Followers

Wednesday, February 22, 2012

Apam Dot~Dot

Salam Semua...

Hari ni akak nak post satu koleksi apam yg dah lama akak buat ni .....akak percaya ramai yg dah cuba ni ...tapi kalu terlupa resepinya jgn malu,jgn segan ~ referlah kat sini ya....:


Apam  Dot Dot
Sumber Resepi :  Myresepi-lyne
Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
3 biji telur
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
4. Picitkan blueberry filling secukupnya
5. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
9. Selamat Mencuba :)




No comments: