Followers

Monday, October 3, 2016

Tilapia 3 Rasa

Assalamualaikum dan salam Maal Hijrah 1438 ,






Sekejapnya masa berlalu dah masuk tahun baru 1438 hijrah . Moga2 dgn kesempatan yg Allah kurniakan dpt dimanafaat oleh kita sebaiknya, Inshaa Allah.
Sempena cuti maal hijrah kali ni , kami tak kemana-mana. Cuma rehat kat rumah bersama anak2. Al maklum la , ada 2 org lg nak periksa SPM dan PT3.. terpaksalah simpan dulu plan bercuti..hihi.
Lauk ni masak utk lunch td ..biasa lah guna bhn-bhn yg ada kata peti ais tu jer..tak pegi pasar pon td.
Jom semak resepinya

Tilapia 3 Rasa

Bhnnya
1 ekor ikan tilapia merah - dibersihkan
 5 biji cili padi hijau
1 biji cili merah -
1 biji tomato besar
2 sb cili kering kisar
I biji limau nipis diambil jusnya
3 sb sos ikan
3 sb sos cili
3 ulas bwg putih
2 labu bwg besar
Sedikit halia
Garam , gula , sedikit kiub pati ikan bilis secukupnya.

Caranya
Ikan disapukan garam kunyit dan digoreng
Ketepikan
Sedikit bawang putih dan bawang besar di tumbuk , selebihnya didadu.
Tumiskan bwg yg ditumbuk sehingga wangi
Mskkan cili kisar . Kacau hingga pecah minyak.
Mskkan cili2 yg telah didadu.
Perasakan dgn garam , gula dan kiub pati ikan bilis, sos ikan , sos cili , air limau nipis .
Tambah sedikit air agar sedikit berkuah.
Biarkan mendidih .
Akhir sekali tuangkan keatas ikan yg telah siap digoreng td.






Saturday, September 10, 2016

Kek Coklat Cheese Lava Veranntuu...


Assalamualaikum,



Lagi 1 hari kita bakal menempuhi 10 Zulhijjah iaitu hari Aidiladha. Masing2 dah  bersedia utk ibadah korban dan tak kurang jugak yg baru bersiap2 nak balik kg . Macam kaknita ni ok jer ,tak kalut sgt sbb kg dekat2 jer. Alhamdulillah semalam akak dah cuba kek yg sedang viral tu ..knita tukaq nama sikit sbb akak ni penakutt..so, jgn kecam akak yer..
Mula2 diperkenalkan oleh kak Azlita Aziz, pastu kat fb Azlina Ina...Terima kasih bebanyak kak ita & azlina kerana sudi berkongsi resepi .Bole ja semak resepi di blog & fb sifu2 ni . Utk kek ni kaknita refer resepi ni dan kaknita olah sikit ikut bhn yg ada kat dapoq tu:

.

Resepi : fb azlina ina

Bahan2:
2 bj telur B
3/4 cwn gula
1 sb ovallet
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
1/2 cwn mentega cair
1/2 cawan whipping cream/ susu cair
1/4 cwn air panas mendidih
Mixed telur, gula,ovallet sampai gebuss
Masukkan susu ,mixed lg .
Masukkan mentega cair, tepung yg telah diayak dgn soda td. 
Bakar dgn suhu 150(ni oven kaknita la ..)
So pandai2 la ikut oven seniri yer. 
Masa nak bakar ni, sila lapiskan dgn air ya . Kalu nak kukus pon boleh.

Utk ganache:
1 cwn Cooking choc
1 cwn Whipping cream /susu segar /susu cair
1/2 st hazelnut paste
2 sb butter
( Double boil)

Bhn cheese :
250 gm cheese
1/2 cwn susu pekat manis
1/4 cwn susu segar
Mixed jer semua sampai sebati

Ok bila kek dah masak , sejukkan dulu .
Pastu potong . Letakkan kek , lapiskan dengan adunan cheese , utk kek kaknita tu letak dua lapis cheese .
Letakkan dlm peti ais sebentar dlm15 min.
Pastu curahkan ganache atas lapisan atas cheese.
Masukkan dlm peti sejuk . Bila sejuk sikit baru sedappp..inshaa allah

Tuesday, August 30, 2016

Blended Orange Cake

Assalamualaikum...

Lama xjumpakan.. diharap sihat sejahtera semuanya. Kek ini kaknita buat semalam. Tetiba ja terasa nak mkn kek2 klasik . Kebetulan ada orange dok tergolek dlm peti ais tu , kak nita blender jer bhn2 tu , pastu bakor. Senangkan..kalu xde mixer pon bole buat . 
Kalu nak try bole semak resepi kat bawah ni .. dah banyak kali buat sebelum ni. Tp resepi ni akak amik  kat fb ..lebih kurang sama je resepi ni dgn yg ada kat MyResepi . 


Blended Orange Almond Cake
Resepi :~ Tartqueen Intan Gemilang

Bahan-bahannya :~

1 biji buah limau oren Sunkist
(saya guna seedless)
3 biji telur ayam
⅛ sudu teh garam
(⅛ = secubit)
1½ cawan gula halus ( letak 1 cwn dah cukup)
1 cawan minyak canola-knita letak mentega cair
1 - 2 titis pewarna kuning
2 sudu besar serbuk badam
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* (*diayak bersama)

Cara-cara Membuatnya :~

- buah limau dicuci bersih, dipotong 4 dan dibuang biji dan urat putih di tengah²
(tujuannya untuk mengelakkan kek menjadi pahit)
- potong lagi buah limau oren kepada bahagian yang lebih kecil bersama² kulitnya sekali
- masukkan ke dalam mesin pengisar bersama² telur, garam, gula, minyak canola dan pewarna kuning lalu dikisar sehingga mendapat adunan yang halus
- tuangkan bahan² yang dikisar ke dalam mangkuk pengadun dan masukkan serbuk badam dan campuran tepung sedikit² sambil dikacau rata
- kemudian tuangkan adunan ke dalam bekas yang beralas kertas minyak dan telah digris
- bakar pada suhu 160°C selama +- 45 minit - 1 jam atau sehingga kek masak atau bergantung kepada oven masing²

Nota :~

- boleh juga masukkan 1 sudu besar poppy seed untuk satu kelainan
- atau pun tabur almond nibs di atas adunan kek sebelum dibakar
- kek ni boleh juga dikukus
Selamat mencuba ye. ..Inshaa Allah menjadi.


Thursday, June 23, 2016

Homemade Ice Cream Oreo


Assalamualaikum..



Ice cream ni anak2 yg request tapi bila dah siap , abah dan ibu pun pulun skali...hihi.
Jom semak resepi :


C&P dari :cikmatahariku

Bahan-bahan Buat Homemade Ice Cream Oreo

1 tin susu cair ( tak kira jenama apa pun, asalkan halal)
1 biji telur  (kali ni knita xletak telur)
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 cwn susu pekat ( atau 6-7 sudu atau ikut pilihan rasa manis masing-masing )
1 sudu besar ovalett
Satu paket kecil biksut oreo ( blend kasar atau hancurkan )

Cara Menyediakan Homemade Ice Cream Oreo

  1. Masukkan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mixer atau boleh juga guna blender.
  2. Putar semua bahan dalam 15-20 minit ( sehingga kembang).Kalau guna blender, hadkan putaran dalam 10 minit sekali putar.
  3. Tuang semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas ice cream yang disukai.Nak senang, guna bekas yang bertutup.
  4. Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan tadi.Kacau bagi rata biskut oreo dengan bahan yang diputar tadi.
  5. Tutup bekas ice cream dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras, kemudian bolehlah dimakan.
Tips dan Panduan buat homemade ice cream oreo
Bagi sesiapa yang alergik dengan telur, resepi ice cream ini tetap sedap dan menjadi walaupun tidak diletakkan telur.Jadi, tak payah risau atau susah hati kalau ada anak-anak yang tak boleh makan telur.

Tuesday, June 7, 2016

Puding Sumi

Assalamualaikum...



Puding ni knita buat utk iftar 1st ramadan ...awai-awai ni rajin la lg ..haha.Kebetulan pulak semalam birthday en hubby. Nak buat kek tp dia kata xyah sbb puasa2 ni nak mkn yang sejuk2 ,lembik2 gitu katanya. Pastu tergerak la hati ni nak try buat puding ni..Nampak mcm mudah tp agak mencabar jugak nak menyusun sumi2 yg lembik dan licin tu..Idea nak menyusun kak nita refer dari blog kak wan manakala resepinya pulak kaknita rujuk resepi dari blog kak yati. Terima kasih bebanyak ya...kak wan dan kak yati...Alhamdulillah walaupon tak sekemas puding kak wan & kak yati  .. suami dan anak2 suka mkn ni.. Inshaa allah pasni kena buat lg dgn susunan yg lebih kemas dan cantik.Tak sempat nak ambil gambar bebanyak..sibuk nak berbuka la gitu..ni pon birthday boy tolong snap..

