Followers

Sunday, September 28, 2014

DONAT Lagiiii...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Donut ni dah lama kaknita buat tapi tak sempat nak post. Adunan ni sama juga sama dgn adunan roti. Tetap lembut walaupun diuli dgn tangan.
Terima kasih kepada Zalinzalina kerana berkongsi resepi. Satu adunan ni mmg dapat banyak , so jgn risau...kalu tak ramai kat umah tu boleh goreng separuh masak dan frozenkan ya.. Nanti bila nak makan boleh goreng lg tak yah buat banyak2 kali...hehe..


Sumber 1 : :zalinzalina
Sumber 2 : kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

500 gram tepung gandum
1 sudu kecik bread improver
1 sudu kecik garam halus
2 sudu kecik susu pekat atau susu tepung
2 biji telur A atau B (knita letak B)
100 gram margerin

210 ml air suam
100 gram gula pasir
1 peket yis Mauripan

Cara2nya
  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam 1 bekas kecuali air, yis dan gula...
  2. Sebelum tu kita kena bancuh air suam dan gula...pastu baru letak yis..kacau dan biar hingga berbuih..
  3. Pastu kita masukkan air bancuhan gula dan yis dalam bekas tadi...gaul rata...kemudian kita keluarkan dan uli kat atas dulang...kalau kat rumah ada meja aluminium atau meja marmar lagi senang uli kat atas tu aje..tapi kalau takde, uli atas dulang macam acik ni pun boleh juga... uli guna tangan lebih kurang 5 minit... 
  4. Pastu tutup dengan plastik...biarkan selama 30 minit..
  5. Lepas 30 minit, doh pun dah kembang..
  6. Bulat-bulatkan doh...lumurkan tangan dengan sedikit tepung untuk bagi tak melekat sangat kat tangan dan nak bagi doh tu nampak licin sikit..ratakan dan tebuk lubang ditengah /boleh terapkan dgn acuan donut.
  7. Biarkan lg 30minit ,pastu boleh goreng.






Wednesday, September 24, 2014

Kurma Telur Original....

Assalamualaikum,


Bila baca jer tajuk ni mesti tertanya2 apa yg originalnya kannn? Telur sudah pasti...walaupon sekarang ni dah ada telur tiruan. Rempah kurma? -dah banyak serbuk rempah kurma dipasaran -nak jenama apa amik ja..janji bayaq...hihi. Akak selalu jugak beli tapi harini terlebih rajin pulak bila teringat dr buku resepi lama. Buku resepi kakak saya ni mmg berpuluh2 tahun usianya mungkin masa sekolah menengah dulu dr kelas sains rumahtangga. Sumber asal resepi tak diketahui . Walaubgmanapon terima kasih kak Azizah sbb bg buku ni kat chek! Dah cuba sebelum ni mmg sedap dan hari ni teringat pulak sbb dah   lama tak buat. Menggunakan campuran rempah ratus yg asli dan juga santan segar.
Rasanya sungguh original kalu nak cuba boleh semak resepi ni. 


Kurma Telur Original
Sumber : buku resepi kakak

6 biji telur ayam direbus dan dikupas- boleh juga digantikan dgn ayam /daging

Bhn dikisar (  kalu ikut resepi asal digiling yer!)
4 sudu besar ketumbar
1 sd besar jintan manis
1/2 sd besar jintan putih
2 sd besar kas-kas-knita tak letak
1 inci halia
1sudu besar lada sulah-knita letak biji lada hitam
2 sd besar kacang tanah yg telah digoreng
1/2 sd kecil serbuk kunyit -knita tambah
1 biji bwg besar
7 biji bwg merah
air secukupnya

santan secukupnya
gula , garam
perasa jika suka
sedikit perahan limau

Bahan tumisan
4 biji buah pelaga
sedikit halia-dihiris
3 biji bawang merah-dihiris
4 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan minyak sapi/knita letak minyak masak
setangkai daun kari

Cara2nya

  1. Panaskan minyak ,tumiskan bahan tumisan hingga wangi /kekuningan
  2. Masukkan bahan yg dikisar -renehkan dgn api perlahan sehingga naik minyak dan bangkit baunya.
  3. Masukan telur , santan ,garam ,gula ,perasa secukupnya . Perahkan limau.
  4. Biarkan sehingga pekat.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan bwg besar dan cili.

Selamat Mencuba..




Friday, September 19, 2014

Shepherd's Pie

Assalamualaikum ,



Hari ni cuti sbb tak sedap badan a.k.a selesema gitu + saja nak ngabiskan cuti dgn anak . Tekak org selsema ni camtu la teringat mcm2 . tapi memandangkan tak rajin nak keluar cari bahan- maka terpaksalah letak apa yang ada kat freezer tuh..Cottage pie / Shepherd pie ni senang jer..akak buat yg klasik ..tak letak cheese sbb tak dak stock ..tapi jgn risau ..habis jugak . dulu penah buat skali tp sempat nak swirlkan kentang tu ..hahaha..kali dah ber'swirl' kan....So, ini lah makan petang kami hari ni...
Kalu teringin nak buat boleh scroll down utk resepi :
Tq Chef Hanieliza.


Shepherd's Pie/Cottage Pie
Resepi : Chef hanieliza
Dikongsi Oleh : kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan
500 gm daging kisar~knita letak ayam kisar
1 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 cawan kacang peas-knita tak letak
8 biji cendawan tin [belah 4]
5 biji buah tomato masak
1 batang carrot [potong dadu]
1 pokok daun sup [cincang]
1 s/b tepung jagung ]
1 cawan air ] bancuhkan
1 s/b lada hitam tumbuk ]
1 kiub stok daging
2 s/b minyak
garam


Bahan Kentang
1 kg kentang [potong dadu]
1/2 cawan susu segar -knita letak cooking cream
2 s/b mentega
garam, serbuk lada sulah
air untuk merebus kentang secukupnya

Cara
  1.  Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
  2.  Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau rata sehingga daging nampak masak.
  3.  Masukkan tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung
  4.  Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga masak. Angkat dan  masukkan dalam mangkuk kaca tahan panas atau pinggan sekiranya nak buat pie dalm mangkuk  kecil.
  5.  Kentang direbus dengan air dan garam sehingga air rebusan kering.
  6.  Lecek kentang dan gaulkan dengan susu segar/cooking cream, serbuk lada sulah dan mentega.
  7.  Masukkan sedikit kentang dalam mangkuk aluminium kecil.
  8.  Masukkan inti dan tutupkan dengan kentang lecek lagi.
  9.  Bakar dalam oven yg telah dipanaskan 200'C selama 30 minit-oven knita 170'C
  10.  Sejukkan dan hidangkan.-knita suka makan masa suam2 gitu




Selamat Mencuba.
Wassalam.

Wednesday, September 10, 2014

Laksa Penang


Assalamualaikum ,



Laksa mmg peberet akak.Sebaik saja kak Ita post entry ni diblognya, terus rasa teringin-tak lama pastu akak cuba terus ikut resepi ni. Bahannya lebih banyak kalu nak dibandingkan dgn resepi yg akak selalu buat tu. rasanya pon berbeza sikit tapi tak kurang hebatnya . 
Jom kita semak resepi yg cukup terperinci dr Kak Azlita Aziz yg ternyata sangat rajin orgnya!

Laksa Penang
Sumber :  azlitamasammanis

Bahan-bahan Untuk Stock Ikan

10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
5 keping asam keping
Air secukupnya untuk merebus ikan

Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.
Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih. 
Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol

Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.
Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.
Masukkan  juga asam keping
Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.
Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.
Isi ikan pula kita bahagi 2.
1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.
Lepas kisar, kita tapis.
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk. 


Bahan untuk pes

20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen

Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus




Bahan Untuk Kuah Laksa

Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
Isi ikan yang di ramas kasar
Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
2 batang serai ~ di titik ( maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
7 keping asam keping
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 mangkuk daun kesum 
1 sudu besar pes udang atau petis
1 batang empulur nenas ( isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)
Garam , Gula secukup rasa dan serbuk perasa /kiub pati ikan bilis (jika suka)

Bahan dah pun siap!
Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak. 

Cara2nya
Masukkan semua Bahan Untuk Kuah Laksa dan pes kedalam periuk .
Didihkan hingga masak.Kuantiti air -ikut kepekatan yg dikehendaki.



Bahan-bahan yang di makan bersama kuah laksa

1 kg laksa beras yang telah di rebus
1 pokok daun salad ~ di hiris
1 ikat daun pudina ~ di hiris
1 ikat daun selom ~ di hiris ( kalau tak ada pun tak apa)
1 batang timun ~ di hiris mancis
1 labu bawang besar ~ di hiris
1/2 biji nenas ~ di racik halus
telur rebus ~ di belah 4
Limau kasturi
1 kuntum ~ bunga kantan di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
cili padi secukupnya ~ di hiris halus















Thursday, September 4, 2014

Merdeka di Pulau Lagenda


Assalamualaikum,



Salam Merdeka buat semua. Alhamdulillah dah 57thn kita merdeka .Rata2kan mengadakan sambutan hari merdeka dgn jayanya . Ramai jugak yg gunakan kesempatan cuti 3/4 hari ni utk jalan2 , balik kg dan sebagainya. Samalah jugak dgn akak yer,...gantung periuk belanga pi jalan2 dan cari makan kat kedai...haha.Percutian ni tak dirancang pon sebenarnya tapi disebabkan kami nak elakan berjalan dimusim cuti sekolah yg panjang maka kami pon bawalah anak2 pi jejalan siap2 . 

Kami bertolak ke Langkawi  pada awal pagi 31/08 melalui Jeti Kuala Perlis. Alhamdulilah tak ramai sangat time tu. Sejam je dah sampai di Jeti Kuah.Dlm lawatan yg singkat tu kami hanya pergi ketempat2 yg cadangkan oleh anak2 ; Gunung Mat Cincang, Pantai Cenang , Dataran Helang  dan jejalan sekitar Pekan Kuah.Memula sekali sampai di Pantai Cenang , rasa tenang sangat tengok keindahan lautnya yg bersih dan pasir yg memutih .  



Pantai Cenang

Masa tengah seronok main kat tepi pantai hujan pulak turun, apalagi kami pon beralih ke Gunung Mat Cincang . Kat situ ada Sky Cab , Sky Dome , 6D Cinemotion , Flying Fox dan macam2 lg .
Mulanya nak balik hari yg sama tapi sbb tak sempat lg nak "berwindow  shopping" ,maka kami pon bermalam disana.Sempatlah akak tengok-tengok barang sikit2. Boleh ka tengok jerrr..??



atas sky~cab
                                            

Gayat gilerr youuu... 


pemandangan dr atas..




menikmati keindahan alam...subhanallah cantik !!!

6D Cinemotion

Tinjau anak dr skrin luar 



Flying Fox


            Jambatan gantung

Dataran Helang
                                                                     



Makan apa disana ?
Sama ja macam makanan lain di Kedah tapi mahal banget walaupon rasanya tak seberapa.
Ada satu kuih yg agak unik dan Ist time jumpa : Apam Hong Kong -bentuknya macam apam balik dan berintikan kelapa dan santan tapi sizenya kecil sekali.
 Apam Hong Kong


Keesokan harinya kami pon berangkat pulang.
Tu je lah cerita percutian singkat kami kali ni.