Followers

Saturday, November 24, 2012

Kacang Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Salam Asyura buat semua muslimin dan muslimat .Akak pasti ramai yg tak melepaskan peluang berpuasa pada  semalam dan hari ni ya (9 dan 10 Muharam 1434). Kalu kat kg dulu ramai yg berpakat masak bubur Asyura bersama-sama. Masak dalam kawah pula tu...Sekarang pon masih ada komuniti yg masih berpakat dan jadikan itu sbg aktiviti tahunan ...baguskan..kalu nak buat sorang2 tu tak best la pulakkk...Bagi mengenangkan sejarah bubur Asyura ni dalam peristiwa Nabi Nuh a.s sila klik disini

Ok ....hari ni akak nak share resepi kacang yg akak belajar dr keluarga mertua. Kacang ni rangup dan caranya pon simple jer!. kalu makan sambil tengok tv , sekilo pon sekejap ja licin. Jangan risau ,walaupon ianya kaya dengan  lemak tetapi ia mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus.vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. Kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dedaging, telur dan kacang soya.
Jom kita tengok resepi ni :

( gambar 2)

Kacang Rangup
Sumber : Kak nita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
1 kg Kacang Tanah ( kacang tanah ni yg besar ,kalu kat sini RM9/kg) 
1 senduk bawang putih ( lebih kurang 3/4 cwn)
1 senduk gula
garam secukup rasa
 * senduk yg digunakan utk ceduk kuah tu 

Cara2nya
  1. Kisarkan bawang putih dan gula sedikit air-sampai halus. 
  2. Gaulkan bahan kisar dgn kacang dan campurkan sedikit garam.
  3. Perapkan selama 1 jam
  4. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana hingga kekuningan.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Sebarkan diatas kertas agar minyak tu turun dan kacang cepat sejuk.(macam gambar 2 tu) 

Tips: walaupon masa kita angkat tu ianya lembut/kurang garing lg  , jgn risau sbb dia akan rangup bila dah sejuk.

Ok selamat mencuba..


Thursday, November 22, 2012

Chicken Nugget ~ sendiri bikin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Nugget ayam adalah makanan segera yg sentiasa menjadi pilihan anak2 akak. Senang didapati  dimana2 pasaraya , restoran makanan segera mahupun kedai runcit tapi kalu ada bahan dan masa ,apa salahnya kalu dibuat sendiri . Lebih fresh dan boleh ikut citarasa sendiri. Masa mula2 nampak resepi ni kat blog cikmanggis terus rasa tergoda. Alhamdulillah, hari ni mmg ada rezeki untuk buat dan rasa nugget nih...Mmg boleh sangatlah! Rangup diluar dan juicy didalamnya . Terima kasih ya cikmanggis . Izinkan kak nita share resepi ni ya....

                                           macam ni rupa  didalamnya....


Chicken Nugget / Nugget Ayam
Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahannya:

A
350 gm isi ayam -cincang.
1 biji telur.
1/3 cawan serbuk roti ~ kak nita guna serbuk roti putih (cik manggis guna serbuk roti (color kuning))
3 tbsp tepung serba guna.(sudah ada perisa)
1/2 tsp serbuk lada hitam.
2 ulas bawang putih-tumbuk halus.
1 tsp gula.( kak nita tak letak )
1 ketul kiub ayam -optional (akak letak 1/2 + sedikit garam)

B
Untuk salut:
2 biji telur-pukul sikit dengan garfu.
Tepung serbaguna secukupnya ( tepung ayam goreng).
Serbuk roti secukupnya.

Minyak untuk menggoreng.


                                                                 sebelum digoreng
Cara-caranya:

  1. Satukan bahan-bahan A kedalam mangkuk yang sesuai dan gaul hingga sebati agar  menjadi doh yang lembut.
  2. Bentukkan bulat-bulat  mengikut saiz yang dikehendaki.Tekan/ leperkan.Golekkan kedalam tepung serbaguna.
  3. Kemudian celupkan kedalam telur.
  4. Akhir sekali salutkan dengan serbuk roti hingga sekata.Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  5. Tak perlu sejukkan dalam peti sejuk,boleh terus goreng hingga warna perang keemasan atau sehingga masak.


Akak suka yg macam ni ....

anak2 pula suka yg garing macam ni....

Semua nugget2 ni berjaya dihabiskan sebaik sahaja selesai sesi pengambaran...hahaha...

Monday, November 19, 2012

Mandi-manda di Taman Rimba


Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Baru -baru ni kami sekeluarga bersama 2 org lg anak saudara  pergi berkelah dan mandi2 kat air terjun Taman Rimba ,Penang. Taman Rimba ni terletak di Teluk Bahang , Penang, lebih kurang 11/2 jam perjalan an dr kediaman kami . Alhamdulillah cuaca pon baik pada hari tu, dapatlah bebudak tu mandi lama2 sikit . 
Sesampai saja kami disana ,kami terus je makan sbb semuanya dah lapar . Kak nita hanya masak nasi putih &  lauk biasa jer hari tu. Tapi biasa la kalu dah berkelah semuanya sedap.  

makan2  bekalan yg dibawa sebelum terjun berenang..



kemain lagi Balqis dan Rafiq...sejukkk tapi seronokkk!



Aitttt...kat sungai pon ada "duyung" ???



 Haris - dibawah terjunan air...

Salah satu lauk biasa & simple utk berkelah hari tu  :



Sambal Tumis Masam Manis Ikan 
Resepi : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot .com


Bahannya 
10 ekor ikan kembung /ikan selayang/apa2 jenis ikan

Bahan2 (Kisar) 
Semangkuk kecil cili kering - dikerat2 dan direbus
2  biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
Belacan sebesar ibu jari
Air secukupnya

Bahan2 lain
Garam , gula melaka secukup rasa
Air asam jawa
bawang merah /kecil - dihiris halus untuk menumis
daun sup - dihiris
1 sudu besar  sos cili 

Cara2. 
1) Ikan dibersihkan, dipotong  , dilumurkan dgn garam dan kunyit. Goreng separuh garing.
2) Tumiskan bawang merah sehingga kekuningan . 
3) Masukkan bhn kisar , air asam jawa ,sos cili gula dan garam secukup rasa. Biarkan hingga pecah minyak .
4) Masukkan ikan goreng dan daun sup , kacau sebati dan tutup api.

Akhir kata ~ Salam Maal hijrah 1434 buat semua ya... semoga akan bertambah usaha kita kearah mencapai keberkatan dari Nya , insyaAllah.




Sunday, November 11, 2012

Asam Pedas Melaka ~ Ikan Tenggiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Selamat bercuti kepada anak2 dan cikgu2 ya....seronok sungguh dok umah bila semuanya ada . Biarpon suasana tu bising tapi meriah . Buat masa ni kami tak plan utk ke mana2 lg . Dok umah rehat2 ja...basuh kain baju yg dibawa balik dr asrama, masak2 dan makan...hahaha .Kerja2 tu semua mmg tak pernah habisss.
Lunch tadi akak masak Asam Pedas Melaka~ Ikan Tenggiri, segar dr Pasar Malam. Semalam kononnya nak cari durian nak buat Durian Crepe,at last durian tak dak - terjumpa pula ikan tenggiri yg segar tu. Frust bebudak tu dok request nak makan crepe tapi tak dapat lg. Ptg nnt kalu  ada rezeki dapat la durian tu.  
Apa2pon  Asam Pedas Melaka resepi dr junjs11 mmg kena dgn selera kami sekeluarga. Kalu nak cuba boleh semak  resepi ni :


Asam Pedas Melaka ~Ikan Tenggiri
Sumber : MyResepi -junjs11
Dikongsi Oleh : Kaknita-jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 family... )
3 keping ikan tenggiri (ikan lain pon boleh)
Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Bahan tumis:-
@ 1/2 bawang besar-hiris
@ 1/4 sudu teh biji sawi (kak nita tak letak )
@ 1/4 sudu teh halba
@ 2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
1 biji tomato-potong2
5 biji kacang bendi
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum secukupnya
minyak masak
garam dan gula jika suka

Cara-cara
  1. panaskan minyak. tumis bahan tumis. 
  2. masukkan bahan kisar, biar pecah minyak.
  3. masukkan air asam jawa dan air. 
  4. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  5. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.



Sunday, November 4, 2012

Kek Pisang 2

Assalamualaikum & salam sejahtera,
Alhamdulillah dapat postkan lg satu N3 hari ni setelah sekian lama blog terkoma dan bersawang. Terima kasih bebanyak kepada rakan blogger dan pengunjung2 yg sudi juga singgah walaupon blog  tak berupdate. Maaf ya,bukannya sengaja tapi biasalah hujung tahun ni PC akak mulalah buat hal tapi sekarang semuanya dah kembali seperti sediakala. Kek Pisang ni akak buat aritu masa PC ni tengah rosaklah .Resepi ni akak dapat dari buku resepi Chef Anuar 2. Terima Kasih Chef ! Resepi2nya mmg hebat dan segala tipsnya mmg berguna. Ini  adalah salah satu resepinya yg telah akak cuba. Kek pisang ni mmg gebu dan tak jemu dimakan. 


Kek Pisang 2
Resepi Asal : Chef Anuar
Dikongsi Oleh : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan:

200 gm gula kastor ( akak letak 150gm shj)
4 biji telor gred B 
45 ml susu segar
250 gm tepung gandum
1/2 camca teh garam
3 gm soda bikabonat
15 gm ovalette
2.5 gm serbuk penaik
170 gm pisang masak
1/4 camca teh esen pisang 
1/2 camca teh esen vanila
170 ml minyak jagong (akak letak minyak kelapa) 

Cara membuatnya:

  1. Campur gula, telur, susu, tepung, garam, soda bikarbonat, ovalette dan serbuk penaik di dalam mangkuk pembancuh.
  2. Putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.
  3. Lecek pisang yang dicampur esen pisang dan esen vanila.
  4. Masukkan pisang kedalam adunan tepung. Kacau perlahan-lahan menggunakan camca .
  5. Masukkan minyak jagung dan kacau rata.
  6. Isikan adunan kedalam acuan yang telah di lengser dan dialas dengan kertas minyak
  7. Bakar sehingga masak pd suhu 170C lebih kurang 40 min.
Tips dr Chef Anuar: Gunakan pisang yg betul2 masak utk mendapatkan rasa yg enak. 

Hasilnya yg segar dr oven ....


Setelah dipotong

Sedap dimakan bersama teh O panas. Cubalah!