Followers

Showing posts with label Karipap. Show all posts
Showing posts with label Karipap. Show all posts

Friday, October 3, 2014

Karipap Roti


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Selamat menyambut Aidiladha buat semua.. Kak nita  dah mula bercuti hari ni .Mcm2 plan utk hari ni tp sebelum kak nita share resepi yg simple tapi sedap ni.Inti karipap ni boleh buat awal2 pastu simpan peti ais . Bila nak makan kepit jer ngan roti pastu goreng....pasti nya rangup dan sedap tapi kena makan panas2 ya....tak payah nak risau pasal kulit karipap berjerawat ka, tenganga ka..@ apa2 lah . Kak nita dapt resepi dari blog kak noor . Terima kasih na kak noor....Jom semak resepi ni:





Karipap Roti

Sumber 1:  kak noor
Sumber 2 : kak nita-jomknitamasak.blogspot .com

BAHAN NYA
Beberapa keping roti
Secukupnya telur putih untuk melekatkan ( kak nita letak tepung gandum campur sedikit air)
Inti karipap secukupnya

CARA NYA

  1. Kukus roti lebihkurang 1 minit, kemudian gelekkan biar nipis.(kaknita tak kukus pon terus gelek jer...)
  2. Apabila kita kukus roti akan jadi lebih senang di gelek dan lebih nipis berbanding roti tanpa kukus.
  3. Letakkan inti karipap di atas roti, tutupkan dan potonglah tepi2 roti yg keras dan kepitkan dengan garpu.
  4. Ikut resepi Reen dia guna acuan karipap untuk buat karipap roti, tapi akak kat Uk ni takde acuan jadi pikir punya pikir guna pisau dan garpu je.(kak nita guna acuan karipap)
  5. Kak nita  gamkan dgn campuran tepung dan air ,pastu goreng  dgn api sederhana .  
  6. Jadi sesiapa yang teringin boleh lah buat resepi mudah ni hanya guna roti je untuk kulit karipap dan     sangat sedap dan  ranggup.


sebelum goreng

Untuk intinya boleh tengok sini

Saturday, June 28, 2014

Karipap

Assalamualaikum ,


Lagi sehari lg kita akan bertemu Ramadan . Cepat sungguh masa berlalukan....
Alhamdulillah , masih lg berpeluang menjalani ibadah puasa bersama keluarga dan sahabat2 . Moga2 kita semua dikurniakan kesihatan yang baik utk meneruskan ibadah seterusnya, insyaAllah.
Semalam akak buatkan karipap ni utk sarapan  anak2 pagi tadi . Rangup dan intinya pon sedap .Terima kasih kpd Tahrunnisah Jali yg sudi share pelbagai resepi yg menarik di fbnya . 
Jom kita check resepinya :

Karipap
Resepi asal : fb Tahrunnisah Jali
Dikongsi oleh : Kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

(satu adunan ni dapat dlam 20 biji .)
1 1/2 cawan gandum
1sb penuh tepung beras
1sb penuh tepung ubi-knita gantikan dgn tepung jagung
1/2 sb gula
secubit garam
1 1/2 sb marjerin atau shortening terpulang (saya punya guna shortening)
4 sudu besar minyak panas
air secukupnya (saya guna air sejuk peti ais)
caranya
gaul bahan2 kering gandum, tpg beras, tpg ubi, gula, garam, shortening/marjerin
kemudian curah minyak panas dan gaul lagi
dan curah air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat ditangan dan lembut
gelek doh tadi nipis dan guna acuan karipap dan isi inti kesukaan anda
goreng dlm api sederhana panas
insyaallah jadi licin molek je

resepi inti karipap sedap (lebihan inti boleh frozenkan )

1 keping dada ayam di cincang halus
2 biji bawang besar (dipotong halus)
3 ulas bawang putih (potong halus)
6@7 biji ubi kentang di potong dadu
1 biji lobak merah dipotong dadu
daun sup dipotong kecil ( knita tak letak -tak der stok)
3 sudu besar rempah kari
segenggam ikan bilis*
segenggam udang kering*( kaknita tak letak )
kalau ada daun kari pun sedap diramas
garam dan gula



Caranya
1. tumbuk bahan bertanda* hingga halus
2. panaskan kuali..masukkan sedikit minyak
3. masukkan bawang besar dan bawang putih tumis hingga naik bau
4. masukkan daun kari dan rempah kari kacau sebati
5. masukkan dada ayam,dan bahan yang ditumbuk kacau lagi
6. masukkan pula ubi kentang yang dipotong dadu..masak sehingga empuk dan airnya kering
7. last sekali perisakan dgn garam dan gula serta masukkan lobak merah dadu tadi dan akhir sekali masukkan potongan daun sup... kacau dan angkat



Sunday, April 15, 2012

Karipap Pusing

Assalamualaikum,
Dah lama rasanya tak update blog ni kan...seminggu dah kot...biasalah dok menyibokkan diri dgn kerja, anak2 , balik kg...ahhhh alasannnn tuhhh.... !Tak mo lah...cakap apa2 lg.
Makan apa petang ni?
Kalu ada karipap pusing ke sedap jugak kan ...Hari ni akak nak share satu resepi karipap pusing yg akak dapat dari  Jurnal Alkiram atau kat rinnchan fotopages . Kalu tak sempat petang ni , pagi esok ke , petang esok pon boleh...hehehe.
Ni dia rupanya karipap yg akak buat  dan resepinya sekali ...




Karipap Pusing
Sumber Resipi : Jurnal Alkiram atau http://rinnchan.fotopages.com

Bahan2
Doh berminyak
150gm ( butter/marjerin+crisco/shortening)
300gm tepung gandum

Doh Biasa
700gm tepung gandum
1 sudu teh garam
air (anggaran dalam 2 cwn)

Cara2nya boleh rujuk step by step  kat sini

Inti bole ikut selera sendiri @ bole ikut sini
2 biji Keledek @ 4 biji kentang
1 biji bawang besar (didadu)
2 ulas bawabg putih (dicincang halus)
segengam udang kering, direndam .ditumbuk
3 sd besar serbuk kari
sedikit daun kari/daun bawang/daunsup
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya.

Cara2
Tumiskan bawang putih, masukkan rempah kari yg telah digaulkan dengan sedikit air . Biarkan sedikit garing  dan wangi. Masukkan udang , kacau, Masukkan ubi  dan air . Bila mendidih masukkan bawang besar. Biarkan sehingga kering & empuk.kemudian masukkan  daun sup dan angkat.