Followers

Thursday, December 29, 2011

Puding Coco Puff



Yang ni pula akak dapat resepi dr rakan sekerja. Puding ni unik sebab bila masuk mulut je  sekejap rasa macam puding ,sekejap rasa masa macam kek lapis.Kesimpulannya mmg sedap dan memuaskanlah...kalu tak caya cubalah sendiri.....

Puding Coco Puff

Bahan2nya
1 pack agar2 kecil ( 20g)
1 tin susu cair
250g buttercup
11/2 cawan gula
3 senduk tepung kastad
3 biji telur
7 cawan air
2 pack biskut  coco puff ( @ secukupnya)

Cara2nya
1) Masak agar2 dengan air hingga cair . Apabila masak ,tapis dan jerang lagi.
2) Masukkan butter kedalam agar2 , kacau sebati. Blender susu cair , tepung kastad dan telur.
3) Masukkan gula, bahan yg diblender tadi . masak sampai mendidih dan pekat
4) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian warna orange dan satu lg warna asal.
5) Tuang 1 senduk adunan asal kedalam loyang ,kemudian susun biskut coco puff rapat2,pastu tuang adunan warna orange ke atas biskut tadi,susun lg berselang seli hingga habis.
6) Sejukkan adunan didalam peti ais sebelum dihidangkan.

Tuesday, November 8, 2011

Baking Class

Assalamualaikum...
Bulan lepas saya telah menghadiri kelas kek kat area rumah saya juga . Sebenarnya dah lama nak pi tapi tak dak masa . So dah dah ada peluang ni , saya terus pi . Ok dan kat situ dapat lah sedikit ilmu yg harus saya praktikkan dalam baking-membaking nih...di samping dapat berkenalan dengan baker2 yg sangat berpengalaman. Insyallah saya akan postkan hasil pembelajaran saya nnt.untuk tatapan sesapa yg sudi singgah ke blog saya nih...sebelum tu tengok lah dulu hasil daripada cikgu saya nih,...Mmg sedapppp....




Russian Black & White Cake



Carrot Cheese cake with Cream Cheese Frosting


Chocolate indulgence Cake

Friday, October 21, 2011

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya.
Dah lama berhasrat untuk berkongsi pengalaman , ilmu ,hobi  dan sebagainya untuk faedah bersama ,insyaallah.
Alhamdullillah kali  ini saya dikuniakan sedikit ruang dan peluang yang cukup berharga untuk menghasilkan blog ni.Maaf sekiranya terdapat kekurangan disini.


Thursday, October 6, 2011

Puding Roti Caramel




Berikut adalah puding2 yang pernah akak cuba...alhamdulillah sedap2 dan menjadi gitu....

Puding Roti Karamel

Sumber resepi : hanieliza fotopages
Puding Roti Karamel

Sumber resepi : hanieliza fotopages
Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti
Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair1 tin air buah dari fruit cocktal/peach (akak letak air saja)
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad
Hiasan
1 tin buah koktel/peach ( akak letak kismis )
Cara:
1. Panaskan kukusan
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis ( akak masukkan sekali kismis).
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach

8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert