Followers

Sunday, December 30, 2012

Siakap Sweet Sour


Assalamualaikum..



Alhamdulillah dapat lunch lg dengan anak2 hari ni. Esok dah kerja , lusa pula ,Luqman akan berangkat pulang ke asrama. Yg tinggal hanyalah Irfan ,Balqis dan Rafiq  kat umah . Hari ni  pagi2 lg akak dah ke pasar utk cari bahan2 utk dimasak. antara lauk peberet bebudak ni adalah Siakap Sweet Sour ni la. Simple jer  , digandingkan pula dgn tomyam campur, sotong masak asam dan sayur.

Ni ada resepinya yg akak rekodkan utk rujukan .Ni ikut cara akak lah yg main ikut rasa hati je. Kalu nak cuba silakan...


Siakap Sweet Sour
Sumber: Kak nita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap ~ Bersihkan + dilumurkan garam dan kunyit + di goreng terlebih dahulu

Dikisar
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Sedikit halia
6 biji cili kering
1 biji tomato segar
Air secukupnya

2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka / jus limau
Garam + Gula , sedikit kiub pati ayam~ Ikut selera masing2
Minyak
1 biji Bawang besar - dipotong separuh bulatan

Hiasan 
Daun Ketumbar
Cili Padi
Tomato

Cara-cara

  1. Goreng ikan siakap dahulu sehingga kekuningan ~ Ketepikan ke dlm pinggan.
  2. Panaskan  minyak. ~ Bahan yg dikisar sehingga naik bau dan sedkit garing
  3. Masukkan cili sos, cuka, garam , gula ,dan kiub pati ayam
  4. Tambahkan sedikit air lg.
  5. Tunggu sehingga kuah mendidih dan agak pekat
  6. Tutup api dan bolehla di tuang ke atas ikan siakap yang di goreng tadi.




Friday, December 28, 2012

Rombongan Meminang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Alhamdulillah dapat jugak update blog yg dah lama bersawang nih...Banyak sangat aktiviti ,kenduri disana sini , persiapan sekolah ,kerja dan serba -serbi lg...hahaha biasa la tu ...org len pon camtu jugak kannnn?
Ok la tak mo citer panjang .

Kek fondant ini adalah percubaan SULONG akak dan Kak Za ( kakak ipar) untuk majlis pertunangan Acu (adik ipar bongsu ) pada 23rd Dec yg lalu. Dah lama teringin nak try tapi tu la...saja2 nak buat malas,so bila dah ada acara camni boleh la try2...hehehe. Lagi pon bakal biras akak tu jenis yg tak kisah dan tak cerewet . Tak lah segan sangat nak bg kek yg tak seberapa nih.. Kat dlm tu akak letak kek coklat pastu susun le bunga2 tu sikit  . Simple jer kan. Lepas ni nak kena praktis lg bg lebih kemas dan menarik. Tqsm Kak Za kerana sama2 berjaga dan mengharungi karenah berfondant bersamaku hahaha...

Majlis hari tu berjalan lancar dimana kami dr pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas dgn 9 dulang dr pihak perempuan. Sayangnya hanya sikit saje gambar yg clear ..sorry ye...

Tepak sirih dan sebentuk cincin~ digubah oleh Kak Za

Kek fondant simple 

Apples

dan ada lg dua dulang yg gambarnya tak menjadi dan tak dapat nak share kat sini...
Gambar bakal pengantin tak boleh share lg tunggu masa majlis resepsi nnt yer  di episod yg seterusnya ...hehehe


Saturday, December 15, 2012

Homemade Air Soya



 Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Jemput minum semua...! Soya ni akak buat tadi . Kacang ni dah hampir seminggu akak beli tapi hari ni baru ada masa nak buat . Akak pasti ramai yang tahu cara nak buat soya yg simple ni. Tapi tak pa resepi ni direkodkan khas utk rujukan anak2 akak dan sapa2 sajelah yg nak rujuk.

Soya mempunyai kandungan protein yg tinggi yang mana ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung .  Kandungan asid amino , asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Yang bestnya, proses penuaan dapat diperlahanan gitu...Ada lg tapi cukup la kot no...?

Resepi ni akak dapat dr blog ros-jintanmanis. Terima kasih ya Ros ....izinkan akak panjangkan resepi ros ni...



Homemade Air Soya 
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Dikongsi Oleh : jomknitamasak.blogspot.com

kacang ni kalu kat sini harganya dlm RM3.50/kg

Bahan-bahanya
200gram kacang soya
2 litre air (kalu suka cair boleh lebihkan air)
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam





Cara-cara
  1.  Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi  2 kali ganda.( kak nita rendam 3 jam aje..)
  2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
  3. Sebelum di  masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.
  4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.
  5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.
Dah siap.

Hampas ni adalah rezeki ayam /itik anda jika ada, kalu tak boleh juga guna utk scrub muka dan badan . Kalu malas juga boh je dlm tong sampah ye...

Tuesday, December 11, 2012

Kuih Bakar Pandan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Kuih Bakar Pandan @ Bengkang Pandan ni akak buat weekend hari tu tapi tak sempat nak update. Dulu2 mak selalu buat tapi tak pernahnya nak belajar .Sekarang ,bila dah tua2 ni teringin la pulak nak buat . Pastu sibuk la pulak cari resepi sana sini. Akhirnya jumpa la resepi ni dr Dapur CT Delima. Tima Kasih bebanyak CT. Bagi akak kuih bakar ni mmg simple dan sedap,sesuai utk breakfast /minum petang.  
Kot2 teringin nak cuba ,sila semak resepi di bawah ni :

Kuih Bakar Pandan
Sumber asal : MyR Joayee
sumber : Che CT,  Kak Nita

Bahan-bahan : (untuk hidangan 6 orang)

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 can santan-450ml )
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan jika suka

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan-bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu kecil minyak dalam loyang .
3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan. 
4. Bakar 180'C sampai brown atau garing - lebih kurang 50 minit




Sunday, December 2, 2012

Strawberry & Durian Crepe dan alkisahnya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Akak pasti ramai yg gantung peruik belanga minggu ni sbb memenuhi jemputan majlis resepsi disana-sini.Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada pengantin2 dan  bakal pengantin ya!.Semoga berbahagia sehingga ke syurga.

Strawberry dan Durian Crepe ni hanya tinggal gambar saja . Dah lama buat tapi malu la pulak nak letak sebab banyak sungguh kisah disebalik tabirnya! Pada mula2 durian crepe ni meletop dan meriah di pasaran ,akak punya la tak sabar nak rasa . Pastu akak beli kat jiran dan rasa ~fuhhhh...mmg  memikat. Masa tu tak banyak lg org yg jual durian tapi disebabkan dok teringat2 rasa durian crepe  tu akak pon terus buat crepe tu  pastu baru pi cari durian , malangnya tak dak!.Apalagi niat dihati nak buat durian crepe tapi jd strawberry crepe. Walaupon rasanya tak sehebat durian tapi berjaya juga dihabiskan sebab buat sikit jer...    

Minggu berikutnya akak teruskan lg mencari durian , masa kat gerai durian tu dah test ok tapi sesampai jer dirumah bila buka tak best la pula~ isi nya nipis , tawar,so tak jd buat lg....hisshhh gerammm betuiii!Astagfirullah...

Kali ketiga ni ,alhamdulillah dah tak tertipu lg dah dapat durian yg isinya mmg cun , manis dan creamy gitu tapiiiii.....crepenya la pula ada yg kureng menjadi dan tak cun tapi masih boleh makan sbb rasanya ok.Bila dipotong pun tak cantik kejadiannya ...alahaiii itu lah alkisahnya...

Kesimpulanya ada dua resepi yg telah akak cuba, kedua2nya ok cuma akak yg tak ok . Akak sebenaqnya tak boleh excited sangat ,kena2 biasa2 je ...hahahaha...

Hasil kali pertama -cari durian tak jumpa

Resepi 1 
sumber : izahdaut


Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

Resepi Filling
non dairy whipping cream
strawberry filling


Hasil kali ke-2 yg kureng cun

Resepi 2 
sumber : zack


Crepe Batter
A:
20g tepung superfine- takde stok, guna tepung hong kong/tepung kek
10g tepung ubi
10g tepung kentang/potato starch
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1sb gula kastor
***Ayakkan dalam satu bekas.

B:
1biji telur Gred A
1sb minyak jagung/butter cair - ku guna canola oil
1st esen vanila
80ml susu cair
110ml air masak
***Campurkan dalam bekas lain.

Cara:
1. Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaul rata dan tapiskan.
2. Panaskan nonstick frying pan
Jika perlu, gris sikit dengan butter/planta untuk elak melekat. Gunakan api tak terlalu besar/kecil.
3. Tuangkan sedikit adunan supaya tak terlalu tebal. Bila menggelembung terus angkat (tak perlu terbalikkan).
4. Biarkan sejuk baru letak inti custard-fresh cream dan durian.
5. Simpan dalam peti sejuk atau terus ngap .

Apapon , insyaallah pasni akak nak try lg sampai jadi jugakkk...hehahaha...wish me luck ,ok!

Saturday, December 1, 2012

Kek Coklat 3 -Moist


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sebenarnya ini adalah N3 tertunggak . Akak buat kek ni sebelum cuti sekolah lg. Masa tu Balqis minta akak buatkan utk sambutan hari kanak2 kat sekolah dia. Dia yg request nak letak bintang yg colourful tu  dan dipotong siap2 ,nnt senang nak makan katanya.  Kek coklat ni mmg moisttt! Akak dapat resepi  dr blog fnf. Kalu nak cuba boleh semak resepi ni.

Kek Coklat 3
Sumber : Blog FnF  dan Azie's Kitchen
Dikongsi Oleh : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's~kak nita letak serbuk koko van houten
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk (resepi kat bawah)
1 cawan minyak sayuran/jagung
1 1/2 sk esen vanila
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara2
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).
  2. Lenser loyang 10 inci aau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  3. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. 
  4. Putar sehingga sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. 
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Chocolate Ganache (Ini resepi asal dari Kak Azie Kitchen)

4 oz chocolate chips
1/3 cup heavy cream
1 sk unsalted butter
1/8 sk garam

Panaskan heavy cream tapi jangan sampai mendidih. Tuangkan ke dalam coklat chip dan tunggu hingga coklat chip mencair.
Kacau sehingga sebati. Masukkan butter dan garam, kacau sebati. Bolehlah disapu pada kek yang telah disejukkan.
Nota: Untuk kek 10x10, adunan ini perlu dibuat 2 adunan.

Chocolate ganache yang FnF guna -kak nita ikut yg ni.

1 cawan double cream
250g dark chocolate
2sb golden syrup
  1. Panaskan double cream, tuang ke dalam bowl berisi dark chocolate yg telah dipotong kecil2. Kacau hingga semua coklat mencair dan sebati.
  2.  Masukkan golden syrup, kacau sebati. Sejukkan agak2 likat macam susu pekat manis bolehlah dicurah atas kek yg telah sejuk.


Resepi Buttermilk
Susu segar
1 sb white vinegar atau lemon juice
  1. Masukkan white vinegar atau lemon juice ke dalam cawan. Tuangkan susu sehingga mencapai sukatan 1 cawan. Kacau rata.
  2. Biarkan selama 5 minit dan sedia untuk digunakan.

Saturday, November 24, 2012

Kacang Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Salam Asyura buat semua muslimin dan muslimat .Akak pasti ramai yg tak melepaskan peluang berpuasa pada  semalam dan hari ni ya (9 dan 10 Muharam 1434). Kalu kat kg dulu ramai yg berpakat masak bubur Asyura bersama-sama. Masak dalam kawah pula tu...Sekarang pon masih ada komuniti yg masih berpakat dan jadikan itu sbg aktiviti tahunan ...baguskan..kalu nak buat sorang2 tu tak best la pulakkk...Bagi mengenangkan sejarah bubur Asyura ni dalam peristiwa Nabi Nuh a.s sila klik disini

