Followers

Tuesday, March 11, 2014

Sambal Tumis Sotong Bertelur



Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Sekarang kalu hari  bekerja ni akak masak simple2 dan sikit2 je. Bila berkumpul ramai2 pd hujung minggu atau cuti sekolah , barulah semangat sikit nak masak .Tinggal kami 4 org jer kat umah , 2 org lg kat asrama. 
Jgn risau sekiranya sotong segar yg dibeli tu tak dak telur yer....sbb kita boleh jdkan dia bertelur...cer tengok gambar kat atas tu....ianya bukan saja gemukkkksss tapi sedap dan menyelerakannn...
Nak tahu mcmna caranya , jom semak resepi kat bawah ni...:




Sambal Tumis Sotong Bertelur
Sumber : jomknitamasak.blogspot.com

Bhn2
4 ekor sotong segar-dibersihkan
1 biji telur ayam dibasuh dan digoreng spt scramble egg

Bahan A
3 biji cili merah
7 biji cili kering
1 biji buah tomato
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
sedikit air

Bahan B
air asam jawa/ cuka secukupnya
2 sb sos cili
gula, garam secukupnya
sedikit sebuk pati ayam (sekiranya suka)
3 sm minyak masak

Cara2nya
1 . Masukkan telur tadi kedalam perut sotong dan ditutup kepalanya . Kemudiankan cucukkan dgn lidi.
2 . Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga wangi dan pecah minyak
3. Masukkan bahan B dan kacau sebati .
4. masukkan sotong . Biarkan mendidih sehinnga sotong empuk/masak.
5. Hidangkan bersama nasi panas2 dan ikan kembong goreng kunyit...

Selamat Mencuba



Monday, March 10, 2014

Nasi Ayam Hainan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,




Ni adalah menu kami pada hari Ahad lepas , anak2 request nak makan nasi ayam ala2 Chicken Rice Shop( CRS) , maka si ibu pon pon terpaksa lah goggle dan jumpa la  resepi ni kat blog Resepi Raidah . Alhamdulillah...apabila ditambah dan  di skip sedikit sebanyak maka hasilnya  kira2 sangat hampirlah dengan nasi CRS tuhhh.. Nasinya akak pakai beras biasa jer...
Simple dan anak2 pon suka..Tq Raidah!
Kalu nak cuba ,jom semak resepi ni :


Sumber 1 : resepiraidah.blogspot.com

Sumber 2 : jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan:

Bahan untuk rebus ayam:

1 ekor ayamAir ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam

GaramSerbuk pati ayam ~ kalau suka

2 inci halia ~ diketuk

Cara penyediaan:Sediakan periuk, letak air, garam, dan halia yang diketuk. 

Didihkan.Masukkan ayam .

Masak anggaran 30- 40 minit. 

Angkat dan toskan.

*~ Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak.

Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap jadi, pandai2 untuk agak. 

Jika tidak berdarah,bolehlah angkat ayam dan toskan airnya.

Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur.

~ Resepi asal, ayam yg telah direbus perlu direndam di dalam air ais selama lebih kurang 10-15 minit. tetapi saya tidak merendam ayam tersebut.


Untuk nasi:

3 cawan beras

5 cawan air rebusan ayam - jika beras lembut kurangkan airnya bergantung kpd jenis beras yg digunakan

2 ulas bawang putih - ditumbuk

1 inci halia - ditumbuk

Garam

1 sudu besar majerin

1 sudu besar minyak masak


Cara penyediaan:

1. Beras dibersihkan kemudian ditoskan

2. Panaskan majerin dan minyak, masukkan bahan-bahan tumbuk kemudian goreng hingga wangi.

3. Masukkan beras, goreng beras sebentar baru masukkan air rebusan ayam dan garam

4. Tanak hingga masak.*Resepi yg sebenarnya menggunakan lemak/kulit ayam tapi saya tidak menggunakannya.


Untuk sup:

Air rebusan ayam

Daun sup ~ dihiris( knita gantikan dengan batang saderi)


Cara penyediaan:~

1. Air rebusan ayam tadi dididihkan. 

2. Letaklah garam secukup rasa. Hidangkan bersama hirisan daun sup.

Untuk sos cili ( ResepiRaidah):

10 biji cili merah

1 inci halia

2 ulas bawang putih

1 sudu besar gula

Garam

2 sudu besar jus limau nipis

1/2 botol sos thai


Cara penyediaan:1. Kisar cili merah, halia. bawang putih dan jus limau.2. Masakkan dalam periuk. Masukkan gula, garam dan sos thai.


Sos cili cara Kak Nita3-

4 biji cili merah

2 ulas bwg putih

2 biji tomato

2 sb sos cili

1sk cuka

1 sb gula

sedikit garam

sedikit kuah rebusan ayam (agak2 ikut kepekatan yg kita nak )


Cara penyediaan:

1. Kisar semuanya .

2. Didihkan sebentar. 


Untuk sos kicap:

2 sudu besar sos tiram

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sos tomato



Thursday, March 6, 2014

Donut Keledek

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Sekali sekala minum petang dgn donut mmg best . Donut ni mmg lembut ,  makan pon laju .Satu adunan mmg habis petang tu jugak dan tak sempat nak tinggal sebiji pon utk R& D- nak test kelembutan tu tahan lama ke tak . Menurut  kata Kak Nor  walaupon sejuk donut ni kekal lembut , nnt la buat lg kita simpan satu biji ye utk test....Thanks for the recipe ya Kak Nor dan Kak Wan

DONUT KELEDEK OREN
resipi asal : K.Wan
resipi olahan  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
minyak
gula castor secukupnya

Cara-cara :

  1. Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
  3. Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
  4. Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk.
  5. Tutup mangkuk dgn tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
  6. Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan.
  7. Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm)
  8. Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
  9. Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.
  10. Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
  11. Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
  12. Angkat dan toskan. 
  13. Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.

*boleh gantikan keledek oren dgn keledek biasa atau pun dgn kentang
* kaedah membentuk donut spt di atas akan menghasilkan donut yg lebih membulat/montoks dr menggunakan acuan penerap donut
*kerja2 membentuk pun lebih cepat siap berbanding menggunakan penerap yg mana kita perlu mencanai terlebih dahulu (lg pun doh yg diulang2 canai akan mengambil masa yg lebih lama utk naik)
**Satu  kelebihan musim panas ni , adunan roti /donut cepat naik dan tak payah tunggu lama2

Wednesday, March 5, 2014

Agar-agar Sirap Ros


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Harap2 sihat semuanya ye...dlm keadaan cuaca yg panassss ni , makanan yg menyejukkan tekak ni mmg dicari la..nampak mcm senang nak buat tapi kalu tak kena sukatannya mmg tak best la. Texturenya mesti la lembut tapi tak lembik sangat mcm yg selalu kita makan kat kenduri2 di kg dolu2 tu. Akak mmg suka tambah lg bila dimakan sejuk2....mmmm nyaman sekali.  Sukatan yg saya jumpa kat blog atieaizam mmg OK ! Tq atie sbb share resepi ni ya...
Jom kita semak kat bawah ni:


Slurppp...

Agar-agar Sirap Rose

Sumber 1: http://atieaizam.blogspot.com
Sumber 2 : kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahannya: 
1 paket agar-agar tali (20gm)
2.1 liter air
1 1/2 cawan gula ( knita gantikan dgn 50g gula batu dan 4 sudu makan gula pasir)
3 sudu sirap rose( knita letak 1 1/2 penutup botol sirap rose)
2 helai daun pandan ( knita tak letak pon)
sedikit garam ( knita tak letak)

Cara memasaknya:

  1. Masak air dalam periuk hingga mendidih.
  2. Basuh agar-agar, masukkan ke dalam periuk tadi dan masak hingga agar-agar betul-betul cair.
  3. Masukkan gula, sirap rose, sedikit garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  4. Tapis & tuang dalam loyang atau acuan yang disukai. Biar sejuk diluar seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk.