Followers

Tuesday, May 29, 2012

Apom Tepung Beras


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....




Dah makan ke? Cer jenguk dalam periuk tu ....ada lg nasi ? Kalu ada tu boleh la cuba kuih ni...
Kuih ni adalah antara kuih peberet akak...tak jemu...sesuai dimakan bila2 masa....dulu asyik beli saja...tapi semenjak dua menjak dapat resepi dari Ros ~jintanmanis...akak asyikkkk buatttt la pulak.....alhamdulillah !.
Kalu nak melawat sedara mara ka...boleh jugak bawa kuih ni...satu adunan ni boleh dapat dlm 20 biji -size cawan lompang yg kecik2 tu...
Kuih ni mmg mudah, cepat , gebusss....mengasyikkan gitu....hahaha tu dia... Terima kasih ya Ros....izinkan akak share pula ya.... 



Apom Tepung Beras

Sumber : Ros~Blog jintanmanis.com
Dikongsi Oleh : Kak Nita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahannya 

1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula putih (kak nita letak 3/4 cawan je)
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno (paket warna biru)

Caranya:
1. Blend nasi dengan air hingga halus kemudian masukkan sugar, tepung dan yis. Blend lagi hingga sebati. Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat. Perap lebih dari 3 atau 4 jam (Akak bancuh lewat tengah malam kukus pukul 5 pagi).

2. Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan (warnakan kalau suka) dan biar sebentar.

3. Panaskan kukusan. Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.

4. Boleh di makan dengan kelapa parut yang dikukus sebentar dan digaul dengan sedikit garam jika suka.


Tips : Kalu tak nak pecah ,letakkan adunan tu 3/4 drp acuan...Kalu penuh acuan dia akan jd macam akak buat tu...mcm dlm gambar kat atas tu.... akak ni suka dia berkembang mekar gitu... ok kannnnn?

Friday, May 25, 2012

Custard TeaCake

Assalamualaikum dan salam sejahtera....



Semalam masa tengah dok goggle cari kek paling sedap ...terkeluarlah Custard TeaCake Che Mat Gebu...nampak cam best ..pastu tengok DJ pon kata best dan ramai lg lah yg kata best ...jd akak pon cuba lah lewat malam semalam...rupa2nya ...mmg best. Texturenya gebu, tak manis sangat, dgn custardnya yg lemak dan lembut   ... cer la try tengok..... Tq Che Mat & DJ kerana telah berjaya mempengaruhi akak utk cuba kek ni...



Custard TeaCake
Sumber : Mat Gebu, DJ

 BAHAN KEK :-) Akak buat dua adunan utk loyang 9"
125 gram mentega-akak guna marjerin
1/3 cawan gula halus @ gula kastor
1 biji telur gred A
3/4 cawan teping naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci . Ketepikan.
  3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!

Sunday, May 20, 2012

Kek Lapis Polkadot Kukus


Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Semalam mood nak melapis datang lagi...kan hari tu akak janji nak melapis lg sampai jd...So, semalam akak gunakan resepi Kek Lapis Asam Manis DJ dan pernah dicuba oleh Azlita Aziz ....cuma kat sini akak gantikan asam manis tu dengan biskut jejari. Alhamdulillah ok!. Terima kasih ya...DJ dan Kak Ita....



Kek Lapis Polkadot
Sumber Resepi 1 : Dayang Jack
Sumber 2 : Azlita Aziz
Sumber 3 :  diolah sikit2 oleh Kak Nita

Bahan-bahannya
2 cawan biskut marie yang sudah dikisar dan diayak sebanyak 1 kali
4 biji telur A (sejuk)
180 g gula kastor (boleh juga tambah jika suka manis)
4 sb susu pekat manis
1 sb ovalette
2 sb horlicks - optional
125 ml susu segar (sejuk)
1 sk esen vanilla
80 ml minyak jagung
1sd teh baking powder (resepi asal tak de ,ayak sekali dengan biskut marie) 
sedikit pewarna /perasa coklat emulco 
biskut jejari (resepi asal asam manis)

Cara-caranya
  1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya. Sediakan loyang kek. Sapukan dgn mentega dan taburkan sedikit   tepung. Seelok-eloknya loyang dialas dengan kertas serap minyak.
  2. Satukan kesemua bahan (kecuali minyak jagung, biskut jejari dan pewarna) di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan minyak jagung dan kacau sebati dgn menggunakan spatula/senduk kayu. 
  4. Bahagikan kepada empat bahagian (2 bhg warna asal , 1 bahagian + 1 sd teh koko emulco ,1 bhg lagi +1/3 sd teh coklat emulco). 
  5. Tuangkan lapisan pertama (warna asal) ke dalam loyang . Kemudian, kukuslah hingga adunan dah tak cair (lebih kurang 7-10 minit). 
  6. Susunkan biskut jejari  diatasnya dan tuangkan adunan coklat terang keatasnya  dan kukus. 
  7. Bila lapisan kedua masak , susunkan lg biskut jejari dan masukkkan lapisan ketiga iaitu warna coklat yg kurang terang tu.. 
  8. Untuk lapisan terakhir(warna asal),titiskan beberapa titis coklat emulco dan lorekkkan dgn lidi. Kukuslah selama lebih kurang 20-25 minit lagi atau sehingga kek masak sempurna. (untuk mengelakkan air menitik ke dalam adunan, tutuplah loyang dgn kertas foil, atau balutkan penutup kukus dgn menggunakan tuala). 
  9. Setelah masak, tutupkan api. Keluarkan loyang dan sejukkan kek sebelum dipotong.




Saturday, May 19, 2012

Kek Yogurt Mangga

Assalamualaikum...



Buah Mangga a.k.a buah pelam adalah buah tempatan yang memang sedap . Isinya yang lembut dan manis mmg sesuai dimakan begitu saja  atau  dibuat puding ,aiskrim, kek dan sebagainya. Hari tu masa akak dok jalan2 kat blog CT Delima dan Cik Mat Gebu ...akak terpikat lah dgn kek ni . Pastu kebetulan pula masa tu ada la sikit stok yogurt mangga  & buah mangga kat peti ais , maka jd la kek ni... Terima kasih pada pemilik asal resepi ni Chef Liza , dan juga Cik Mat Gebu dan CT Delima ...




Kek Yogurt Mangga
Resepi Asal : Chef Liza Zainol


Bahan A
2 biji telur
3 biji kuning telur
1 sd teh ovellate
100 gm gula ( akak lebihkan sikit 120gm)
1/4 sd teh garam halus
1sd teh pewarna kuning (akak guna 1/2 sd teh )


Bahan B
120 gm minyak jagung
80gm minuman yogurt mangga 
2sd besar yogurt mangga (akak blenderkan sikit  dengan isi magga ( dalam 1sd besar)


Bahan C
30 gm serbuk gajus ( agak guna serbuk badam)
20 gm tepung jagung
120 gm tepung naik sendiri ( akak guna 120gm tepung gandum + 3/4 sd teh baking powder)
60gm tepung gandum



Cara2nya :-)

  1. Putar telur dan kuning telur bersama ovallate selama 1 minit. 
  2. Masukkan gula dan putar selama 4 minit pada kelajuan sederhana. 
  3. Masukkan pewarna kuning dan minuman yogurt mangga sedikit demi sedikit. Putar lagi 3 minit.
  4. Tambah yogurt mangga dan juga bahan "C" sedikit demi sedikit, gaul rata. 
  5. Tuang minyak jagung dan gaul hingga sebati. 
  6. Tuang dalam bekas pilihan yang telah disapu mentega.
  7. Bakar yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit atau hingga masak. 
  8. Sejukkan sebelum dipotong, boleh hidangkan untuk minum petang.



Selamat mencuba ye!!!








Wednesday, May 16, 2012

Terima Kasih Cikgu!

Assalamualaikum....


"Terimaaa kaaasihhhh Cikgu"!...mesti tak leh lupakan laungan setiap kali  habis kelas. Seronok , lucu , rindu semuanya ada. Boleh dikatakan zaman yang paling seronok dalam hidup . Dulu2 masa zaman akak sekolah rendah ...akak tak berkesempatan nak bagi hadiah utk cikgu ...ya la..rumah jauh kat kg..tak dak supermarket,souvenir shop, ...yg ada hanya kedai2 runcit(kat depan umah -Kedai Ah Pok). Tapi sekarang rumah besebelahan dgn JUSCO, tak jauh pula dengan TESCO, MEGAMALL dan macam2 lg lah....so, bila anak2 cakap ; "Ibu ...nak beli hadiah utk cikgu..." ...ibu pon lantas menjawab " Ok sayang!!!
Walaupon Cikgu tak minta tu semua tapi niat anak2 yg murni rasanya patut dilayan/disokong  oleh ibubapa.
Alhamdulillah ,ternyata rata2 anak2 kecil zaman sekarang , walaupon sekecil 4-5 tahun dah tahu menghargai satu sama lain. Ini semua adalah hasil dari didikan Cikgu dan ibubapa di rumah.Terima Kasih Cikgu dan Selamat Hari Guru....


Kek Coklat ~permintaan si kecik , Rafiq utk Cikgu  Tadika.... pukul 12mlm baru buat....potong pon senget2...tak sempat nak deco2 lg dah ...hehehe..



Saturday, May 12, 2012

Daging Masak Lada Hitam

Assalamualaikum.....


Adoiii letihnya .....seharian hari ni akak terpaksa tinggalkan anak2 kat rumah atas suatu urusan. Nasib baik la ada cik abang uruskan. Tq soooo muchhh abangggggg!!!
Sesampai jer akak di rumah petang tadi ,tengok ada sikit lagi nasi goreng yang suami akak buat tadi...kesian la pulak. On the way balik tadi , akak singgah beli daging segar utk masak makan malam ...Sementara tu akak bagi depa makan biskut jer dulu....300gm biskut berjaya dihabiskan dlm beberapa minit saja....championnnn lahhhh  anak2 ibu nih!!!

Daging Masak Lada Hitam ni simple dan cepat . Sesuai la kalu dihidangkan bersama nasi putih panas ketika tengah lapar tu...hehehe..
Resepi ni Kak Za ( kak ipar i yg vogue tu...) yg bagi ...masa dia gtau akak tu ,akak tak salin pon ..ni akak main agak2 ikut rasa...


Daging Masak Lada Hitam


Bahan2nya
500gm daging-dihiris
1 sd makan jintan manis-dikisar
1 sd makan lada hitam (boleh kurangkan ikut selera)-dikisar
2 biji bawang besar ( 1 biji dikisar , 1 biji lg dihiris)
2 ulas bawang putih-dikisar
2 cm halia-dikisar
3 sd makan kicap lemak manis
garam  dan serbuk perasa
Cili hijau -dihiris

Cara2nya
Tumiskan bahan2 yg dikisar hingga naik bau. Masukkan daging ,kicap ,garam,perasa -kacau sebati. Biarkan mendidih . Bila kuah dah pekat dan daging empuk- masukkan cili hijau dan bawang besar yg dihiris. Kacau dan tutup api . Siap untuk dihidangkan.





Monday, May 7, 2012

Nasi Dagang

Assalamualaikum...


Hari ni akak cuti lg (oppsss baru perasan date setting kat camera akak dah lari (sepatutnya 7hb kannn..)...dah tiga hari dok rumah ...best ,best,best!!!Sempatlah akak masak stok2 yg beli kat Kelantan hari tu....Godek2 kat dapur jumpalah beras dagang. Apalagi masak nasi dagang la hari ni....bersama dgn gulai ikan merah bukan ikan tongkol sebab semalam ikan merah je yg nampak fresh kat pasar tu... Resepi ni akak dapat dari Blog Cik Manggis.
Nasi dagang ni senang sebab tanak je ,tak payah susah2 nak kukus-mengukus...
Tq Cik Manggis...





Nasi Dagang ( versi tanak)
Sumber resepi : Blog Cik Manggis

Bahan2nya
2 pot (saiz-160ml) beras pulut ~ akak guna beras dagang
4 pot (saiz -160ml ) beras biasa~  beras pulut
3 ulas bawang merah -dihiris
2 inci halia
garam secukup rasa
1 sd makan halba ~ akak masukkan 1/2 sd teh halba
1 mangkuk santan + air = 4 mangkuk
(akak gunakan penyukat beras tadi  utk sukat air ( 6 pot beras = 5 1/2 air)( tengok jenis beras la, kalu perlu tambah air ye!)

Cara2nya
1. beras direndam 2 jam ~ rendam 6 jam (sebab beras dagang -kena lama sikit)
2. Basuh dan toskan
3.Satukan semua bahan2 dan masak didalam rice cooker mcm masak nasi biasa.



Gulai Ikan

Bahan2
4 keping ikan tenggiri /ikan tongkol/ ikan merah
11/2 cawan santan pekat
4 tangkai cili kering
1 biji timun ~ akak tak letak pon
6 biji cili api ~akak letak cili besar hijau
1 inci lengkuas
1 keping asanm gelugur
7 ulas bawang merah
2 biji bawang putih ~akak tambah (cik manggis tak letak bwg putih)
1 inci kunyit hidup
1/2 pack rempah kari ikan
1/3 sd teh jintan putih ~akak tambah
minyak untuk menumis

Cara2nya
1)Blend cili kering,kunyit,lengkuas,jintan,bawang putih dan bawabg merah hingga hancur.
2)Campurkan dgn remah kari
3)Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yg dikisar hingga naik baunya
4)Masukkan air dan bila mendidih baru masukkan santan pekat
5) Masukkan ikan ,garam, gula,asam keping
6) Biarkan mendidih lagi
7) Bila ikan dah masak ,boleh diangkat dan hidangkan.

Acar
Timun ,carrot - diparut
Bawang besar,cili hijau,merah dihiris
sedikit garam,gula,dan cuka.
gaulkan semuanya.

Saturday, May 5, 2012

Roti Arab

Assalamualaikum,

Ahlan wa sahlan!!


Tuuuu dia...baru makan dua~tiga biji roti arab dah boleh cakap arab....cayalahhhh!....Eleh...setakat greetings saja sesapa pon boleh..kehkehkeh....Ok la entry akak kali ni adalah berkenaan ROTI ARAB versi goreng. Kalu nak ikut original roti arab kat Timur Tengah tu depa bakar pakai hot stone & masuk dalam oven @ yg paling klasik ialah yg tempek dalam oven  ala2 tempayan tu.

So....yg ni adalah versi kita kat M'sia ni....
Resepi ni akak dapat dari Sofinar -MyResepi. Tima kasih  ya Sofinar..



Roti Arab
Sumber resepi : MyResepi ~Sofinar

Bahan2nya
2 sd besar mentega
2 sd besar minyak masak
2 sd basar gula
300ml air suam
6 g yis
500g tpg gandum

Cara2nya
1.Mentega,minyak dan gula dibancuh dgn air suam
2.Tepung digaul degan yis
3.Kemudian campur semua bahan dan diuli hingga licin dan kental
4.Perap selama 1 jam didalam bekas yg tertutup
5.Setelah adunan naik ,uli semula dan bahagikan kepada 18 dan bulat2kan.
6. Canai nipis2 lebih kurang 0.4 cm
7. Panaskan minyak dan goreng , bila kembung baru diterbalikkan
(Tips: untuk mempercepatkan proses pengembungan roti ni , sila ceduk dan tuangkan minyak panas tu ke atas permukaan roti).
8. Bila roti tu dah kekuningan , boleh diangkat dan dihidang bersama kari ayam@ apa2 kari yg anda gemari .

  





Wednesday, May 2, 2012

Rombongan Kak Nita ke Pantai Timur

Assalamualaikum....

Alhamdulillah 2-3 hari lepas  akak ,suami dan anak2 telah berpeluang ke Pantai Timur (Kelantan & Terengganu). Rombongan konon....hahaha ..saja jalan2 bawa anak2.Selama 3 hari 2 malam di sana, kami sempat melawat ke tempat2 menarik di sana.  Antaranya ialah Masjid Kristal , Taman Tamadun Islam,Pasar Payang,Muzium Negeri Terengganu,Pasar Siti Khadijah , Rantau Panjang dan lain2 lagi.

Yang paling menarik bagi akak ialah makanannya.......akak sukaaa.....


Nasi Tumpang @ nasi tupe'-yang ni mmg tak dak kat Penang nih...
Nasi ni dibungkus memanjang di dalam daun pisang bersama kari udang dan sambal kelapa + serunding.
Nasi dagang pon dibungkus mcm ni gak.



Yg ni pon peberet akak jugakk....Nasi Kerabu.


Keropok Losong


Buah mangga pon murah kat sana.


Kuih Belimbing -sedap rupanya kuih ni....dapat gak merasa selama ni dok dengaq nama jer...

Semua kuih-muih/makanan  ni boleh didapati di sini

Pasar Siti Khadijah...bangga sungguh akak tengok kaum hawa disini yg rata2nya rajin2 berniaga belaka. 

Destinasi kami yg terakhir pada hari tu adalah Rantau Panjang. Ianya terletak bersempadan dgn Thailand. 
Barang2nya pon murah...punya seronok membeli-belah sampai tak sempat nak bergambar.