Puding Sumi
Sumber : kak yati

Bahan-Bahan:-

10 gm  serbuk agar-agar  (yang tak berwarna)
200 gm gula pasir
1 liter air
2 helai daun pandan, dicarik dan disimpul
4 sudu besar tepung kastard*
1 tin susu cair*(bhn bertanda *disatukan)
1 bungkus jelly sumi atau secukupnya ( kaknita pakai sumi nata de coco)
sedikit esen vanila
pewarna jika suka

Cara- Caranya

  • Buka setiap sumi dan toskan airnya. Susun sumi ke dalam acuan. Simpan ke dalam peti sejuk beku dahulu.
  • Dalam periuk, masukkan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan. Bukak api, masak sampai agar-agar dan gula hancur dan mendidih. Buangkan daun pandan.
  • Masukkan tepung kastard yang dilarutkan dengan susu cair ke dalam bancuhan agar-agar tadi.
  • Dah mendidih, tutup api, biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas acuan yang berisi sumi.
  • Kalau nak berwarna, tuangkan sedikit pewarna ke dalam bancuhan dan tuang ke dalam loyang.
  • Biarkan suam sedikit sebelum disimpan dalam peti selama 3 jam atau semalaman sebelum dihidang.


**Bila nak lapis adunan puding, biarkan beku sedikit, kelar2kan sikit permukaan barulah tuangkan adunan yg seterusnya supaya puding melekat cantik.

Sunday, June 5, 2016

Kerabu Taugeh & Kerang


Assalamualaikum dan Salam Ramadan ....



Ahlan Wa Sahlan Ramadan Al-Kareem...
Alhamdulillah ,kita masih berpeluang berpuasa lagi pada Ramadan kali ni. Moga2 amalan kita hari ni dan seterusnya akan lebih baik dari sebelumnya inshaa Allah..
Malam ni bermula lah Solat sunat tarawikh bagi Ramadan 1437 masihi. Bagi kaum wanita yang tak berpeluang berjemaah di Masjid maka bolehlah melakukannya secara sendirian dirumah .Boleh klik disini utk panduan.
Bagi ibu2 yang nak memberi semangat pada anak2 kecil utk berpuasa pastinya tercari2 menu kegemaran anak2 utk berbuka. tambahan pulak cuti sekolah ...pastinya meriah meja makan tu nanti..
Mcm kaknita ni anak2 mmg tak memilih .Alhamdulillah apa yg dihidang akan dijamah tanpa pembaziran . utk menu yg digandingkan dgn nasi putih , kerabu ni menjadi menu yg agak peberet bg kaknita. Contoh kat ni Kerabu taugeh dgn kerang .
Jom kita semak resepinya :

Kerabu Taugeh & Kerang
Sumber 1 :Che nom
Sumber 2 : Kak Nita
Jumlah Hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan:

600 gram taugeh
6-7 tangkai daun selom, hiris nipis (knita xletak)
1 mangkuk isi kerang rebus
1 biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
3 biji cili besar, hiris nipis
1 sudu kecil perahan air limau nipis

Bahan untuk kisar halus:
1/2 sudu besar lada hitam
1 genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
4 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat(knita letak 1/2 cwn )
3 biji cili padi + 1 biji cili besar
1 barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
2 sudu besar kerisik
sedikit gula melaka (knita tambah)
2 sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa

Cara Penyediaan:

  1. Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. Angkat dan toskan.
  2. Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
  3. Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang :)




Wednesday, May 25, 2016

Gulai Siakap Daun Kesum

Assalamualaikum,



Dah lama xmenggulai ...dapat  ikan  segar  nnt boleh buat  lg..Spt  biasa gulai akak ni mmg  simple ,
2 - 3 hari  lg  semua anak2 balik dari asrama ..seronoknyerr cuti panjang .
Bersemangat sikit nak masak. Selalunya depa akan request itu dan ini ,almaklum la dok  asrama mkn pon gitu2 jer..

