Followers

Sunday, December 29, 2013

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)


Assalamualaikum dan Salam sejahtera,



Alhamdulillah ,kerinduan utk breakfast dgn kek kukus ni dah terubat .Walaupon alunan ombaknya kurang kemas dan kureng menjadi tapi kegebuan dan kelembutannya masih ada disitu.Yang nyatanya ia bukan Tsunami...hahaha...Dulu2 ( tahun 2011) masa DJ mula2 post kek ni diblognya, rasa sangat teruja dan kagum .Bila try dan menjadi mmg puas rasanya .  Terima Kasih buat DJ dan tuan punya resepi ni, KakFida kerana sumbangan resepi yg excellent ni. Apa yang membuatkan akak teringat kek ni adalah Kek minyak  yg meletop kat sana sini sekarang tu , yg mana resepinya boleh dikatakan sama dgn kek ni.
Ok jom kita semak resepinya :

Kek Velvet Ombak Beralun (Kukus)
Sumber 1 : Kak Fida@myr
Sumber 2 : DaYangJack@DapurKu SaYang
Sumber 3 :Kaknita@Jom Masak

Bahan-bahan ( loyang 9x6x3 / 10x7x3 )
5 biji telur - A yg sejuk dr peti ais
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum - ayak
1 sk baking powder
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
1/2 cawan + 1/8 cawan susu sejat = (150g) -knita gunakan 3 sb
coffemate+air = 150g
10 sb mentega cair (100g) -knita guna minyak masak
pewarna oren,hijau,kuning dan merah atau warna2 pilihan ikut suka
Secukup serbuk koko




Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.
  3. Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada empat bahagian dan warnakan.
  5. Ratakan adunan berwarna pertama di dalam loyang.Ayak serbuk koko di atas lapisan pertama rata2 hingga menutupi lapisan pertama tadi.
  6. Tindihkan adunan berwarna kedua di atas lapisan koko dengan kemas.Bagi memudahkan gunakan sudu makan dan tompok2kan adunan hingga rata menutupi lapisan serbuk koko.Tabur lagi serbuk koko rata2.Ulang melapis dan menabur serbuk koko untuklapisan ketiga hingga lapisan terakhir adunan berwarna tanpa ditabur serbuk koko.
  7. Tutup loyang kemas2 dengan aluminium foil yang telah disapu mentega.Kukus selama 45 min.
  8. Apabila masak,buka segera aluminium foil.Ketika ini kek yang dilapis dah kelihatan berombak.Biarkan kek 5 min di dalam loyang.
  9. Tangkupkan loyang dan sejukkan kek di atas redai.
  10. Biar kek benar2 sejuk dan boleh dipotong dan hidangkan.



Friday, December 27, 2013

Nasi Arab Maqlubah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Hari ni akak bercuti . Saja nak menghabiskan baki annual leave .Dlm keadaan  hidung dok soksek2 a.k.a selsema ni teringin pulak nak makan nasi arab tapi malas nak ke kedai . Apa lagi terpaksa akak menggunakan sumber2 yg ada kat umah ni . Resepi yg akak dapat dr Blog Shiela ni sangat simple dan sangat menyelerakan ,tapi sayangnya akak tak larat nak pi cari daging kambing tadi...Tak pa la len kali nak buat len, nak ikut original resepinya, insyaAllah.Air asamnya pulak akak ikut resepi Melayu Utara yer bukan Arab tauuu...Jom kita semak resepi nih :
Tq ya Shiela, izinkan akak memanjangkan resepi ni kat sini ...

NASI ARAB MAQLUBAH
Sumber :Blogmasakku.blogspot.com
Sumber 2 : jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan untuk nasi :

1 kg -   daging kambing   (direbus biasa dengan sedikit air guna 'pressure cooker')-knita guna daging lembu
4-5 batang -   cili hijau   (dipotong tidak terlalu nipis)
1-2 paket -   rempah beriani Maggi   (ada gambar bawah ni nanti, jangan gelabah!)-knita guna 1 sb rempah beriani + 2 sb serbuk perencah hilal
2 cawan -       beras basmathi (selalu guna yang Moghul Faiza Basmathi, basuh dan rendam      dalam 15 minit sebelum dimasak)-knita pakai beras biasa tak perlu rendam

2 biji kentang -  dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
2 biji terung  - dipotong sederhana besar dan digoreng *(optional)
Sedikit bunga kobis - dipotong dan digoreng *(optional)


Cara-cara memasak :

  1. Masukkan air sehingga melepasi lebih kurang 1 inci dari paras daging kambing yang telah direbus empuk dalam periuk tadi
  2. Masukkan 1-2 paket rempah beriani Maggi, dikacau & masukkan cili hijau yang dah dipotong tadi
  3. Masukkan garam secukup rasa dan rasa. Masa ni pun dah terbau dan terasa kelazatannya.... oh!
  4. Sediakan periuk nasi dan susun daging kambing paling bawah sekali beserta kentang, terung & bunga kobis (Shiela jarang letak sayuran ni semua sebab nanti nasi akan jadi sangat berminyak, tu yang tulis optional tu...) 
  5. Masukkan beras dan  4 cawan air rebusan tadi & ready to cook!
  6. Setelah masak, telangkupkan periuk dalam pinggan atau dulang besar & ready to eat! (Maksud maqlubah itu sendiri ialah 'upside down' maka haruslah menelangkupkannya!)
**** versi kak nita
1- Tumiskan bawang putih , bawang merah , halia  dan tiga sekawan hingga kekuningan 
2- masukkan rempah beriani - len2 tu sama mcm kat atas. 

Bahan untuk sambal :
5 batang -   cili padi
2 batang -   cili merah 
2 batang -   cili hijau
4 biji        -   tomato-dihiris
1 biji bawang besar dihiris-knita tambah 
Sedikit cuka -knita gantikan dgn air asam jawa
sedikit belacan & kerisik-knita tambah
Garam , gula - secukup rasa
dan sedikit sos cili -knita tambah
> Di kisar kesemuanya hingga hancur ( knita kisar semua kecuali tomato & bwg besar)& ready to eat! 

Wednesday, December 25, 2013

Cepatnya masa berlalu....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Haiii ... lama tak jumpakan .Cuti sekolah pon dah nak habisss....Mmg sangat sibuk / menyibuk akak ni dgn bermacam agenda...sampai tak sempat nak amik gambar dan nak menulis kat sini .Walaubagaimanapon terima kasih bebanyak sebab  masih ada yg sudi singgah dan tinjau2 kat dapoq akak akak ni.
Ni ada sedikit aktiviti cuti sekolah yg sempat dirakamkan ...

main layang2 dgn anak2..

di Pantai Bersih, Penang

jln2 ke Kompleks Duty FreePengkalan Hulu , bersempadan dgn Betong



beli cekelat jerr....

besttt!

jumpa kawan lama kat Pekan Baling...


kenduri kahwin adik ipar


dirumah mertua..