Followers

Thursday, April 16, 2026

Rendang Ayam Tumis

Assalamualaikum wbt . 

Pelbagai resepi rendang kaknita dah cuba. Ada yg ditumis ,ada yg letak semua sekali bahan xperlu ditumis don't an kacau hingga kering & terbit minyak . Lain negeri lain pulak caranya kan . 

Semuanya sedap dgn cara tersendiri . Yg ni ditumis ya . Jom semak resepi dibawah :


RESEPI RENDANG AYAM TUMIS

DAGING 1 1/2 kg@Ayam 1 ekor 1.4-1.7 kg

minyak 1 cawan.

Tumiskan  kulit kayu manis 5,

bunga lawang 6

bunga cengkih 7

biji pelaga 10

Sampai harum.

Pastu masukkan bahan kisaran

bawang putih 7 ,

bawang merah 12,

halia 3 inci,

lengkuas 3 inci,

serai 8 ,

6 biji buah keras

cili mesin 3 sudu besar yang telah dikisar ( jika tak nak pedas guna cili kering + cili merah)

Dah didih dan dah keluar minyak masukkan ayam.

Kacau lagi sampai separuh masak.

Kemudian

Masukkan serbuk jintan manis 2 sudu besar

Serbuk jintan putih 2 sudu besar,

serbuk ketumbar 2 sudu besar,

serbuk lada putih 1 sudu besar,

serbuk lada hitam 1/2 sudu besar,

garam kasar 1/2 sudu besar,

1 sudu besar gula ,

2 kiub ayam @serbuk perasa

1 biji buah pala


DAN


masukkan santan 500ml

Kacau semuanya dan sebatikan.

Bila rendang  dah masak sepenuhnya masukkan kerisik 150gram @ 5-6 sudu besar dan gaul semuanya supaya sebati.( kerisik mesti guna 6-7 sudu besar penuh untuk resepi ini sebab warna rendang dipengaruhi oleh warna kerisik). ( beli kerisik warna koko gelap)


Kacau lagi sampai rendang kering dan bertukar warna. Nak warna gelap lebihkan kerisik dan kerisik tu mesti yg bewarna hitam@cokelat gelap@tua. Nak berkuah sikit Pon boleh xyah tunggu kering. 


Dah siap dan boleh dihidangkan bersama ketupat palas atau lemang 




Kredit to Fb: Ida shahida

Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.com 


No comments: