Followers

Thursday, April 16, 2026

Rendang Hijau Ayam




Assalamualaikum wbt, jom try rendang hijau pulak . 

RENDANG HIJAU  

1 ekor ayam ( potong kecik )
1 kotak santan ( 200ml)
garam/gula 
asam keping
daun kunyit
daun limau purut
kerisik

BAHAN KISAR
10 biji cili hidup hijau
20 biji cili padi ( kalu nak pedas boleh lebihkan)
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
kunyit hidup 2 ketul
halia 2 inci
serai 3 batang
lengkuas1 inci
1 sb  biji ketumbar
1 sb jintan Manis
1sb jintan putih

letak minyak skit dalam kuali, tumiskan bahan kisar,bila tumisan dah garing masuk ayam .kacau sampai air ayam kering sikit masuk santan,masuk asam keping,letak air skit.

Tunggu sampai kuah kering,masuk kerisik,garam/gula,last sekali daun kunyit & daun limau kasturi.

Selamat mencuba , inshaa Allah sedap

Rendang Ayam Tumis

Assalamualaikum wbt . 

Pelbagai resepi rendang kaknita dah cuba. Ada yg ditumis ,ada yg letak semua sekali bahan xperlu ditumis don't an kacau hingga kering & terbit minyak . Lain negeri lain pulak caranya kan . 

Semuanya sedap dgn cara tersendiri . Yg ni ditumis ya . Jom semak resepi dibawah :


RESEPI RENDANG AYAM TUMIS

DAGING 1 1/2 kg@Ayam 1 ekor 1.4-1.7 kg

minyak 1 cawan.

Tumiskan  kulit kayu manis 5,

bunga lawang 6

bunga cengkih 7

biji pelaga 10

Sampai harum.

Pastu masukkan bahan kisaran

bawang putih 7 ,

bawang merah 12,

halia 3 inci,

lengkuas 3 inci,

serai 8 ,

6 biji buah keras

cili mesin 3 sudu besar yang telah dikisar ( jika tak nak pedas guna cili kering + cili merah)

Dah didih dan dah keluar minyak masukkan ayam.

Kacau lagi sampai separuh masak.

Kemudian

Masukkan serbuk jintan manis 2 sudu besar

Serbuk jintan putih 2 sudu besar,

serbuk ketumbar 2 sudu besar,

serbuk lada putih 1 sudu besar,

serbuk lada hitam 1/2 sudu besar,

garam kasar 1/2 sudu besar,

1 sudu besar gula ,

2 kiub ayam @serbuk perasa

1 biji buah pala


DAN


masukkan santan 500ml

Kacau semuanya dan sebatikan.

Bila rendang  dah masak sepenuhnya masukkan kerisik 150gram @ 5-6 sudu besar dan gaul semuanya supaya sebati.( kerisik mesti guna 6-7 sudu besar penuh untuk resepi ini sebab warna rendang dipengaruhi oleh warna kerisik). ( beli kerisik warna koko gelap)


Kacau lagi sampai rendang kering dan bertukar warna. Nak warna gelap lebihkan kerisik dan kerisik tu mesti yg bewarna hitam@cokelat gelap@tua. Nak berkuah sikit Pon boleh xyah tunggu kering. 


Dah siap dan boleh dihidangkan bersama ketupat palas atau lemang 




Kredit to Fb: Ida shahida

Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.com