Hari ni cuti sbb tak sedap badan a.k.a selesema gitu + saja nak ngabiskan cuti dgn anak . Tekak org selsema ni camtu la teringat mcm2 . tapi memandangkan tak rajin nak keluar cari bahan- maka terpaksalah letak apa yang ada kat freezer tuh..Cottage pie / Shepherd pie ni senang jer..akak buat yg klasik ..tak letak cheese sbb tak dak stock ..tapi jgn risau ..habis jugak . dulu penah buat skali tp sempat nak swirlkan kentang tu ..hahaha..kali dah ber'swirl' kan....So, ini lah makan petang kami hari ni...
Kalu teringin nak buat boleh scroll down utk resepi :
Tq Chef Hanieliza.
Shepherd's Pie/Cottage Pie
Resepi : Chef hanieliza
Dikongsi Oleh : kaknita~jomknitamasak.blogspot.com
500 gm daging kisar~knita letak ayam kisar
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas-knita tak letak
8 biji cendawan tin [belah 4]
5 biji buah tomato masak
1 batang carrot [potong dadu]
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk ]
1 kiub stok daging
2 s/b minyak
garam
Bahan Kentang
1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar -knita letak cooking cream
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah
air untuk merebus kentang secukupnya
Cara
- Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
- Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
- Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak. Angkat dan masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalm mangkuk kecil.
- Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
- Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar/cooking cream, serbuk lada sulah dan mentega.
- Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
- Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit-oven knita 170'C
- Sejukkan dan hidangkan.-knita suka makan masa suam2 gitu
Selamat Mencuba.
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment