Followers

Sunday, October 27, 2013

Makaroni Bakar Extra Cheese

Assalamualaikum dan salam sejatera,



Ni adalah entry lama yang tak sempat nak post. Bagi mereka yang gemarkan pasta & cheese . Hidangan ni pasti menyelerakan . Mudah dan cepat . Akak mmg selalu buat ni. Kalu nak cuba bole semak resepi kat bawah ni.Kalu letak mozarella cheese ni kena makan panas2 baru lah bertali camni ya...kalu dah sejuk dah tak jd camni dah ...

Makaroni Bakar Extra Cheese
Sumber 1 : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber 2: Dapur Mamasya
Sumber 3: Kak Nita

Bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan

2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- guna 3 cwn makaroni
150 g minced beef/chicken/seafood
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti - kak nita guna Kimball
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
sedikit kiub ayam -kak nita tambah
1 sudu besar mentega
sedikit mixed vegetables (akak tambah)

Sos Putih :
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula

lain-lain : keju parut dan oregano
mozarella cheese (kak nita tambah)

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

nota dapur mamasya;
oleh kerana masak dlm 2 bekas, jadi sos putih satu adunan tak cukup, kena doublekan. utk sos putih buat kali kedua, nak cepat tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 terus masuk dlm susu.
 dan salam sejahtera ,

**nota Kak nita :
kalu nak letak extra cheese macam akak tu ,kurangkan garam dalam sos daging ya!

Saturday, October 26, 2013

Cucur Nasi Ikan Bilis


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 



Selamat berhari minggu...ni ada lg resepi yg tak sempat nak post sebelum ni ..apa tak nya sambil goreng pon dah ngap2 bila dah siap org lain lak ngap , tak sempat nak ambil gambar...sesuai utk semua waktu . breakfast ka , minum petang ka . mkn malam ka ...ikut suka . Mmg senang dan sedap..rangup diluar dan gebus didalam. Kekal lembut walaupon dah sejuk...
Jom semak resepinya.


  
Cucur Nasi Ikan Bilis. 
Sumber : Kak Yati

BAHAN-BAHANNYA :
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
  • 1 biji lada merah, hiris halus
  • Daun sup/daun bawang, hiris halus -gantikan dgn carrot
  • Garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis -knita tambah
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA : 
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. (bawang besar knita hiris jer tak blender sekali)
  2. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  4. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.  




Sunday, October 13, 2013

Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies

Assalamualaikum dan salam Aidiladha buat semua,


Dah nak raya pulakk..pantass sungguh masa berlalu tapi tu la  tak dapat nak cuti bebanyak la pulak. 
Pasti ramai yg tak balik kg kan.Tak pa la kalu boring2 tu mai kita minum dulu ~ teh O panas dgn cookies nih..mmmmm ranguppp . Tak caya cer try nnt. Resepi dr blog Kak Wan ni mmg tak menghampakan . Akak dah berkali2 buat ,selalu bekalkan utk anak ke asrama , anak2 dan abah kat umah ni pon mmg suka makan cookies. Kerangupannya dan kesedapannya  mmg 97% sama dgn biskut Famous Amos yg ada kat pasaran tu.Kelebihan buat seniri adalah kandungan gula mmg dapat  dikurangkan agar besesuaian dgn selera akak sekeluarga. 



Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies
Sumber 1 : resipicitarasawan.blogspot.com
Sumber 2 : http://jomknitamasak.blogspot.com/

Bahan A
250gm mentega
220gm gula pasir - (knita tak letak)
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila

Bahan B
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus

Bahan C
200gm oatmeal (knita campurkan dgn sedikit nestum)
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan - dicincang kasar
100gm almond nibs - dibakar
50gm walnuts - dibakar

Cara-cara :
1.  Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan vanila.  Putar hingga bergaul rata.
2.  Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul hingga rata.  Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.
3.  Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.

*** biskut agak manis, boleh kurangkan gula mengikut citarasa

Thursday, October 10, 2013

Ayam Panggang Rosemary


Assalamualaikum dan salam sejatera..


Apa khabar semua?Sorry sebab lama tak dapat share apa2 kat sini, akhir2 ni agak sibuk sikit ...balik keja je terus buat keja2 wajib dan terus tidoq ....tapi akak akan share apa yg tersimpan ni bila ada kelapangan insyaAllah....
Ayam ni akak panggang 3-4 hari lepas. Hidangan ni sesuai utk org yg kesuntukan masa macam akak nih...Simple ,practical dan sedap dgn kelainan rasa rosemary tu .
Akak hanya mencampakkan apa2 yg ada kat umah , contohnya gula perang tu akak gantikan dgn gula putih, lada hitam akak gantikan dgn lada sulah ...rosemary tu mmg kena letaklah walaupon tak penah tanam pokok rosemary tu...letak rosemary kering yg beli kat tesco tu...hahahaha...
Tak perap pon ...terus grill je dlm magic pan tuh ...letak sekali kentang dan bwg besar, carrot tak der masa tu kalu ada lg sedapkan..Lpas letak dlm magic pan tu pi la sidai kain ker ...lipat kain ker , tengok anak buat keja sekolah ker ...pastu mai la.tengok2...alih sekali ..pastu siap .. jom check resepi nih:



Ayam Panggang Rosemary
Sumber :potretkasih
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega

Cara penyediaannya
  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus limau pada ayam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
  7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang. ( knita terus grill bersama ayam tanpa rebus )
  8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.|(kalu dalam magic pan rasanya dlm 30min jer...)