Followers

Friday, September 21, 2012

Dadih

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Suka makan dadih tak??...bagi yg menggemari susu ,dadih adalah satu hidangan yg tak akan ditolak sama sekali. Memang sesuai dimakan sejuk2 @ dingin2 gitu kannnn. Lagi pon penyediaannya begitu mudah dan simple sekali. Dulu2 kalu nak makan beli jer...tapi sekarang buat sendiri ler...Resepi ni akak dapat dr blog Kak Yati . Terima Kasih ya ,Kak Yati. Izinkan saya share resepi yg besttt nih... Dadih ni juga sesuai untuk dijadikan pencuci mulut di majlis2 , jamuan2 raya , kenduri kawin ka...apa2 je lahhhh. ..Kalu nak buat jamuan tu letak kat kotak yg tahan sejuk tu dan letak kiub ais bebanyak kat dlm kotak tu utk kekal sejuk dan nyaman.

Dadih
Sumber : Blog Kak Yatie ~ Sinar Kehidupanku
Bahan-bahan ( kak nita dapat 36 pcs bekas kecil mcm kat atas ni. )
10gm agar2 serbuk
1 1/2 cawan gula pasir
3 liter air (dlm 12 cwn)
200 gm Coffemate Creamer - bole juga gantikan dgn susu tepung
1 tin susu sejat/ cair
Perisa jagung, strawberry emulco, perisa pandan dan perisa keladi

Cara-cara
  1. Dalam periuk yg bersih,masak air, agar2 serbuk dan gula sampai mendidih.Kacau rata.
  2. Perlahankan api dan masukkan creamer coffeemate dan kacau sampai creamer larut.
  3. Tuangkan susu cair dan kacau sebati. Kacau hingga hampir mendidih dan tutup api.
  4. Bahagikan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa yg di kehendaki.
  5. Saya bahagikan pada 4 bahagian dan satu bahagian letak perisa jagung, 1 perisa keladi, 1 perisa pandan dan satu lagi perisa strawberry. Ikut selera masing2lah ya.
  6. Kacau cepat2 setiap perisa tu, dan tuang ke dlm bekas. Biarkan sejuk dan bolehlah di masukkan dlm petiais.
  7. Siap dan bolehlah di makan..


Selamat Mencuba!!!



Sunday, September 16, 2012

Heavenly Milo Jelly

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Bertemu lg kita di hari terakhir Syawal  ni... sekejap je... dan tak lupa juga akak nak ucapkan Selamat Hari Malaysia.Aktiviti menghadiri rumah terbuka pon dah berakhir walaupon tak semuanya dapat dipenuhi. Apa-apa pon terima kasih la kepada yg sudi menjemput akak dan kepada yg sudi mengunjungi umah akak ye...

Hari ni akak nak share resepi dr Alongroz yg cun dan sentiasa berkongsi resepi yg sedap2. Sejak dr keluar entry jelly ni , akak dah simpan resepi tapi setiap kali beli oreo , belum sempat buat oreo dah habisssss...bukan apa anak2 akak mmg sukakan biskut oreo . At last akak gantikan oreo tu dgn hirisan coklat kek. Ampun ya along...saya terkeluar sikit dr tajuk sebenar ...Anyway , resepi along ni mmg mantop...mmg kaya dengan kelemakan milonya  ,anak2 dan abahnya sekali pon suka.
Izinkan akak share kat sini ye Along...


Heavenly Milo Jelly.


Sumber resepi : AlongRoz@HomeKreation
Saiz: 8" persegi ( kak nita pakai loyang panjang mcm gambar dibawah )
BAHAN2:
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis~ kak nita gantikan dgn hirisan choc cake.

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut.
Masukkan gula & masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.

2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.

3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.

4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.




Saturday, September 8, 2012

Puding Susu Koktel

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Moga2 semuanya dlm keadaan sihat sejahtera ya... Maaf la kalu singgah tu ada gambar yg sama je... tak ber"update" . Maklum la sibuk beraya ke sana , sini ...Periuk belanga berehat  gitu....hehehe.
Hari ni tekak ni rasa nak makan yg sejuk2 gitu . Stok buah koktel ni mmg dah lama kat dapur tu .Yg paling cepat dan senang puding ni la .Kalu letak dalam bekas kecil2 cepat sikit membeku ,pastu sejukkan dalam peti ais dan hidangkan . Resepi ni akak refer dr Blog CT Delima.  Kalu nak cuba bole rujuk resepi kat bawah ni ya: 

Puding Susu Koktel
Sumber  : Ct Delima, Kak Ummi

Bahan-bahan:
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air (kak nita letak air biasa + air dr buah coktail)
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail

Cara-Cara:

  1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung   kastad. Kacau rata dan ketepikan.
  2. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api.
  3. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.





Friday, August 31, 2012

Rendang Ayam

Assalamualaikum dan Salam  Sejahtera semua,


Selamat Hari Merdeka, selamat bercuti dan selamat kunjung-mengujungi ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. ramai yg buat rumah terbuka kan ..? akak baru jer selesai  menghadiri 2 rumah terbuka. Alhamdulillah kekenyangan dan seronok sbb dapat jumpa jiran dan sahabat2 yg dah lama tak jumpa.  Antara hidangan utama yg ada pastinya ketupat dan rendang . 
N3 akak kali ni juga adalah rendang ayam yang akak dapat dari blog Kak Ummi dan resepi asal dari Chef Liza . Pagi tadi akak buat bersama ketupat palas . Saja teringin  sangat tengok rendang Kak Ummi tu..Bagi akak resepi ni simple dan sedap. Kalu rasa teringin nak makan tu ,boleh la buat sendiri.  Berikut adalah resepinya.
 
Rendang Ayam 
Resepi Asal : Chef liza
Rujukan : Kak Ummi
 
Bahan A:-
1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit (disiat)
2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni)
Garam secukup rasa
Bahan B (Dikisar):-

3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)

5 ulas bawang putih
5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 tangkai cili kering
15 biji cili api (knitakan gantikan dgn cili kering)

Cara Memasak:-



  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.
ni ketupat sebelum direbus..akak buat dalam 600g beras pulut je...
 



Saturday, August 25, 2012

Aidilfitri 2012

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,


Aduhaiiiii....lama sungguh tak online..Selamat bertemu kembali ya!....Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah, Syawal kali ni disambut secara sederhana tapi meriah . Seperti biasa akak akan balik beraya di kedua2 kg ( kg akak & suami ). Kali ni raya pertama di rumah mertua. Akak percaya masih ramai lg yg masih bercuti tapi akak dah mula bekerja pada 23hb Ogos 2012. Tapi hari ni dah ramai yg beransur pulang ,mmg sesak sangat la kat jalan tu .Apa2pon selamat berangkat dan berhati2 memandu ya...!
                                       
Sesi fotografi bersama keluarga mertua....nnt tahun depan dgn keluarga akak pulak insyaAllah...

Tersedondon la pulak tahun ni....selalunya kami tak kisah sangat bab2  baju raya ni..pakai jer warna apa yg suka.

Faheem Hasif (depan) ...anak sedara yg terbaru dlm keluarga ... Rafiq ( belakang) -cuba2 nak kacau org nak "posing"...
& 
the best part of Hari Raya .....
acara makan2 especially ketupat & rendang...yg lain tu makan juga tapi yg ni lah yg paling akak sukaaaa....
Ketupat Palas - akak balut dgn mak mentua..


Rendang Ayam ~ oleh Kak Za 
Banyak lg makanan antaranya Soto , Nasi Impit ,Kuah kacang , Kuih muih dan kek  ..

Antara aktiviti lain ~Kenduri Kahwin kat rumah Pak Chik di Gurun,Kedah


Kebetulan chef tu tengah buat ukiran buah hidangan pengantin , so sempat lah akak intai2 seket...amik ilmu gitu...hehehe..

Akhir sekali , bagi sesiapa yg nak belajar buat ketupat daun palas sila buka video ni ye.....


Masa akak mula2 belajar dulu , mak suruh practise pakai hampas kelapa ..bila dah lulus baru pakai pulut betul gitu...
Selamat Mencuba ya......







Wednesday, August 15, 2012

Biskut Chocolate Swirl


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


MasyaAllah ....semakin dekat nak raya , semakin banyak kerja nak kena buat ...org len tu dah siap packing nak balik kg tapi akak ni baru nak cari beg...hahaha...mcm la jauh sangat...

Tahun ni tak banyak jenis kuih/biskut yg akak buat ,sikit2 jer utk makan dan bawa balik kg . Antara biskut yg akak buat tu adalah Biskut  Chocolate Swirl. Resepi ni akak dapat dari blog Kak Zalina. Terima Kasih Kak Zalina sbb sudi share resepi yg sedapppp ni. 

Chocolate  Swirl
Resepi Asal : Kak Zalina ~BZEE BAKERY

Bahan A:
125 butter
50 gula aising (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh sirap chocolate Hersheys (kak nita letak esen vanila sikit jer)

Bahan B:
50 gm badam kisar
50gm coklat urai (kak nita gantikan dgn serbuk biskut oreo)
25 gm tepung potato starch
25 gm tepung jagung
10 gm susu tepung
120 gm tepung gandum

Bahan C (hiasan)
Chocolate chips

Cara.
1. Gaul A sebati
2. Masukkan B. Masukkan Adunan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit satu bulatan kecil. 3. Hias dengan 2 biji chocolate chips.
4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit




Sunday, August 12, 2012

Kuih Kole Kacang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....



Diam tak diam dah nak sampai penghujung Ramadan, ada yg tak sabar2 dan berdebar  menantikan malam Lailatul Qadar disamping sibuk menyiapkan rumah , kuih raya, bersiap2 utk balik ke kg dan sebagainya.
Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan , insyaAllah.

Semalam tahap keinginan utk buat kuih Kole kacang ni semakin meninggi , apa taknya dok tengok tayangan dari Ika , pastu dr Alongroz pulak...adusss nampak sedap sungguh . So,semalam akak pon mencuba buat kali pertamanya dlm hidup akak...selama ni dok makan yg org len buat @ beli jer... Akak cuba resepi yg Ika buat tu dulu ,nnt bila2 nak try yg Alongroz pula.. Tq ye Ika dan Che'Iza...mmg sedap ,tak manis sangat ,texturenya lembut dan rasa kacangnya "melompat-lompat" didalam mulut..ha tuuudiaaaa.

Ni dia resepi yg akak copy dr blog Ika (izinkan akak ye Ika) :


Kuih Kole Kacang
Resepi Asal : Che'Iza MyR
Sumber : Ika

Bahan-bahan ( 7-8 orang )
** 1 cwn santan pekat
1 cawan gula merah*
2 sb gula pasir*
1 cwn air*
beberapa helai daun pandan disimpul*
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam

Cara-cara

  1. Masak bahan ** sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yg terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dlm kuali.
  2. Masak bahan bertanda* sehingga gula larut sejukkan dan ketepikan dulu.
  3. Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dlm satu bekas kacau hingga sebati.
  4. Masukkan adunan tadi dlm kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi.Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dlm bekas atau loyang.
  5. Bila adunan sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dgn tahi minyak... Siap...




Juadah Iftar 11/08/12

Monday, August 6, 2012

Roti Jala

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sihat ke semua? Akak kat sini alhamdulillah sihat wal'afiat dan yang paling best mak akak kat kg pon sihat. Semalam akak balik jumpa mak dan berbuka di kampung.  Sebelum tu sempat akak buat roti jala bersama kari ayam dan kentang  untuk dibawa balik. Sebenarnya akak nak ucapkan terima kasih kat tuan punya resepi ni  herdawatyMyR sebab mmg dah banyak kali buat dan menjadi. Kelebihan roti jala yg ni ialah ianya kekal lembut walaupon dah sejuk . Sesuai untuk kenduri @ rumah terbuka ke.... Sedap dimakan dengan kari ayam /kuah durian . Jom kita semak resepinye...

Roti Jala 
Sumber : herdawaty abuothman MyResepi

Bahan-bahan 
3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna kuning(akak gantikan dgn sedikit serbuk kunyit)
1 biji telur( akak tak letak pon )
3 cawan air/santan/ susu segar (akak letak air biasa)

Cara-caranya
  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. 


Selamat Mencuba dan Selamat Menyambut Nuzul Quran...


Wednesday, August 1, 2012

Samosa

 Assalamualikum  dan salam sejahtera....


Pejam~ celik,pejam ~celik dah masuk 12 Ramadan ye....alhamdulillah masih dikurniakan rezeki dan kesihatan  yang baik untuk meneruskan hari2 yang seterusnya. Dalam kesuntukan masa utk masak ni , mulalah dok cari idea utk masak yg simple tapi sedap dan menepati citarasa semua org dlm umah ni....bila disenaraikan , samosa ni lah yg senang dan cepat. Yg ni kena makan panas2 ,barulah rangup gitu...
Akak buat cukup-cukup hari tu je..lebihan kulit popia tu boleh simpan ,nnt kalu nak makan boleh buat lg.
Boleh guna utk buat popia, kuih suci dalam debu ke....hehehe.
Inti dia boleh letak apa saja ikut selera masing2. Kalu yg akak buat ni cenggini resepinya  ye :

Samosa
Bahan2 
Kulit popia

Di potong dadu
3 biji kentang  (agak besar)
Seketul Isi ayam 
2 biji bawang besar

Ditumbuk
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah 
1 sd teh penuh jintan manis
1/2 sudu teh lada hitam -boleh letak lebih jika suka

Air secukupnya
Gula
Garam
Kiub ayam-jika suka
1 sd teh serbuk kari dicampur sedikit air
sedikit tepung gandum dicampur sedikit utk melekatkan kulit popia.
sedikit daun sup/daun bawang


Cara2nya.
  1. Tumiskan bahn2 yg ditumbuk sampai agak garing dan wangi .
  2. Masukkan rempah kari , isi ayam, kentang -kacau sebati
  3. Masuk air sampai tenggelam semua bahan tu bersama gula ,garam dan kiub ayam.
  4. Biarkan mendidih dan kentang empuk .
  5. Masukkan bawang besar kacau , 
  6. Biarkan kering .
  7. Angkat dan sejukan.
  8. Bila dah sejuk , bungkuskan spt dlam gambar diatas tu.
  9. Siap bungkus ,goreng ye..makan panas2 ...insyaallah larissss.....
  10. Baki kulit popia mestilah dibungkus atau disimpan dlm bekas bertutup sebelum disimpan kedalam peti ais. 


Sunday, July 29, 2012

Kuih Lopes


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Hari ni dah masuk hari ke-9 kita menjalani ibadah puasa...sekejap ja kan..? Moga2 kita semua dikurniakan kesihatan yg baik untuk menempuh hari2 yg seterusnya insyaAllah. 

Akak sebenarnya tak pernah lg buat Kuh Lopes sebelum ni  tapi semalam Balqis (tuan putri akak tuh...!) request nak makan kuih ni untuk berbuka. Sebelum ni akak ada pernah nampak kat blog asyifa, mamafami dan Kak Yatie ,bahan2 pon sikit dan senang ja nak buat. So, ni lah hasil percubaan pertama akak. Alhamdulillah , pulutnya masak dgn sempurna dan lembut.Balqis suka sangat la dgn bentuk love nih...siap bersahur lagi dgn kuih ni...hehehe...
Jom kita tengok resepinya ...


Kuih Lopes
Rujukan : Blog Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
Bahan Utk Air Gula
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
2 helai daun pandan, di simpul

Cara-caranya
1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan








Thursday, July 26, 2012

Caramel Cheese Pudding


Assalamualaikum dan salam sejahtera .....


Adussss ...lama sungguh tak meng'update' blog ni . Bukan sengaja tapi keadaan tak mengizinkan . Kamera akak mogok . Sepanjang lima hari berpuasa ni akak mmg masak utk berbuka .Bukan apa, malas nak bersesak-sesak di bazar ramadan . Walaupon kesuntukan masa akak cuba sediakan masakan yg simple yg menjadi kegemaran anak2 . Kalu nak buat kuih / puding ke, akak buat lepas bersahur. Almaklumlah waktu kerja akak  macam biasa ja 530ptg baru habis,  sampai rumah pukul 630ptg. Satu jam akak spend utk sediakan hidangan setiap hari .
Setiap kali siap hidangan tu, akak cuba amik gambar guna camera handphone tapi hasilnya agak mengecewakan . InsyaAlIah dalam dua tiga hari lg kamera tu akan ok balik . Anyway ,terima kasih pada pengunjung yg sudi singgah walaupun tak dak apa2 yg terkini. 

Ok lah..N3 kali ni adalah Caramel Cheese Pudding ( ni pon gambar lama yg dalam simpanan) yg sangat nyaman dan menenangkan tekak, mmg sesuai untuk berbuka. Gabungan rasa puding , caramel dan cheese tu amat menepati citarasa akak. Resepi ini akak dapat dari  Yani~MyResepi. Ramai yg yg dah cuba dan mengaku mmg pu puding ni mabelesss dan 1st class gituu... Kot2 teringin nak cuba, sila rujuk resepi kat bawah ni ya... 



Caramel Cheese Pudding
Resepi asal : Yani~myresipi

Bahan-bahan 
[ Karamel ]
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam
[ Puding ]
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara

1. Sediakan karamel : Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.
2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
3. Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi. Kacau sekata.
4. Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
6. Sejukkan sebelum dihidang.
Selamat mencuba!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadan 1433 Hijrah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....

Alhamdulillah , alhamdulillah , alhamdulillah ....Ramadan datang lagi . Syukurlah , kita masih berpeluang lagi menjalani ibadah puasa bersama keluarga.  Namun  ada juga  yg berasa sayu bila menjelangnya Ramadan disebabkan kehilangan org yg disayangi , berjauhan dgn keluarga dan sebagainya .Hadapilah dgn tenang dan tabah . Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah disebaliknya. 


