Followers

Wednesday, January 29, 2014

Mee Bandung Ikan Bilis

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Kebiasaannya  utk  masak mee bandung org akan letak udang , daging atau ayam kan . Samalah jugak dgn akak ni tapi Mee Bandug Ikan Bilis ada sejarah disebaliknya....Nak dengaq cite tak...?
Kejadian ni berlaku pada permulaan minggu ni iaitu pada hari Isnin dimana dlm kekalutan hantaq anak2 gi sekolah akak terlupa la pulak nak tinggalkan kunci umah utk Irfan. Bila dah nak sampai kat office baru la nampak kunci tu kat dlm h/bag...masyaAllah nak patah balik pon tak berbaloi lg pon Irfan dah selamat tengah blajar kat sekolahya tu. Kebetulan pulak pagi tu akak dah bg RM20.00 utk dia sbb tak de duit kecik. So kalu dia balik nnt boleh la dia beli makanan dgn duit tu semetara tunggu akak balik.
Sebaik saja habis kerja akak pon bergegas balik dan tak sempat utk singgah utk beli barang.
Sesampai jer dirumah, alhamdulillah sebab Irfan selamat diluar umah dan dah kenyang. Katanya dia pon baru jer sampai sbb ada aktiviti kat sekolah.
Disebabkan malas nak patah balik kekedai , akak pon masak jer apa yg ada kat peti ais tu dan terhasillah Mee Bandung Ikan Bilis nih ...Hishhh panjang sungguh ceritenye yer...dan mee juga sesuai utk sesapa yg pantang seafood & daging tu  ya..rasanya tak kurang mabelessssnya . So kalu nak try jom semak resepinya disini:




Mee Bandung Ikan Bilis
Resepi -Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
Mee Kuning(utk dua org )
sedikit daun sawi/kailan
2 biji tomato
sedikit kacang tanah -yg telah dikisar
sedikit cuka
garam , gula secukup rasa
2 sudu besar sos cili
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung

Bahan2 dikisar
10 biji cili kering - direbus dan dibuang bijinya
1 sudu besar ikan bilis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara2nya

  1. Tumiskan bahan yg dikisar hingga masak / pecah minyak 
  2. Masukkan cuka, sos cili , garam dan gula dan sedikit perencah hilal ( jika suka).Seterusnya masukkan kacang.tambahkan air secukupnya-agak2 dlm 2 mangkuk
  3. Bila mendidih, pecah kan telur biarkan sebentar . 
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit air.( utk memekatkan kuah)
  5. Akhir sekali masukkan  mee dan sayur sawi/kailan dan belahan tomato.
  6. Tutup api dan hidangkan.

Tips : lebih sedap jika dimasak dlm periuk tanah ye.. mcm kat dlm gambar ni...




Selamat mencuba ya...




Sunday, January 19, 2014

Puding Ice Cream Oreo

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Puding ni sangat simple dan sesuai dgn tekak akak . Sesuai utk makan ramai2 . Yang ni akak saja buat utk makan kat umah aja tapi satu adunan ni dapat agak banyak. Terima kasih kpd  Mommy Ryan's Kitchen sbb sudi share resepi ni. Akak ubah sikit2 ikut apa yg ada kat umah je..(ni kes malas nak kluar gi kedai)
Kalu nak try boleh semak resepi dibawah ni ye...:

 Puding Ice Cream Oreo
 Sumber 1 : mommycookin.blogspot.com
 Sumber 2 : Kaknita - jomknitamasak.blogspot.com

 Bahan2:
 25g agar2 bertali ( dipotong kecil2)
 1250ml air
 1 Tin susu cair
 1 cup Gula (knita letak 3/4 cwn )
 1 Sudu teh esen Vanila
 1 Biji telur
 1 Bungkus Biskut Oreo ( dikisar halus)
 1 cup Ice Cream ( 5/6 scoop ice cream) ** apa2 perasa ice cream pun boleh** -knita gantikan dgn 1/2 cup whipping cream





     Cara2nya
  1. Masak Agar2 bertali dengan 1250ml air tadi hingga larut...
  2. Kemudian masukkan gula...kacau sebati. Blendkan Telur, susu cair , Ice Cream, & Esen Vanila   Kemudian satukan dengan adunan agar2 yang dimasak tadi....
  3. Kacau rata , & akhir sekali masukkan Biskut Oreo yang telah dikisar...kacau lagi biar sebati ye...dah sebati, tutup api...
  4. Sediakan Loyang...Tuangkan adunan & sejukkan dalam Freezer...dah siap!

Sunday, January 5, 2014

Asam Pedas Ayam


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Asam Pedas ni mmg menjadi kegemaran saya dan anak2 . Asal ada daun kesum jer mesti nak buat asam pedas .Balqis mmg suka sangat asam pedas ayam ni berbanding dgn asam pedas ikan . Kalu buat yg ni mmg makan nasi berulang lah dia. 
Jom kita semak resepinya :

Asam Pedas Ayam
Resepi : Kaknita ~ jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2
500gm ayam dipotong ikut size sederhana kecil( kalu nak ltk daging pon boleh)
sedikit daun kesum
1 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau perut
air asam jawa ,garam . gula secukup rasa

Bahan2 (dikisar)
2 btg serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 -15 biji cili kering ( direbus terlebih dahulu)
1 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup ( kalu tak dak boleh gantikan dgn sedikit serbuk kunyit)

Bahan2 sampingan 
Terung panjang dipotong dan digoreng
* kalu nak campur terus dlm kuah pon boleh tapi kaedah goreng berasingan ni lg sedap dan wangi.



Cara2nya,

  1. Tumiskan bahan yg dikisar hingga wangi dan pecah minyak
  2. Masukkan ayam dan kacau sebati.
  3. Masukkan air asam jawa,bunga kantan,daun kesum, daun limau perut dan biarkan mendidih selama 10-15min (api sederhana).air tu ikut kepekatan yg dikehendaki . 
  4. Masukan garam , gula dan serbuk perasa(jika suka) secukupnya.
  5. Bila kuah dah terbit minyaknya. Tutup api dan masukkan terung yg telah digoreng tadi.


Selamat Mencuba!

Friday, January 3, 2014

Terung Goreng Berlada

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Ni lah hidangan paling simple didunia kot...Senang sangat dan sedap la kalu makan dgn nasi panas dan ikan kembong goreng . Rasanya semua org tau resepi ni.Tapi akak nak letak gak kat sini utk rujukan anak2 akak nnt. Resipinya semudah ABC gitu:

Terung Goreng Berlada
Resepi : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2
1 biji terung panjang ( size agak besar)
6 biji cili merah (dibuang bijinya)
6 biji cili padi
1 labu bwg besar
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
air asan jawa gula dan garam secukup rasa
Minyak masak

Cara2nya

  1. Terung di potong setebal 1 inci dan digoreng sehingga sedikit kekuningan.Ketepikan sebentar.
  2. Cili merah , cili padi , bawang besar , bawang putih , belacan dikisar kasar (jgn halus sangat )
  3. Tumiskan bahan kisaran tu sampai wangi .
  4. Masukkkan air asam jawa secukupnya.
  5. Perisakan dgn garam dam gula. kacau hingga masak dan sedikit kering.
  6. Siap dan tuangkan  ke atas terung digoreng tadi.