Followers

Wednesday, February 22, 2012

Apam Dot~Dot

Salam Semua...

Hari ni akak nak post satu koleksi apam yg dah lama akak buat ni .....akak percaya ramai yg dah cuba ni ...tapi kalu terlupa resepinya jgn malu,jgn segan ~ referlah kat sini ya....:


Apam  Dot Dot
Sumber Resepi :  Myresepi-lyne
Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )
3 biji telur
275 gm tepung gandum*
3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat
1 sudu teh ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna & Esen Vanilla
200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa
2. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik
4. Picitkan blueberry filling secukupnya
5. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit
7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.
9. Selamat Mencuba :)




Sunday, February 12, 2012

Red Velvet Cake

Alhamdulillah , semalam genaplah 37 tahun umur akak. Sebagai tanda kesyukuran ,akak telah melaksnakan impian akak yg telah lama terpendammm chewwahhh~ nak rasa Red Velvet Cake . So, akak pon pi intai resepi kat blog Kak Zai (Teratak Impian) . Maka terhasillah..RVC yg pertama dlm hidup akak !. Rasa Ok ,sedapppp..tapi rupanya jauh beza dgn Kak Zai punye...tak sekemas RVC Kak Zai.


Red Velvet Cake
Sumber Resepi : dapurcomelku.blogspot.com (Teratak Impian)
Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - saya gune 3 biji gred B
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - saya letak 1sm jer 
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - saya ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut



Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.

Monday, February 6, 2012

German Black Forest Cake

Rasanya masih belum terlambat kalu akak nak ucapkan Salam Maulidur Rasul.
Cuti2 ni berpeluang lah akak untuk baking membaking. Lagipon ramai yg sambut harijadi feb ni ( kakza, mirza ,haziq,luqman & akak sendiri).
So, terhasillah kek ni .Ini adalah kombinasi Russian black & white cake & German black forest cake . Dilapisi cream cheese & whipping cream ditengah nya.



Wednesday, February 1, 2012

Puding Tembikai



Salam....

Bagi penggemar puding macam akak ni , kalu tengok je puding2 yg colourful mcm ni mesti rasa nak cuba punyalah...mmg best ..boleh lupa segala masalah .....percayalahhhh....



Puding Tembikai
Sumber Resipi : MyResipi.com -lyne

Bahan-bahan ( Loyang 4 segi 7 inci )

           1 paket agar-agar tali (15-20gm)
               4 keping roti gardenia*
               1 3/4 cawan susu cair*
               6 cawan air
               1 cawan susu pekat*
               1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan jadi 1 cwn sbb terlalu manis)
               2 sudu besar mentega
               sedikit esen vanilla
           Bijan Hitam/ Cincau/ Kismis Hitam/ Biji Selasih (opional utk biji tembikai..tak letak pun x pe)

Cara-cara
  1. Masak agar2 bersama gula dan air hingga agar2 dan gula hancur
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan. Blend halus semua bahan yg bertanda *
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai) Saya Agak2 je ketebalan kulit tembikai ni. Biar keras sedikit.
  5. Lapiskan sedikit warna asal diatas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit Adunan selebihnya diwarnakan merah, lapiskan perlahan2 diatas lapisan putih/warna asal tadi.
  6.  Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.