Assalamualaikum....
Hari ni ada tetamu istimewa nak mai rumah . Dok pikir nak masak apa, tetiba teringat dah lama tak buat tiramisu. Senang dan simple jer tiramisu ni. Semalam selepas selesai semua keja rumah akak pon mula buat dan simpan kat peti ais. Pagi ni dah boleh hidang. ... tak dan tetamu nak sampai dah habis setengah...hehehe..
Resepi ni akak ambil dari MyResepi -umi e. Akak buat ni loyang 9" - guna 11/2 adunan.
Tiramisu
Sumber Resepi : MyResepi: Umi e
1/2 bungkus biskut marie coklat ( boleh juga guna biskut tiramisu/sponge fingers/sponge cake)
250g cream cheese
250g whipping cream (akak guna jenama RICH)
150g gula (akak letak 30g sebab whipping akak dah manis)
setengah cawan susu + air (ini akak yg tambah resepi asal tak de)
satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
serbuk koko/coklat utk hiasan
Cara-cara
satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang. Pastu Masukkan susu. Kacau sebati.
Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
Setelah itu letakkan satu lapisan adunan cheese yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata.
Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais.
Hias kan dengan taburan koko/coklat di atasnya ikut suka.
7 comments:
waaaa... sedapnya k.nita....
peberet sofi kan..
Sedapnye.copy resepi bleh?
Sedapnye
Salam perkenalan melati,,...nak copy bole...
Akk susu cair ke susu pekat
susu cair
Post a Comment