Pages

Tuesday, April 23, 2013

Pizza...DJ



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu kembali ya...! Pertama sekali akak sangat berterima kasih kepada semua pengunjung sentiasa singgah walaupun blog akak ni dah sekian lama tak diupdate atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.
Mmg rindu sangat nak masukkan resepi2 yg tersimpan....tapi sebelum tu akak nak tanya sikit...ada kerrr org yg rindu kat akak aaa???..hahaha... InsyaAllah jika tiada aral melintang akak akan update seperti biasa. Pizza ni dah lama akak buat tapi sorry errkkk..gambar kurang memuaskan tapi bagi akak rotinya sedap dan gebu. Akak selalu juga buat pizza sbb anak2 mmg suka pizza .Tapi bila buat  tak sempat nak ambil gambar ,pizza dah masuk perut .  Resepi ni akak dapat dr blog DJ. Terima kasih ya DJ...

Saja buat roti tebal...baru puas makan..tapi stok mozarella cheese ada sikit jer ..

Pizza
Resepi asal : DayangJack@DapurKu SaYang
Dikongsi oleh: kak nita ~ jomknitamasak.blogspot.com
Pizza base :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread improver (kak nita tambah)
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)  
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.  
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.  
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
 Topping/Filling : (2 large pizza)

400 g daging cincang (dicincang/minced)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh)
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega

untuk hiasan :
sedikit oregano kering
cendawan shitake
hirisan nenas
hirisan kapsikum
hirisan bawang besar
keju parut
lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering
Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.
****untuk topping sos keju ni akak  skip ..akak just letakkan mozarella cheese jer...


 Satu slice ...pasti tak cukup
 Tunggu ya ...kita angkat lg satu slice....hehehe..


Bukti sebelum kejadian musti mau tayanggg jugakkk....

Jommm......cuba!

Monday, January 14, 2013

Pai Pic Berkeju

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pai ni akak buat utk minum petang semalam. Simple tapi sedap . Dihidangkan bersama susu @ teh O panas.
Bahan2 pon senang didapati di pasaraya. Resepi ni adalah resepi Chef Noraini dan ada sikit penambahan dr akak . Terima kasih ya Chef. Jom kita tengok resepinya.  




Pai Pic Berkeju
Resepi Asal : Chef Noraini

Bahan2
450gm tepung gandum
250gm mentega
1 biji telur gred B
2 sd besar air
2sd besar gula
1/2 sd teh garam halus

Filing Keju
300gm cream cheese-knita letak 250gm +1/4 cawan whipping cream
2 biji telur gred A
80 gm gula kastor-knita letak 30gm gula + 2 sd besar susu pekat manis
1 sd besar parutan kulit oren
2sd besar jus oren
2sd besar tepung jagung
200gm buah pic dalam tin

Cara2 nya
  1. Satukan mentega ,gula dan garam.Putar hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan air. Putar lg hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum yg telah diayak.
  4. Putar kelajuan perlahan hingga menjadi doh.
  5. Canai dan letakkan dalam acuan pai.
  6. Cucukan permukaannya dgn garpu utk mengelakkan ia dr mengembung.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 20minit 
  8. Sementara itu putarkan bahan filing kecuali buah pic.
  9. Apabila pastry masak, susunkan buah pic yg telah dihiris .
  10. Kemudian masukkan filing keju tadi.
  11. bakar pada suhu 180C delam 20 min . Akak guna api atas dan bawah utk dapatkan hasil spt diatas.
  12. Akak suka kalu bahagian atas tu garing sedikit macam tu. kalu tak mo boleh pakai api bawah sahaja.


****suhu tu boleh kurangkan ikut kesesuaian oven masing2.