Ok ....hari ni akak nak share resepi kacang yg akak belajar dr keluarga mertua. Kacang ni rangup dan caranya pon simple jer!. kalu makan sambil tengok tv , sekilo pon sekejap ja licin. Jangan risau ,walaupon ianya kaya dengan  lemak tetapi ia mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus.vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. Kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dedaging, telur dan kacang soya.
Jom kita tengok resepi ni :

( gambar 2)

Kacang Rangup
Sumber : Kak nita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
1 kg Kacang Tanah ( kacang tanah ni yg besar ,kalu kat sini RM9/kg) 
1 senduk bawang putih ( lebih kurang 3/4 cwn)
1 senduk gula
garam secukup rasa
 * senduk yg digunakan utk ceduk kuah tu 

Cara2nya
  1. Kisarkan bawang putih dan gula sedikit air-sampai halus. 
  2. Gaulkan bahan kisar dgn kacang dan campurkan sedikit garam.
  3. Perapkan selama 1 jam
  4. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana hingga kekuningan.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Sebarkan diatas kertas agar minyak tu turun dan kacang cepat sejuk.(macam gambar 2 tu) 

Tips: walaupon masa kita angkat tu ianya lembut/kurang garing lg  , jgn risau sbb dia akan rangup bila dah sejuk.

Ok selamat mencuba..


Thursday, November 22, 2012

Chicken Nugget ~ sendiri bikin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Nugget ayam adalah makanan segera yg sentiasa menjadi pilihan anak2 akak. Senang didapati  dimana2 pasaraya , restoran makanan segera mahupun kedai runcit tapi kalu ada bahan dan masa ,apa salahnya kalu dibuat sendiri . Lebih fresh dan boleh ikut citarasa sendiri. Masa mula2 nampak resepi ni kat blog cikmanggis terus rasa tergoda. Alhamdulillah, hari ni mmg ada rezeki untuk buat dan rasa nugget nih...Mmg boleh sangatlah! Rangup diluar dan juicy didalamnya . Terima kasih ya cikmanggis . Izinkan kak nita share resepi ni ya....

                                           macam ni rupa  didalamnya....


Chicken Nugget / Nugget Ayam
Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahannya:

A
350 gm isi ayam -cincang.
1 biji telur.
1/3 cawan serbuk roti ~ kak nita guna serbuk roti putih (cik manggis guna serbuk roti (color kuning))
3 tbsp tepung serba guna.(sudah ada perisa)
1/2 tsp serbuk lada hitam.
2 ulas bawang putih-tumbuk halus.
1 tsp gula.( kak nita tak letak )
1 ketul kiub ayam -optional (akak letak 1/2 + sedikit garam)

B
Untuk salut:
2 biji telur-pukul sikit dengan garfu.
Tepung serbaguna secukupnya ( tepung ayam goreng).
Serbuk roti secukupnya.

Minyak untuk menggoreng.


                                                                 sebelum digoreng
Cara-caranya:

  1. Satukan bahan-bahan A kedalam mangkuk yang sesuai dan gaul hingga sebati agar  menjadi doh yang lembut.
  2. Bentukkan bulat-bulat  mengikut saiz yang dikehendaki.Tekan/ leperkan.Golekkan kedalam tepung serbaguna.
  3. Kemudian celupkan kedalam telur.
  4. Akhir sekali salutkan dengan serbuk roti hingga sekata.Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  5. Tak perlu sejukkan dalam peti sejuk,boleh terus goreng hingga warna perang keemasan atau sehingga masak.


Akak suka yg macam ni ....

anak2 pula suka yg garing macam ni....

Semua nugget2 ni berjaya dihabiskan sebaik sahaja selesai sesi pengambaran...hahaha...

Monday, November 19, 2012

Mandi-manda di Taman Rimba


Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Baru -baru ni kami sekeluarga bersama 2 org lg anak saudara  pergi berkelah dan mandi2 kat air terjun Taman Rimba ,Penang. Taman Rimba ni terletak di Teluk Bahang , Penang, lebih kurang 11/2 jam perjalan an dr kediaman kami . Alhamdulillah cuaca pon baik pada hari tu, dapatlah bebudak tu mandi lama2 sikit . 
Sesampai saja kami disana ,kami terus je makan sbb semuanya dah lapar . Kak nita hanya masak nasi putih &  lauk biasa jer hari tu. Tapi biasa la kalu dah berkelah semuanya sedap.  

makan2  bekalan yg dibawa sebelum terjun berenang..



kemain lagi Balqis dan Rafiq...sejukkk tapi seronokkk!



Aitttt...kat sungai pon ada "duyung" ???



 Haris - dibawah terjunan air...

Salah satu lauk biasa & simple utk berkelah hari tu  :



Sambal Tumis Masam Manis Ikan 
Resepi : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot .com


Bahannya 
10 ekor ikan kembung /ikan selayang/apa2 jenis ikan

Bahan2 (Kisar) 
Semangkuk kecil cili kering - dikerat2 dan direbus
2  biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
Belacan sebesar ibu jari
Air secukupnya

Bahan2 lain
Garam , gula melaka secukup rasa
Air asam jawa
bawang merah /kecil - dihiris halus untuk menumis
daun sup - dihiris
1 sudu besar  sos cili 

Cara2. 
1) Ikan dibersihkan, dipotong  , dilumurkan dgn garam dan kunyit. Goreng separuh garing.
2) Tumiskan bawang merah sehingga kekuningan . 
3) Masukkan bhn kisar , air asam jawa ,sos cili gula dan garam secukup rasa. Biarkan hingga pecah minyak .
4) Masukkan ikan goreng dan daun sup , kacau sebati dan tutup api.

Akhir kata ~ Salam Maal hijrah 1434 buat semua ya... semoga akan bertambah usaha kita kearah mencapai keberkatan dari Nya , insyaAllah.




Sunday, November 11, 2012

Asam Pedas Melaka ~ Ikan Tenggiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Selamat bercuti kepada anak2 dan cikgu2 ya....seronok sungguh dok umah bila semuanya ada . Biarpon suasana tu bising tapi meriah . Buat masa ni kami tak plan utk ke mana2 lg . Dok umah rehat2 ja...basuh kain baju yg dibawa balik dr asrama, masak2 dan makan...hahaha .Kerja2 tu semua mmg tak pernah habisss.
Lunch tadi akak masak Asam Pedas Melaka~ Ikan Tenggiri, segar dr Pasar Malam. Semalam kononnya nak cari durian nak buat Durian Crepe,at last durian tak dak - terjumpa pula ikan tenggiri yg segar tu. Frust bebudak tu dok request nak makan crepe tapi tak dapat lg. Ptg nnt kalu  ada rezeki dapat la durian tu.  
Apa2pon  Asam Pedas Melaka resepi dr junjs11 mmg kena dgn selera kami sekeluarga. Kalu nak cuba boleh semak  resepi ni :


Asam Pedas Melaka ~Ikan Tenggiri
Sumber : MyResepi -junjs11
Dikongsi Oleh : Kaknita-jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 family... )
3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Bahan tumis:-
@ 1/2 bawang besar-hiris
@ 1/4 sudu teh biji sawi (kak nita tak letak )
@ 1/4 sudu teh halba
@ 2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka

Cara-cara
  1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. 
  2. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  3. masukkan air asam jawa dan air. 
  4. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  5. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.



Sunday, November 4, 2012

Kek Pisang 2

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Alhamdulillah dapat postkan lg satu N3 hari ni setelah sekian lama blog terkoma dan bersawang. Terima kasih bebanyak kepada rakan blogger dan pengunjung2 yg sudi juga singgah walaupon blog  tak berupdate. Maaf ya,bukannya sengaja tapi biasalah hujung tahun ni PC akak mulalah buat hal tapi sekarang semuanya dah kembali seperti sediakala. Kek Pisang ni akak buat aritu masa PC ni tengah rosaklah .Resepi ni akak dapat dari buku resepi Chef Anuar 2. Terima Kasih Chef ! Resepi2nya mmg hebat dan segala tipsnya mmg berguna. Ini  adalah salah satu resepinya yg telah akak cuba. Kek pisang ni mmg gebu dan tak jemu dimakan. 


