka Labu Lemak Manis
Sumber :Kak Yatie & Kak Nor
Dikongsi oleh : KakNita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahannya-(loyang bulat 9 inci)
2 biji telur
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih


Cara-caranya

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.( knita blenderkan jer)
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.(knita bakar suhu 180C -sama ngan kak nor)
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.

Yang ni dipotong masa panas.Kalu nak cantik, tunggu betul2 sejuk baru potong ya...


Wednesday, July 17, 2013

Tepung Bungkus



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sekejap jer dah masuk hari ke 8 kita berpuasa tapi sekali  pon tak sempat nak singgah Bazar Ramadan lg.
Maklumlah bila sampai  jer  kat situ parking pon tak dak , org pula ramai sangat....terus jadi letih dan balik rumah. Kekadang beli jer lauk kat tempat kerja atau balik masak apa2 yg simple dan cepat.

Kuih tepung bungkus ni akak buat sebelum puasa lg . Saja teringin nak makan ,kebetulan pula masa balik kg tu mak ada bg daun pisang dan kelapa . Ni la kali pertama akak cuba. Mmg senang kalu ikut resepi bdaria ni.   Rasa lemak ,manis ,masinnya mmg seimbang .Terima kasih  bdaria.
Kalu ada daun pisang kat belakang umah tu apa salahnya cuba buat utk berbuka nnt. Jom kita semak resepinya :


TEPUNG BUNGKUS
Sumber : Jurnal resepi bdaria
Dikongsi oleh :kaknita~jomknitamasak.blogspot.com
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)
1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A

  1. Potong gula merah menjadi ketulan kecil
  2. Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
  3. masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
  4. ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  5. Tutup api dan sejukkan inti anda

Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.

Langkah 2
Bahan B

  1. 200gm tepung pulut
  2. 150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B

  1. Masukkan tepung pulut dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
  3. Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
  4. Buat sampai habis dan ketepikan.

Langkah 3
Bahan C
2 pelepah daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.

Langkah 4
Bahan D

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air
Cara-cara memasak bahan D

  1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
  2. Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sampai keras sangat.

CARA-CARA MEMBUNGKUS

  1. Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
  2. Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
  3. Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
  4. Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
  5. Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.

Tuesday, December 11, 2012

Kuih Bakar Pandan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Kuih Bakar Pandan @ Bengkang Pandan ni akak buat weekend hari tu tapi tak sempat nak update. Dulu2 mak selalu buat tapi tak pernahnya nak belajar .Sekarang ,bila dah tua2 ni teringin la pulak nak buat . Pastu sibuk la pulak cari resepi sana sini. Akhirnya jumpa la resepi ni dr Dapur CT Delima. Tima Kasih bebanyak CT. Bagi akak kuih bakar ni mmg simple dan sedap,sesuai utk breakfast /minum petang.  
Kot2 teringin nak cuba ,sila semak resepi di bawah ni :

Kuih Bakar Pandan
Sumber asal : MyR Joayee
sumber : Che CT,  Kak Nita

Bahan-bahan : (untuk hidangan 6 orang)

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 can santan-450ml )
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan jika suka

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan-bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu kecil minyak dalam loyang .
3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan. 
4. Bakar 180'C sampai brown atau garing - lebih kurang 50 minit




Sunday, December 2, 2012

Strawberry & Durian Crepe dan alkisahnya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Akak pasti ramai yg gantung peruik belanga minggu ni sbb memenuhi jemputan majlis resepsi disana-sini.Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada pengantin2 dan  bakal pengantin ya!.Semoga berbahagia sehingga ke syurga.

Strawberry dan Durian Crepe ni hanya tinggal gambar saja . Dah lama buat tapi malu la pulak nak letak sebab banyak sungguh kisah disebalik tabirnya! Pada mula2 durian crepe ni meletop dan meriah di pasaran ,akak punya la tak sabar nak rasa . Pastu akak beli kat jiran dan rasa ~fuhhhh...mmg  memikat. Masa tu tak banyak lg org yg jual durian tapi disebabkan dok teringat2 rasa durian crepe  tu akak pon terus buat crepe tu  pastu baru pi cari durian , malangnya tak dak!.Apalagi niat dihati nak buat durian crepe tapi jd strawberry crepe. Walaupon rasanya tak sehebat durian tapi berjaya juga dihabiskan sebab buat sikit jer...    

Minggu berikutnya akak teruskan lg mencari durian , masa kat gerai durian tu dah test ok tapi sesampai jer dirumah bila buka tak best la pula~ isi nya nipis , tawar,so tak jd buat lg....hisshhh gerammm betuiii!Astagfirullah...

Kali ketiga ni ,alhamdulillah dah tak tertipu lg dah dapat durian yg isinya mmg cun , manis dan creamy gitu tapiiiii.....crepenya la pula ada yg kureng menjadi dan tak cun tapi masih boleh makan sbb rasanya ok.Bila dipotong pun tak cantik kejadiannya ...alahaiii itu lah alkisahnya...

Kesimpulanya ada dua resepi yg telah akak cuba, kedua2nya ok cuma akak yg tak ok . Akak sebenaqnya tak boleh excited sangat ,kena2 biasa2 je ...hahahaha...

Hasil kali pertama -cari durian tak jumpa

Resepi 1 
sumber : izahdaut


Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

Resepi Filling
non dairy whipping cream
strawberry filling


Hasil kali ke-2 yg kureng cun

Resepi 2 
sumber : zack


Crepe Batter
A:
20g tepung superfine- takde stok, guna tepung hong kong/tepung kek
10g tepung ubi
10g tepung kentang/potato starch
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1sb gula kastor
***Ayakkan dalam satu bekas.

B:
1biji telur Gred A
1sb minyak jagung/butter cair - ku guna canola oil
1st esen vanila
80ml susu cair
110ml air masak
***Campurkan dalam bekas lain.

Cara:
1. Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaul rata dan tapiskan.
2. Panaskan nonstick frying pan
Jika perlu, gris sikit dengan butter/planta untuk elak melekat. Gunakan api tak terlalu besar/kecil.
3. Tuangkan sedikit adunan supaya tak terlalu tebal. Bila menggelembung terus angkat (tak perlu terbalikkan).
4. Biarkan sejuk baru letak inti custard-fresh cream dan durian.
5. Simpan dalam peti sejuk atau terus ngap .

Apapon , insyaallah pasni akak nak try lg sampai jadi jugakkk...hehahaha...wish me luck ,ok!

Sunday, August 12, 2012

Kuih Kole Kacang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....



Diam tak diam dah nak sampai penghujung Ramadan, ada yg tak sabar2 dan berdebar  menantikan malam Lailatul Qadar disamping sibuk menyiapkan rumah , kuih raya, bersiap2 utk balik ke kg dan sebagainya.
Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan , insyaAllah.

Semalam tahap keinginan utk buat kuih Kole kacang ni semakin meninggi , apa taknya dok tengok tayangan dari Ika , pastu dr Alongroz pulak...adusss nampak sedap sungguh . So,semalam akak pon mencuba buat kali pertamanya dlm hidup akak...selama ni dok makan yg org len buat @ beli jer... Akak cuba resepi yg Ika buat tu dulu ,nnt bila2 nak try yg Alongroz pula.. Tq ye Ika dan Che'Iza...mmg sedap ,tak manis sangat ,texturenya lembut dan rasa kacangnya "melompat-lompat" didalam mulut..ha tuuudiaaaa.

Ni dia resepi yg akak copy dr blog Ika (izinkan akak ye Ika) :


Kuih Kole Kacang
Resepi Asal : Che'Iza MyR
Sumber : Ika

Bahan-bahan ( 7-8 orang )
** 1 cwn santan pekat
1 cawan gula merah*
2 sb gula pasir*
1 cwn air*
beberapa helai daun pandan disimpul*
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...




Juadah Iftar 11/08/12

Monday, August 6, 2012

Roti Jala

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sihat ke semua? Akak kat sini alhamdulillah sihat wal'afiat dan yang paling best mak akak kat kg pon sihat. Semalam akak balik jumpa mak dan berbuka di kampung.  Sebelum tu sempat akak buat roti jala bersama kari ayam dan kentang  untuk dibawa balik. Sebenarnya akak nak ucapkan terima kasih kat tuan punya resepi ni  herdawatyMyR sebab mmg dah banyak kali buat dan menjadi. Kelebihan roti jala yg ni ialah ianya kekal lembut walaupon dah sejuk . Sesuai untuk kenduri @ rumah terbuka ke.... Sedap dimakan dengan kari ayam /kuah durian . Jom kita semak resepinye...

Roti Jala 
Sumber : herdawaty abuothman MyResepi

Bahan-bahan 
3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna kuning(akak gantikan dgn sedikit serbuk kunyit)
1 biji telur( akak tak letak pon )
3 cawan air/santan/ susu segar (akak letak air biasa)

Cara-caranya
  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. 


Selamat Mencuba dan Selamat Menyambut Nuzul Quran...


Wednesday, August 1, 2012

Samosa

 Assalamualikum  dan salam sejahtera....


