Followers

Sunday, May 25, 2014

Daging Masak Hitam Lagiiii...

Assalamualaikum ,



Pepagi tadi bila bukak jer fb , ternampaklah post Daging Dendeng Kak Ummi-huishhh cukup menawan kalbu . Bila check jer resepi , rasa macam tak cukup la pulak bahan2nya kat dapur tu ,maka terpaksa la tukaq buat masak lain la pulak...tapi masih copy-paste resepi Kak Ummi ..tq ya Kak Ummi.
Disebabkan ada banyak sangat perkara yang perlu diselesaikan tadi maka post ni tertangguh sampai malam ni..Ok jom semak resepinya:


Daging Masak Hitam
Sumber  : Majalah Mingguan WanitaSumber:  Dapur MaDiHa, Kak Ummizaihadi

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak

Cara

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
  2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. 
  3. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering).


tengok tu Rafiq dah tak sabaq nak makan..









Sunday, May 18, 2014

Bingka Labu Lemak Manis

Assalamaualaikum,


Semasa akak buka peti ais semalam masih ada lg sebelah  buah labu yang mak mentua kasi masa balik kg minggu lepas.Kalu dibiarkan rosak pulak nnt , so akak  pon cari la en. goggle utk dapat idea bg "mengerjakan" labu ni. Akhirnya  ternampaklah resepi Kak Yati dan  terus rasa terigin nak buat . Tambahan pula Kak Nor yg pernah mencubanya pon kata sedap. Akhirnya jadilah Bingka Labu Lemak Manis ni yang tenyata lemak dan manis. Tak sabar nak rasa sampaikan belum sempat sejuk lg akak dah potong .
Terima kasih Kak Yati dan juga Kak Nor , izinkan saya kongsikan respi ni disini pula ya..

Bingka Labu Lemak Manis
Sumber :Kak Yatie & Kak Nor
Dikongsi oleh : KakNita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahannya-(loyang bulat 9 inci)
2 biji telur
2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih


Cara-caranya

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.( knita blenderkan jer)
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.(knita bakar suhu 180C -sama ngan kak nor)
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.

Yang ni dipotong masa panas.Kalu nak cantik, tunggu betul2 sejuk baru potong ya...


Friday, May 16, 2014

Gulai Ikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,



Dah lama dok teringin Gulai Ikan resepi turun temurun dari blog Kak Sheila. Alhamdulillah  sedap.
Terima kasih kak Sheila . Mmg tak rugi mencuba. Kelainan yg ada dlm resepi ni  ialah beras yg disangai dan ditumbuk halus. Tujuannya untuk kurangkan hanyir ikan dan memekatkan kuahnya. Kalu ikutkan resepi asal nya ada letak sedikit santan tapi akak tak letak langsung .Antara bahan lain tu adalah rempah ikan baba's dan bahan2 segar dr ladang spt buah tomato, cili hijau/merah ,ikan segar . Untuk resepi penuh sila ke sini ya..

sayur-sayuran segar dr market....hahaha

ikan kacang2 yg segar juga dr market yg berdekatan...tak sempat nak memancing ya..hahaha 

siap!
+ nasi panas2 + sambal belacan + ulam2an

Sunday, May 11, 2014

Kek Sarang Semut lagiiii...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Dikesempatan ini kak nita nak ucapkan Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu ya.Kek Gula Hangus/kek sarang semut ni adalah kegemaran mak akak sebenarnya.Dulu setiap kali mak datang melawat kat asrama mesti bawa kek ni tapi version lain sikit. Sekarang akak pula yg suka buat kek ni. Entah berapa kali dah akak buat ,mmg tak jemu tapi sebelum ni akak pakai resepi yg akak share sini.

Yang terkini akak cuba resepi dari Cida pula. Kalu ikut resepi ni katanya tak perlu diperap pon kek akan cantik bersarang . Tapi akak perapkan jugak  1 jam dan hasilnya spt gambar2 ni.Utk resepi ni pulak dah 2 kali akak buat dan akak kurangkan  sedikit kuantiti  gula dan susu . Mmg senang dan berbaloi lah....
Terima kasih buat Cida ya...izinkan akak kongsika resepi kat sini : 



Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Semut
Sumber 1: cida -denuanza
Sumber 2 : kak nita- jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2

ni utk wat gula hangus- buat yg ni dulu sblm bancuh adunan

2 cawan gula pasir (11/2 cwn)
2 cawan air mendidih
3 sudu besar (penuh) mentega

Cara-caranya:


  1. Masukkan gula dlm kuali atau periuk
  2. Bukak api sederhana kecil...
  3. Sentiasa kacau2 gula sampai larut-sampai warna jadi keemasan macam madu..kalau jadi kearangan, buang je la...konpem x jadik ,nanti kek tu akan jadi pahit kalo gula tu hangit
  4. Pastu, dgn langkah kuda2..masukkan air panas dlm gula td...AWAS!! sedikit kemalangan akan berlaku kalau x berhati2sbb gula tu mcm meletup2 skit nanti...
  5. pastu gula td akan jd cam ketul2 skit bila masuk air...
  6. cairkan semula...
  7. Bila dh cair semua, masukkan mentega..biarkan larut...
  8. Tutup api dan sejukkan


bahan lain:

7 biji telur saiz A
2 cawan tepung gandum (knita letak tpg naik sendiri)
1/2 tin susu pekat manis disukai ramai (kak nita letak 3/4 cwn)
2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder( tak letak)
1 sudu teh esen vanila

Cara-caranya:


  1. Pukul telur sampai kembang(blend pun boleh..guna mixer pun boleh- aku guna blender je)
  2. pastu masukkan susu pekat
  3. kasi blend lagi sampai sebati
  4. masukkan pulak esen vanila
  5. pastu ayak tpg gandum + soda + baking powder
  6. masukkan dlm adunan..teruskan blend
  7. last sekali, masuk la gula hangus yg dh sejuk td...
  8. blend lagi!
  9. bakar selama 1- 1 1/4 jam guna api bawah n suhu cam biasa la..antara 160-180 darjah celcius
  10. 5-10 mnt terakhir, guna api atas dan bawah
  11. kalo kek lom masak, tambah 5 mnt lg
  12. biarkan sejuk sblm potong


(utk dapatkan potongan yg cantik dan berlubang, belah kek di tgh, kemudian tgk arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut)

Tuesday, May 6, 2014

Puding Cheese

Assalamualaikum,


Ini adalah antara puding yg berjaya memikat tekak akak sekeluarga....sesuai sangat dimakan setelah disejukkan didalam peti ais semalaman .Terima kasih buat Alongroz yg sudi share resepi ni. Along mmg cukup creative bab memuding nih....

Kalu puasa tu boleh buat masa bangun bersahur tu , bila nak berbuka tu mmg dah sejuk elok sangatlah.
Jom kita semak resepi kat bawah ni:



Puding Cheese
Resepi Asal : AlongRoz@HomeKreation

(Saiz 8" persegi)
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar (knita pakai 10g-saja nak makan lembut gitu )
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega
knita guna biskut ni la...

CARA2:

  1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.Masukkan susu & kacau sebati.
  3. Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  4. Masukkan mentega sehingga sebati.
  5. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  6. Sejukkan sebelum di hidangkan.
  7. Selamat mencuba ya...

Sunday, May 4, 2014

Nasi Kerabu Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Hari ni akak nak share N3 yang dok terperam dlm file. Dah dua kali buat dgn resepi Azie Kitchen
Mmg sedap dan ditambah pula dgn solok lada..memang kena sangatlah .Walaupon akak ni bukan org Pantai Timur tapi  akak mmg suka makanan dr sana . Especially nasi kerabu , nasi dagang dan laksam .Dulu kalu nak makan ,akak akan cari kat pasar malam @ restoran ja tapi disebab ramai yg tak lokek resepi , akak pon cuba dr resepi2 yg ada mengikut kesesuaian tekak dan bahan2 yg ada dapur sendiri .   


Nasi Kerabu Kelantan
Resepi :aziejaya.blogspot.com
Dikongsi oleh : jomknitamasak.blospot .com

Nasi
Masak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.


Kuah Tumis
Santan
7 ulas bawang merah
1/2 labu bawang putih
3 bawang besar
15 cili kering
1 cm halia
1 serai - ketuk
1 asam keping
2 sb gula
Sedikit gula melaka
2 sb budu
Garam (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa
1 Ikan kembung - rebus & ambik isi
1/2 biji kelapa parut - goreng
4 bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.  Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.


Ulam ulaman
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.


Sambal Cili
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk pauk
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
Daging goreng atau ayam goreng
Keropok atau keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa apa jer yang disukai


Cara Menghidang
Letakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.

Resepi Solok Lada 
Sumber : Mak mertua

10 biji lada hijau
Isi Ikan yang direbus dr 4 ekor ikan
1/2 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil jintan manis
sedikit gula dan garam
3-4 sd besar kelapa parut
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 inci halia

Cara2
Lada hijau /cili hijau dibuang biji dan dibersihkan .
Tumbuk semua bahan lain dan sumbatkan kedlam cili .
Kukuskan / kalu suka didihkan dgn sedkit santan hingga masak.

Thursday, May 1, 2014

Kek Sarang Semut/Gula Hangus


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Alhamdulillah percubaan di  1 Rejab 1435 akhirnya menjadi..Sebelum ni buat juga tapi tak bersarang disebab kurang kesabaran nak menunggu. Kalu ikut petua ,CheMatdan blogger2 lain tu adunan ni perlulah diperap 3-4 jam. Hasil yg ada kat sini adalah hasil perapaan 4 jam dan hanya menggunakan blender jer.Mmg lembut dan tak jemu dimakan .Kalu nak cuba jom semak resepi kat bawah ni:

Kek Sarang Semut / Gula hangus/ Sarang Lebah/ Honey Comb
Sumber 1: Blog Blog CMG
Sumber 2 : KakNita -jomknitamasak.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 camca besar mentega
1 cawan susu pekat manis(knita letak 1/2 cawan )
1 cawan tepung gandum*(knita gantikan dgn tepung naik sendiri)
2 camca teh soda bicarbonata*(*digaul dan diayak)- knita letak 1/2 sd teh jer)
4 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla

Dipotong menegak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan gula pasir dalam periuk, masak hingga gula cair dan menjadi perang, tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis, kacau rata (berhati2, sebab masa tuang air, gula tadi akan memercik). Masukkan mentega, kacau hingga gula cair balik dan sejukkan.
  2. Putar telur hingga kembang dan pekat, masukkan susu pekat manis, kacau rata. Masukkan tepung, kacau rata dan akhir sekali masukkan no. 1 dan juga esen vanilla. Gaul rata dan perap adunan 2 - 3 jam.(knita blenderkan jer)
  3. Tuang dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan alas dasar tin (mat guna tin 8 x 6 x 3 inci) dengan aluminium foil, lenser juga aluminium tadi, bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Sejukkan sebelum dipotong...





Dipotong melintang