Kek Pisang 2
Resepi Asal : Chef Anuar
Dikongsi Oleh : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan:

200 gm gula kastor ( akak letak 150gm shj)
4 biji telor gred B 
45 ml susu segar
250 gm tepung gandum
1/2 camca teh garam
3 gm soda bikabonat
15 gm ovalette
2.5 gm serbuk penaik
170 gm pisang masak
1/4 camca teh esen pisang 
1/2 camca teh esen vanila
170 ml minyak jagong (akak letak minyak kelapa) 

Cara membuatnya:

  1. Campur gula, telur, susu, tepung, garam, soda bikarbonat, ovalette dan serbuk penaik di dalam mangkuk pembancuh.
  2. Putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
  3. Lecek pisang yang dicampur esen pisang dan esen vanila.
  4. Masukkan pisang kedalam adunan tepung. Kacau perlahan-lahan menggunakan camca .
  5. Masukkan minyak jagung dan kacau rata.
  6. Isikan adunan kedalam acuan yang telah di lengser dan dialas dengan kertas minyak
  7. Bakar sehingga masak pd suhu 170C lebih kurang 40 min.
Tips dr Chef Anuar: Gunakan pisang yg betul2 masak utk mendapatkan rasa yg enak. 

Hasilnya yg segar dr oven ....


Setelah dipotong

Sedap dimakan bersama teh O panas. Cubalah!

Friday, October 19, 2012

Sate Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Salam Jumaat buat semua...ni lah entry terpendam dan terperam sebab tak sempat nak update . Sate ni buat  masa  baru2 beli grill set aritu . Testing la konon...hehehe . Ok sangat ...sama macam bakar dgn arang . Yang berbezanya, ia  tak berasap dan boleh bakar kat dalam rumah . Sekali sekala kalu ada masa tu apa salahnya buat sendiri kannn...? Puas makan sbb boleh perap awal2  dan terasa rempah2 nya . Kuahnya pon boleh buat ikut selera sendiri. Resepi ni akak dapat dr Iresepi ~ Satay Ayam Samuri . Jom kita semak resepi nya...



Sate Ayam
Sumber : Iresepi
Dikongsi : Kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

1 ekor ayam 2kg  (dibersihkan ,diambil isinya dan dipotong )
5 Batang serai (diblendkan hingga halus)
½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)
200 gram halia (diblendkan hingga halus)
300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)
50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)
30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)
50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)
1 cawan gula pasir (ikut rasa -boleh kurangkan)
5 camca teh garam

Untuk kuah Satay Samuri
½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
1 stgh inci halia
5 tangkai cili kering 
2 papan gula melaka
2 sudu asam jawa, diambil airnya.
Gula dan garam secukup rasa


Cara buat sate/satay Samuri
  1. Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Satay Ayam samuri 
  2. Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak
  3. Bakarkan  Satay Ayam samuri hingga Masak
  4. Kipas diguna untuk kontrolkan haba
  5. Kilatkan Ayam dengan Air Perapan dan Minyak dengan berus Serai bila perlu
  6. Satay ayam samuri masak, bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!
  7. Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi himpit

NOTA KAK NITA : kalu pakai electric grill set mudah je...boleh skip no 2 dan 4 . Letak je ayam tu dan alih2 je...

Cara membuat kuah
  1. Hiris bawang merah, bawang putih, halia, serai, dan cili kering.. kemudian gorangkan semuanya dengan minyak.
  2. Setelah agak garing, toskan gorengan tadi dan kisar halus.. (tambah sikit air semasa mengisar)
  3. Setelah dikisar, masukkan air asam jawa, dan kacang tanah (yg telah digoreng dan ditumbuk kasar tadi.). Kacau rata kesemuanya.
  4. Didihkan campuran tadi.
  5. Masukkan gula melaka, garam dan gula secukup rasa.
  6. Jika terlalu pekat, boleh lah ditambah sedikit air.
  7. Kuah kacang hendaklah cukup manis untuk dimakan bersama nasi himpit dan satay ayam.
  8. Apabila telah mendidih, tutup periuk dan kecilkan api. Tunggu sehingga minyak dari kacang tanah telah naik ke permukaan, sambil dikacau sekali sekala
Selamat mencuba!
Nah try secucuk !


Sunday, October 14, 2012

Masak Lemak Cili Padi Pegaga & Lobak Merah

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 



Sihat ke semua? Sekejap je masa berjalan . Dua hari cuti pon tak terasa . Semalam akak ada balik kg, geram sangat tengok pucuk ulam-ulaman mak yg segar bugar tu..Antaranya daun pegaga, kacang kelisa@kacang botol , daun kesum dan cabai besar. Apa lg terus teringat nak buat itu dan ni...tapi sbb banyak sangat aktiviti ,akak sempat buat masak lemak cili padi pegaga bersama lobak merah ni shj .Makan bersama nasi panas, sambal belacan ,ulam kacang kelisa yg rrrrapuhhhh dan ikan kembung segarrr digoreng .Simple kann...bila buat macam ni anak2 yg kecik2 tu pon suka .Kalu tak jgn harap la nak makan ulam-ulaman ni. Resepi nya sama ja dgn masak lemak cili padi yg selalu kita buat tu ...akak amik kat sini


Sumber : Majalah Rasa
Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan untuk : 2 orang


BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk pegaga ~ dibersihkan dan dibuang akarnya( kaknita potong sikit daunnya)
1/2 batang lobak merah diparut memanjang - kak nita tambah
5gm ikan bilis
1 batang serai l dititik
1 keping asam keping
750ml santan pekat
Garam secukup rasa

BAHAN TUMBUK:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup

CARA MEMASAK:
  1. Masukkan santan, bahan tumbuk, ikan bilis, serai dan asam keping ke dalam periuk. Didihkan dan kacau sebati.
  2. Kemudian masukkan pucuk pegaga dan lobak merah dan kacau rata sehingga layu dan masak sempurna.
  3. Akhir sekali, perasakan secukupnya. Kacau seketika dan angkat.
  4. Sedia untuk dihidangkan.




Sunday, October 7, 2012

Mini Chicken Quiche


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Quiche ni akak buat semalam.Anak-anak akak mmg suka makan makanan yg simple cam ni .Puff pastri tu pon mmg dah lama kat peti ais.Mmg sesuai untuk "korbankan". Intinya pon senang ~ gunakan apa je yg ada kat peti ais . Walaupon dapat berbelas-belas  biji tapi jgn risau sekejap jer habis...
Resepi ni akak dapat dr Alongroz lagi.

Mini Chicken Quiche
Sumber : AlongRoz@HomeKreation
Adapted from: KKIda@1001Resipi

Along ubahsuai sedikit bahan2 & cara2 nya
Bilangan: 15 biji (2¼" diameter) quiches
BAHAN2:
Doh pastri (Kak Nita guna Puff Pastri (KAWAN),Along guna frozen Kawanku Roti Canai, KKIda pula guna kepingan roti biasa)
3 bj Telur
¼ cwn Susu Cair
3 keping Cheese* (resipi asal guna 1/3c grated cheese)
3 btg Sosej Ayam*(kak nita guna isi ayam yg didadu kecil)
1 bj Tomato *  (* cincang)
2 /3 biji kentang & bawang besar yg didadu kecil dan digoreng terlebih dahulu-kak nita tambah
1 bj Cili Merah/Hijau
Garam & Lada Hitam

CARA2:
  1. Potong pastri dgn gelas bersaiz sesuai utk lubang acuan muffin.
  2. Letakkan potongan pastri ke dlm tin muffin yg telah di minyakkan.
  3. Pukul telur dgn garfu & campurkan kesemua bhn2 yg lain.
  4. Sudukan ke dlm bekas pastri tadi & bakar 25 minit @ 190C.
  5. Tips dari Along: guna rak terbawah supaya pastri masak rangup.Hidangkan suam.