Resepi  utk menu  kat atas ni sama ja mcm entry kaknita sebelum ni :
Klik sini

BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan siakap
250 ml santan( kalu  xmo pon xpa ganti dgn air kurangkan sikit qty)
5 biji bawang merah | ditumbuk
4 ulas bawang putih | ditumbuk
3 biji bawang merah | dimayang
1 batang daun kesum
1 sudu teh serbuk jintan putih (jintan putih ditumbuk halus bersama bawang merah + putih)
2 sudu makan rempah kari ikan Baba's
2 sudu makan air asam jawa ( knita lebihkan sikit )
2 sudu makan minyak
Garam secukup rasa
sedikit timun

CARA MEMASAK:-
(cara kak nita)

1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dimayang dan bahan tumbuk + sedikit halba campur sehingga  berbau harum.
2. Kemudian masukkan rempah kari . Kacau dan masuk kan sedikit air dan kacau sebati biatkan mendidih sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan , timun dan air asam jawa. Kacau rata.
4. Masukkan garam secukupnya ,santan  dan daun kesum. Biarkan mendidih sehingga masak  dan angkat.

Thursday, May 19, 2016

Bubur Ayam Simple gituuuuu...




Assalamualaikum...




Alhamdulillah dapat post entri tertunggak ni mlm ni,  setelah berbulan2  menyepi..atas2 sebab2 yg xdapat dielakkan.Maaf bebanyak ya..
Bubur ayam  ni mmg sesuai dimakan bila2 masa jer  kan..Simple dan xmenyusahkan ..
Jom semak resepi ni..

Bubur  Ayam
Resepi: Kaknita

Bahan-Bahan utk  rebus
1 1/2 cawan beras
Isi ayam secukupnya
Air Secukupnya ( lebih kurang 8 cwn-tambah jika perlu )
garam secukup rasa dan kiub pati ayam

Bhn hiasan (tabur kat atas)
1 inci halia - hiris halus
bawang putih  didadu halus dan goreng
isi ayam - potong-potong kecil/disiat2
sedikit daun bawang dan sup - hiris
lada sulah


Cara Penyediaan
  1. Masukan air untuk rebus ayam .Bila ayam tu masak , angkat dan ketepikan.
  2. Masukkan beras yang dibersihkan  dlm air rebusan tadi dan tambah air lg.Masukkan kiub pati ayam garam  secukupnya. Masak hingga pecah biji beras tu.
  3. Bila bubur ayam dah masak masukan taburkan bhn hiasan.
  4. Bismillah dan makan.


Sunday, March 13, 2016

Kuih Cara Manis

Assalamualaikum,

Haritu masa ke pekan Baling,Kedah ,kaknita ada singgah kat kedai peruik belanga. kat situlah kaknita
terbekenan kat acuan kuih cara nih...
So,bila dah ada acuan maka terjadilah kuih cara manis nih buat kali pertamanya...haha..
Buat breakfast ..selalunya beli jer...tp sekarang bila ada bhn dan masa boleh buat seniri.,
Senang banget ..terima kasih ya tuan punya resepi.Jom semak resepinya  :


Kuih Cara Manis

Bahan2
(Dapat dlm 12-14 pasang)

1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 1/2 cawan santan
1/2 cawan air daun pandan
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh mentega / majerin
secubit garam
sedikit pewarna hijau kalau air pandan kurang hijau
gula - untuk letak dalam cara ( 1/2 sudu kecil setiap ketul)


siap...jom menge"teh"..

  1. Bancuh dan blend semua bahan kecuali gula
  2. Panaskan acuan atas api yg perlahan
  3. Sapukan rata minyak dalam acuan
  4. Masukkan bahan adunan satu persatu dalam acuan
  5. Bila dah nampak selikit lingkaran lain kaler pada kuih letakkan gula
  6. Tutup dengan tudung periuk
  7. Dalam 2-3 menit masak la..cungkil  dan ulangi proses kat atas sampai adunan habis

Balik kampong....


Assalamualaikum...

Apa habaq semua? Harap2 sihat semuanya..Dalam keadaan cuaca yang sgt panas sekarang ni ramai sgt yg keluar masuk klinik kan.Samalah dgn akak dan anak2 nih...sbb tujarang2 dpt pegang keyboard ni. Ok ...ni ada sikit cite singgah menyinggah masa balik kg aritu...layan Rafiq naik itik.











Saturday, January 9, 2016

Quiche Ayam Berkeju


Assalamualaikum,





Salam Sabtu buat semua. Biasa la hari sabtu mmg best ...bole rehat2 dgn family .Bilarehat2 tu mesti la lapaqkan...? So,kalu xdak idea nak masak utk minum ptg nnt boleh la buat quiche ayam berkeju nih..mesti anak2 suka. Quiche ni kaknita buat minggu lepas.masa tu anak2 ada lg kat umah..Satu bekas ni sekejap jer habiss...






Quiche Ayam Berkeju
Sumber :terminalhijrah.blogspot

BAHAN BAHAN

125 g mentega sejuk, dipotong dadu
250 g tepung gandum
1 sudu teh air lemon
Air secukupnya
Intinya:
1 ketul isi ayam bahagian dada dicincang
1 bawang besar dipotong dadu kecil2
1 sudu besar rempah pes tom yam-knita xletak
2 sudu besar minyak masak
2 kepingan keju cheddar yang dipotong kecil2

KASTARD
3 biji telur
1 cawan susu
1/2 cawan krim putar
Sedikit garam

BAHAN TABUR
1 biji tomato dihiris bulat2
2 tangkai daun ketumbar dihiris halus-kaknita gantikan dgn daun bwg
Mixed herbs -knita tambah

CARA MEMBUATNYA

  1. Gaul dan ramas mentega dengan tepung dan air lemon sehingga menyerupai serbuk roti. Tambah air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh. Tutup doh dengan plastik dan dinginkan di dalam peti sejuk selama 1 jam
  2. Canai doh dan masukkan menutupi dasar loyang 8". Tutup dengan kertas timah dan bubuh kekacang di atasnya. Tujuan  buat begini supaya doh cantik dan sekata.
  3. Bakar kosong didalam yang telah dipanaskan pada 180C. Setelah 20 minit angkat kertas timah dan kekacang tadi & ketepikan
  4. Untuk intinya : Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan
  5. Masukkan  isi ayam dan lada hitam ,sedikit garam dan kacau2kan selama 2 minit. Sejukkan
  6. Untuk kastardnya : Pukul telur sehingga ringan. Masukkan susu, krim putar dan garam, pukul sehingga gebu & tapiskan
  7. Letakkan inti ayam ke dalam kulit pastri, taburkan keju dan tuangkan kastard sehingga penuh
  8. Susunkan hirisan tomato dibahagian atasnya, diikuti dengan hirisan daun bawang dan taburkan sedikit mixed herbs. Bakar selama 180C selama 25 minit atau sehingga nampak garing.

Tuesday, January 5, 2016

Ayam Panggang Mudah



Assalamualaikum...




Selamat Tahun Baru 2016.Dah masuk 5 hari baru nak update...ye la sibuk dgn persekolahan anak2.
Bila dah kalut2 ,menu yg mudah2 ja menjadi pilihan.Cthnya macam ayam panggang ni. Tak banyak sangat bhn yg digunakan tp alhamdulillah sedap dimakan.


Ayam Panggang Mudah
Resepi:Kaknita:jomknitamasak@blogspot.com

Bhn2nya
1 ekor ayam dipotong 6 (ikut suka sizenya)

Bhn dikisar
1 biji bawang besar
5ulas bwg putih
Halia Sebesar Ibu Jari
1 inchi Kunyit hidup
1 sudu mkn jintan manis
1/2 sudu mkn jintanputih
1 biji buah keras
1 sudu mkn lada hitam

Garam,gula dan sedikit kiub ayam

Cara2nya

  1. Tumiskan bahan2 yg dikisar .
  2. Bila pecah minyak campur kan air,
  3. Perasakan dgn garam gula dan kiub pati ayam dan biarkan mendidih dan pekat
  4. Masukkan ayam dan bila ayam dah separuh masak dan bersalut dgnbahan2 td ~tutup api.
  5. Panggang dgn pemanggang ajaib setelah diletakkan sedikit minyak.
  6. Kalu nak frozenkan pon boleh. Simpan dlm freezer nak mkn baru keluarkan dan biarkan pd suhu bilik pastu baru panggang.

Selamat Mencuba!..