Followers

Friday, February 27, 2015

Bihun Goreng Simple




Assalamualaikum dan salam sejahtera..




Bihun goreng campak2 ni akak buat semalam . Main campak jer apa2 yang ada . Bila buat seniri ni kita boleh letak ikut kesesuaian selera kita dan anak2 sekali.Bukan shj sesuai utk sarapan  tapi utk bila2 masa ja . Akak pasti ramai yg dah tau cara nak goreng bihun ni . Saja letak kat sini utk rujukan anak2 akak nnt.
Sesapa yg berminat sila rujuk resepi kat bawah ni ya:

Bahan2 :

1 bungkus bihun
( direndam hingga lembut)
2-3 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar ( 1 biji dikisar & 1 biji dimayang)
2 ulas bawang putih ( dikisar)
Udang /sotong /ayam secukupnya
kucai , taugeh / apa2 sayur kegemaran
1 ketul kiub ayam
garam
gula
sos cili
kicap

Cara2nya

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi & kekuningan 
  2. Masukkan cili kisar , masukkan sedikit air - biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Perisakan dgn kiub ayam , garam ,kicap ,sos cili dan gula secukupnya.
  4. Masukkan sotong / ayam / udang , sos cli dan kicap secukupnya . kacau sebati  hingga masak
  5. Masukkan bihun yg telah ditoskan , seterusnya masukan bawang yg dimayang , sayur kucai & taugeh.
  6. Kacau sebati , angkat dan hidangkan.





Wednesday, February 25, 2015

Semperit


Assalamaulaikum dan salam sejahtera ,



Alhamdulillah dapat bertemu disini lagikannn..al-maklumlah masa tak mengizinkan .Ok kali ni akak baru nak publish entry yg dah lama terpendam. Biskut Semperit ni mmg klasik .Selalu gak buat bila teringin nak makan . Senang sgt dan tak perlu tunggu raya pon boleh makan. Resepi ni akak rujuk   
dari myresipi.com. Terima kasih ya Nzeila.Bagi penggemar semperit tu , boleh la cuba resepi ni ya..




Resepi :myresipi.com
Dikongsi Oleh : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2
300g butter
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Cara-cara
  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit.



Wednesday, February 4, 2015

Dari Penang ke Hat Yai , Thailand.

Assalamualaikum  dan salam sejahtera,

        pemandangan dari jendela bilik hotel  

Perjalanan yg telah lama dirancang ni akhirnya berjaya~alhamdulillah. Urusan border pass & passport telah siap beberapa minggu lalu . Kak nita dan Irfan  ni kan anak kelahiran Kedah maka layaklah masuk ke Thailand dgn border pass shj . Utk anak2 yg dibawah 12thn boleh share satu border pass dgn ibu walaupun dilahirkan di negeri lain. So utk en suami dan Luqman , depa guna Passport. Kos utk border pass sepuluh ringgit sahaja utk setahun.

Diawal perancangan,kami dan 2 keluarga jiran akan menyertai konvoi ke Hat Yai ni tapi atas sebab2 yg tak dapat dielakkan , 1 keluarga terpaksa batalkan hasrat mereka .
Kami bertolak pada 31.01.15 seawal 6.30am dari Bukit Mertajam setelah tangki minyak diisi penuh. Kami berhenti breakfast di Changlun dan selesaikan urusan insuran kereta  di Bukit Kayu Hitam . Insuran kereta ni wajib diambil dr mana2 agent sebelum melepasi border yg mana kosnya RM 18.00. Perlukan satu salian geran keta ya..

Sesampai ja di border Malaysia /Thailand  @Bukit Kayu Hitam/ Sadao ,masyaAllah manusia mcm semut . Al-maklum la ramai yg amik kesempatan sambung cuti hujung minggu dan Thaipusam .
Beratur utk urusan imegresen mengambil masa hampir 2 jam.



Setelah melepasi imegresen , maka meyusurlah kami dr Sadao ke Hat Yai dgn kelajuan santai mengambil masa selama satu jam dgn hanya berbekalkan satu map ( 2 drebar ni baru 1st time masuk dgn kesini.) Setelah selesai urusan check in kami rehat dulu kat hotel. Kos penginapan pon agak murah kalu nak dibandingkan dgn Malaysia.



Setelah puas berehat kami keluar ke Samila Beach , Floating Market dan Night Market.
MasyaAllah banyak betul makanan yg unik dan sedap disini . Harga makanan yg murah dan sedap ni membuatkan kami rasa nak makan sepanjang masa tp alhamdulillah kami masih dapat control nafsu makan tu ..haha. Kebanyakan peniaga makanan di floating market adalah muslims.
Ada juga yg boleh berbahasa melayu dan ada juga hanya menunjukan harga dgn calculator.

Manakala hari kedua pula kami ke  Songkla Zoo. Kawasan Zoo nya luas tp jgn risau sbb boleh masuk dgn keta skali . Entrance Fee : RM 7.00 utk kanak2 dan RM11.50 utk dewasa.

Hari ketiga kami ke Pasar Kim Yong. Pasar ni dibuka pada 10am . Terletak disekitar hotel kami. Disini ada macam2 makanan spt kekacang , kismis , buah-buahan , souvieniors, pakaian , kasut , kosmetik , handbag dan mcm2 lg. Terlalu banyak sampai terlupa la pulak nak amik gambaq...
Lepas habis jejalan kat sini kami pon check out dan berangkat pulang.










Lobster, udang galah , udang kertas , ayam dan puyuh goreng .


packaging minuman yg menarik , sedap dan tahan 6 jam -RM2.50












Night market ni tak jauh dr hotel , jln kaki jer...

pengangkutan yg popular disini ~tuk-tuk Tambangnya 20baht


sayur-sayuran segar

pelbagai jenis cendawan segar.




gambar dr internet - yg ni pon unik~daun pandan yg digubah spt bunga ros.
pelbagai ukiran kayu

ukiran kaca terus dari tempat jualan.

Satu lagi perkara menarik disini ialah mereka sgt menghormati lagu negara mereka. Apabila lagu negara dimainkan semua org akan berdiri tegak tak kira tengah masak ka , meniaga ka...heran mak chik nengok..

Pesanan saya sekiranya memandu kesana berhati-hatilah sbb rata2 penduduknya menunggang tanpa helmet dan naik motor beramai2 -lebih dr dua org( satu motor) adalah satu kebiasaan bg mereka.

Setakat ini sajalah catatan perjalanan 3 hari 2mlm kami disini . Alhamdulillah semuanya selamat . Sekiranya ada rezeki kami akan datang lg, insyaAllah.