Pejam~ celik,pejam ~celik dah masuk 12 Ramadan ye....alhamdulillah masih dikurniakan rezeki dan kesihatan  yang baik untuk meneruskan hari2 yang seterusnya. Dalam kesuntukan masa utk masak ni , mulalah dok cari idea utk masak yg simple tapi sedap dan menepati citarasa semua org dlm umah ni....bila disenaraikan , samosa ni lah yg senang dan cepat. Yg ni kena makan panas2 ,barulah rangup gitu...
Akak buat cukup-cukup hari tu je..lebihan kulit popia tu boleh simpan ,nnt kalu nak makan boleh buat lg.
Boleh guna utk buat popia, kuih suci dalam debu ke....hehehe.
Inti dia boleh letak apa saja ikut selera masing2. Kalu yg akak buat ni cenggini resepinya  ye :

Samosa
Bahan2 
Kulit popia

Di potong dadu
3 biji kentang  (agak besar)
Seketul Isi ayam 
2 biji bawang besar

Ditumbuk
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah 
1 sd teh penuh jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam -boleh letak lebih jika suka

Air secukupnya
Gula
Garam
Kiub ayam-jika suka
1 sd teh serbuk kari dicampur sedikit air
sedikit tepung gandum dicampur sedikit utk melekatkan kulit popia.
sedikit daun sup/daun bawang


Cara2nya.
  1. Tumiskan bahn2 yg ditumbuk sampai agak garing dan wangi .
  2. Masukkan rempah kari , isi ayam, kentang -kacau sebati
  3. Masuk air sampai tenggelam semua bahan tu bersama gula ,garam dan kiub ayam.
  4. Biarkan mendidih dan kentang empuk .
  5. Masukkan bawang besar kacau , 
  6. Biarkan kering .
  7. Angkat dan sejukan.
  8. Bila dah sejuk , bungkuskan spt dlam gambar diatas tu.
  9. Siap bungkus ,goreng ye..makan panas2 ...insyaallah larissss.....
  10. Baki kulit popia mestilah dibungkus atau disimpan dlm bekas bertutup sebelum disimpan kedalam peti ais. 


Sunday, July 29, 2012

Kuih Lopes


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Hari ni dah masuk hari ke-9 kita menjalani ibadah puasa...sekejap ja kan..? Moga2 kita semua dikurniakan kesihatan yg baik untuk menempuh hari2 yg seterusnya insyaAllah. 

Akak sebenarnya tak pernah lg buat Kuh Lopes sebelum ni  tapi semalam Balqis (tuan putri akak tuh...!) request nak makan kuih ni untuk berbuka. Sebelum ni akak ada pernah nampak kat blog asyifamamafami dan Kak Yatie ,bahan2 pon sikit dan senang ja nak buat. So, ni lah hasil percubaan pertama akak. Alhamdulillah , pulutnya masak dgn sempurna dan lembut.Balqis suka sangat la dgn bentuk love nih...siap bersahur lagi dgn kuih ni...hehehe...
Jom kita tengok resepinya ...


Kuih Lopes
Rujukan : Blog Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
Bahan Utk Air Gula
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
2 helai daun pandan, di simpul

Cara-caranya
1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan








Saturday, May 5, 2012

Roti Arab

Assalamualaikum,

Ahlan wa sahlan!!


Tuuuu dia...baru makan dua~tiga biji roti arab dah boleh cakap arab....cayalahhhh!....Eleh...setakat greetings saja sesapa pon boleh..kehkehkeh....Ok la entry akak kali ni adalah berkenaan ROTI ARAB versi goreng. Kalu nak ikut original roti arab kat Timur Tengah tu depa bakar pakai hot stone & masuk dalam oven @ yg paling klasik ialah yg tempek dalam oven  ala2 tempayan tu.

So....yg ni adalah versi kita kat M'sia ni....
Resepi ni akak dapat dari Sofinar -MyResepi. Tima kasih  ya Sofinar..



Roti Arab
Sumber resepi : MyResepi ~Sofinar

Bahan2nya
2 sd besar mentega
2 sd besar minyak masak
2 sd basar gula
300ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara2nya
1.Mentega,minyak dan gula dibancuh dgn air suam
2.Tepung digaul degan yis
3.Kemudian campur semua bahan dan diuli hingga licin dan kental
4.Perap selama 1 jam didalam bekas yg tertutup
5.Setelah adunan naik ,uli semula dan bahagikan kepada 18 dan bulat2kan.
6. Canai nipis2 lebih kurang 0.4 cm
7. Panaskan minyak dan goreng , bila kembung baru diterbalikkan
(Tips: untuk mempercepatkan proses pengembungan roti ni , sila ceduk dan tuangkan minyak panas tu ke atas permukaan roti).
8. Bila roti tu dah kekuningan , boleh diangkat dan dihidang bersama kari ayam@ apa2 kari yg anda gemari .