Followers

Showing posts with label Pastri. Show all posts
Showing posts with label Pastri. Show all posts

Saturday, January 9, 2016

Quiche Ayam Berkeju


Assalamualaikum,





Salam Sabtu buat semua. Biasa la hari sabtu mmg best ...bole rehat2 dgn family .Bilarehat2 tu mesti la lapaqkan...? So,kalu xdak idea nak masak utk minum ptg nnt boleh la buat quiche ayam berkeju nih..mesti anak2 suka. Quiche ni kaknita buat minggu lepas.masa tu anak2 ada lg kat umah..Satu bekas ni sekejap jer habiss...






Quiche Ayam Berkeju
Sumber :terminalhijrah.blogspot

BAHAN BAHAN

125 g mentega sejuk, dipotong dadu
250 g tepung gandum
1 sudu teh air lemon
Air secukupnya
Intinya:
1 ketul isi ayam bahagian dada dicincang
1 bawang besar dipotong dadu kecil2
1 sudu besar rempah pes tom yam-knita xletak
2 sudu besar minyak masak
2 kepingan keju cheddar yang dipotong kecil2

KASTARD
3 biji telur
1 cawan susu
1/2 cawan krim putar
Sedikit garam

BAHAN TABUR
1 biji tomato dihiris bulat2
2 tangkai daun ketumbar dihiris halus-kaknita gantikan dgn daun bwg
Mixed herbs -knita tambah

CARA MEMBUATNYA

  1. Gaul dan ramas mentega dengan tepung dan air lemon sehingga menyerupai serbuk roti. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh. Tutup doh dengan plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 1 jam
  2. Canai doh dan masukkan menutupi dasar loyang 8". Tutup dengan kertas timah dan bubuh kekacang di atasnya. Tujuan  buat begini supaya doh cantik dan sekata.
  3. Bakar kosong didalam yang telah dipanaskan pada 180C. Setelah 20 minit angkat kertas timah dan kekacang tadi & ketepikan
  4. Untuk intinya : Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan
  5. Masukkan  isi ayam dan lada hitam ,sedikit garam dan kacau2kan selama 2 minit. Sejukkan
  6. Untuk kastardnya : Pukul telur sehingga ringan. Masukkan susu, krim putar dan garam, pukul sehingga gebu & tapiskan
  7. Letakkan inti ayam ke dalam kulit pastri, taburkan keju dan tuangkan kastard sehingga penuh
  8. Susunkan hirisan tomato dibahagian atasnya, diikuti dengan hirisan daun bawang dan taburkan sedikit mixed herbs. Bakar selama 180C selama 25 minit atau sehingga nampak garing.

Monday, January 14, 2013

Pai Pic Berkeju

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pai ni akak buat utk minum petang semalam. Simple tapi sedap . Dihidangkan bersama susu @ teh O panas.
Bahan2 pon senang didapati di pasaraya. Resepi ni adalah resepi Chef Noraini dan ada sikit penambahan dr akak . Terima kasih ya Chef. Jom kita tengok resepinya.  




Pai Pic Berkeju
Resepi Asal : Chef Noraini

Bahan2
450gm tepung gandum
250gm mentega
1 biji telur gred B
2 sd besar air
2sd besar gula
1/2 sd teh garam halus

Filing Keju
300gm cream cheese-knita letak 250gm +1/4 cawan whipping cream
2 biji telur gred A
80 gm gula kastor-knita letak 30gm gula + 2 sd besar susu pekat manis
1 sd besar parutan kulit oren
2sd besar jus oren
2sd besar tepung jagung
200gm buah pic dalam tin

Cara2 nya
  1. Satukan mentega ,gula dan garam.Putar hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan air. Putar lg hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum yg telah diayak.
  4. Putar kelajuan perlahan hingga menjadi doh.
  5. Canai dan letakkan dalam acuan pai.
  6. Cucukan permukaannya dgn garpu utk mengelakkan ia dr mengembung.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 20minit 
  8. Sementara itu putarkan bahan filing kecuali buah pic.
  9. Apabila pastry masak, susunkan buah pic yg telah dihiris .
  10. Kemudian masukkan filing keju tadi.
  11. bakar pada suhu 180C delam 20 min . Akak guna api atas dan bawah utk dapatkan hasil spt diatas.
  12. Akak suka kalu bahagian atas tu garing sedikit macam tu. kalu tak mo boleh pakai api bawah sahaja.


****suhu tu boleh kurangkan ikut kesesuaian oven masing2.


Sunday, October 7, 2012

Mini Chicken Quiche


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Quiche ni akak buat semalam.Anak-anak akak mmg suka makan makanan yg simple cam ni .Puff pastri tu pon mmg dah lama kat peti ais.Mmg sesuai untuk "korbankan". Intinya pon senang ~ gunakan apa je yg ada kat peti ais . Walaupon dapat berbelas-belas  biji tapi jgn risau sekejap jer habis...
Resepi ni akak dapat dr Alongroz lagi.

Mini Chicken Quiche
Sumber : AlongRoz@HomeKreation
Adapted from: KKIda@1001Resipi

Along ubahsuai sedikit bahan2 & cara2 nya
Bilangan: 15 biji (2¼" diameter) quiches
BAHAN2:
Doh pastri (Kak Nita guna Puff Pastri (KAWAN),Along guna frozen Kawanku Roti Canai, KKIda pula guna kepingan roti biasa)
3 bj Telur
¼ cwn Susu Cair
3 keping Cheese* (resipi asal guna 1/3c grated cheese)
3 btg Sosej Ayam*(kak nita guna isi ayam yg didadu kecil)
1 bj Tomato *  (* cincang)
2 /3 biji kentang & bawang besar yg didadu kecil dan digoreng terlebih dahulu-kak nita tambah
1 bj Cili Merah/Hijau
Garam & Lada Hitam

CARA2:
  1. Potong pastri dgn gelas bersaiz sesuai utk lubang acuan muffin.
  2. Letakkan potongan pastri ke dlm tin muffin yg telah di minyakkan.
  3. Pukul telur dgn garfu & campurkan kesemua bhn2 yg lain.
  4. Sudukan ke dlm bekas pastri tadi & bakar 25 minit @ 190C.
  5. Tips dari Along: guna rak terbawah supaya pastri masak rangup.Hidangkan suam.