Followers

Saturday, December 6, 2014

Roti Sosej Simple


Assalamualaikum..


Mood meroti datang lg minggu lepas. Walaupun tak larat sangat pada hari tu tp gagah buat juga. Agak lewat malam juga la mula pegang bahan2 ni sbb tunggu sosej yg dipesan tu sampai. Akhirnya dapat breakfast dgn roti ni ..Ternyata qualitinya belum mencapai tahap roti Gardenia dan sedikit hodoh rupanya tapiiiiii texturenya lembut dan gebu  . So nak kena improve lg utk cantikkan rupa paras tu. Terima kasih kepada Liza dari Kelab Roti sbb sudi berkongsi resepi roti yg simple nih...

Roti Sosej
Sumber : By Liza Othman  ( Kelab Roti)
500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum
100gm gula kastor
40gm susu tepung
5gm bread improver
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk 265gm
80gm butter

Cara-caranya

  1. Campur bahan kering dan masuk bahan cecair
  2. Uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
  3. Perap 30minit buang angin,,,
  4. Bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
  5. Sebelum bakar knita letak sebela sosej dan pipekan sos cili yg dicampurkan dgn sedikit oregano dan mayonis. 
  6. Bakar suhu 180c -oven knita 160c
  7. Suhu bakar ikut jenis oven anda


Friday, December 5, 2014

Mexican Bun




Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Adussss....lama tul tak update kannn....Alhamdulillah , hari ni ada sikit kesempatan utk menulis sikit.
Bun ni dah lama buat. Geram tengok org len dok buat maka terpanggillah utk mencuba . Alhamdulillah tak mengecewakan walaupon uli tangan jer yer... dan insyaallah boleh improve lagi dan lagi ..Kebetulan stok kopi tinggal sikit ,so color dia jd kureng gelap la sikit kalu nak dibandingkan dgn Mexican bun yg asal.
Terima kasih EmilaPuteri sbb share resepi ni.

Mexican Bun
Sumber : emiliaputeri
Bahan-bahan (17 biji bun) - saya buat separuh adunan

i) Filling

200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar


ii) Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum


iii) Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- diayak
2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softner ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega


Cara-cara

Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan esen dan gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, dan coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.

Doh Roti


  1. Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk.
  2. Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  3. Masukkan telur dan air/susu segar.
  4. Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  5. Leperkan dough di atas tapak tgn dan letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  6. Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  7. Rehatkan selama 45 min di tempat panas (saya biar sahaja atas meja).

  8. Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center. 
  9. Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.