Friday, September 21, 2012

Dadih

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Suka makan dadih tak??...bagi yg menggemari susu ,dadih adalah satu hidangan yg tak akan ditolak sama sekali. Memang sesuai dimakan sejuk2 @ dingin2 gitu kannnn. Lagi pon penyediaannya begitu mudah dan simple sekali. Dulu2 kalu nak makan beli jer...tapi sekarang buat sendiri ler...Resepi ni akak dapat dr blog Kak Yati . Terima Kasih ya ,Kak Yati. Izinkan saya share resepi yg besttt nih... Dadih ni juga sesuai untuk dijadikan pencuci mulut di majlis2 , jamuan2 raya , kenduri kawin ka...apa2 je lahhhh. ..Kalu nak buat jamuan tu letak kat kotak yg tahan sejuk tu dan letak kiub ais bebanyak kat dlm kotak tu utk kekal sejuk dan nyaman.

Dadih
Sumber : Blog Kak Yatie ~ Sinar Kehidupanku
Bahan-bahan ( kak nita dapat 36 pcs bekas kecil mcm kat atas ni. )
10gm agar2 serbuk
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter air (dlm 12 cwn)
200 gm Coffemate Creamer - bole juga gantikan dgn susu tepung
1 tin susu sejat/ cair
Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan perisa keladi

Cara-cara
  1. Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata.
  2. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut.
  3. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki.
  5. Saya bahagikan pada 4 bahagian dan satu bahagian letak perisa jagung, 1 perisa keladi, 1 perisa pandan dan satu lagi perisa strawberry. Ikut selera masing2lah ya.
  6. Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm petiais.
  7. Siap dan bolehlah di makan..


Selamat Mencuba!!!



11 comments:

ijayuji said...

Salam kak nita!!! Sedap dadih tp kita tak pernah buat sendiri :D nanti leh try :))

eni said...

menarik tu...sesuai utk kenduri kalau pack mcm tu kan...

nita punya blog dah kena tukar format dan setting baru ke...kak eni dah...tau dak mcmana nak upload gambar...duk cari tak jumpa...

Kak Nita said...

W/salam Ika ,

Senang banget Ika , try jgn tak try...hehehehe

Kak Eni,
mmg sesuaiiii kak eni
awat ada format baru pulak ka????

Yatie said...

Assalamualaikum Nita,
tq sudi singgah blog akak dan cuba resepi dadih tu...cantik dan sungguh menyelerakan...

Kak Nita said...

Terima kasih Kak Yatie sbb sudi singgah ye...

fizahfish said...

What kind of flavourings you used?

Kak Nita said...

Hi fizahfish,

As stated above , I used corn, strawberry and pandan flavour.

Thanks.

intank said...

akak,mtk izin share resepi ye.tq

Kak Nita said...

intank..
silakan..

gidah abdul jalil said...

Assalam akak..perisa tu bentuk serbuk ke mcm sirup? Sorry sbb kurang jelas..

Kak Nita said...

Wsalam , perisa dlm bentuk cecair dlm botol kecil mcm esen vanila tu...