Antara perkara2 positive yang berlaku disekeliling kita disekitar bulan Ramadan ialah:
1) dapat berkumpul beramai2 untuk berterawikh
2) org yg kaya membantu yg miskin melalui zakat dan sedekah
3) bertukar2 juadah sesama jiran tetangga
4) yg tak penah masak jd rajin masak
5) yg rajin masak bertambah rajin masak
6) sekecik pon dah bersemangat berpuasa walaupon bermula dgn separuh hari.
7) yg tak pernah bangun awal , boleh pulak bangun awal.
8) tak kurang juga yang dapat menambah pendapatan melalui perniagaan dibazar ramadan
dan macam2 lg lah.

Moga-moga yg apa-apa yg positive tu akan terbawa-bawa ke bulan yg seterusnya insyaAllah.

Akhir sekali akak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak . Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua . Di sini juga akak ingin memohon kemaafan sekiranya ada yg terkurang, terkasar ,tersinggung ,terluka yang datang dari akak dan dalam penulisan akak ni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah yg buruk itu datang dr akak sendiri.

Wassalam..

    


Monday, July 16, 2012

Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Hari Sabtu lepas , akak dan suami ke Pasar berdekatan rumah akak ni. Sebelum pi tu akak tak dak plan lg nak masak apa . Masa dok jalan2 kat Pasar tu akak asyik  nampak bunga kantan jer, semuanya fresh...kali ketiga akak nampak , akak terus ambil . Pastu penjual tu tanya ..." kak..daun kesum tak mau ka? Buat asam pedas .." .Pastu akak pon terpikir betui jugak no...dah lama tak buat asam pedas. Lantas akak pon jawab " Ok lah ".(sambil berkata dlm hati -baguih jugak org ni-siap bg idea kat aku lg..hehehe).
Lepas tu akak pon pi cari ikan pari . Balik jer rumah akak terus siapkan hidangan yg simple ni bersama ulam-ulaman ,sambal belacan , dan ikan goreng . Resepi yg SIMPLE & SUPERB ni akak dapat dari blog Che Mat Gebu . Kalu nak tau sejauh mana kebenarannya sila lah cuba yer....


Asam Pedas Ikan Pari
Sumber Resepi : Blog Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan pari kecil @ tuka - kak nita pakai ikan pari besar 
1 biji kecil nenas madu, kupas dan hiris sederhana tebal - kak nita gantikan dgn timun
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar (nak pedas boleh lebih)
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
Bunga Kantan
Daun Kesum
1 btg serai -dititik -kak nita tambah
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan pari disiang, belah 4 setiap 1 ekor, cuci dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan..
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus bersama serai  hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan gaul rata.
Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, kacau perlahan dan tuang jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok.
Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan juga ulam-ulaman.


Seronok2 makan kenalah tau khasiatnya jugak. Berikut adalah khasiat bunga kantan yg akak dapat dari blog sini dan daun kesum pula kat sini untuk dikongsi bersama:

Bunga Kantan 
Nama Scientific :  Phaeomeria speciosa Koord

mengubati sakit telinga dan membersihkan luka.  Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.  Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.  
Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair. Bagi mencuci luka di badan, air rebusan daun kantan yang masih suam digunakan dengan melumurkannya ke seluruh bahagian luka.  
Daun Kesum
Nama Scientific : Polygonum minus Huds
Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin.  
Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.




Friday, July 13, 2012

RVC & RV Mini Cupcakes



Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Sempena bulan Syaaban yang mulia ni, akak dan rakan seoffice berpakat utk buat makan2.Lagipon tak lama lagi nak sambut Ramadan. Alhamdulillah... tadi pada pukul 1pm..semua kami berkumpul dan menikmati semua makan yg berbagai2 tu dgn jayanya....Seronok sungguh makan sampai tak hengat nak bawa kamera....Antara  makanan lain tu adalah Laksa, Pulut Kukus bersama sambal tumis ikan bilis, nasi lemuni,kuih sri ayu, kek Oren,kek coklat , rojak buah,puding  dll lg. Kek yg kat bawah ni akak buat semalam utk majlis ni lah .Mini cupcakes ni pulak untuk si kecik yg kat umah nih...
Resepi ni sama yg akak buat dulu . Kalu nak boleh klik sini




Sunday, July 8, 2012

Chicken Lasagna

Assalamualaikum dan Salam Pagi Ahad ye....



Hari ni akak nak masukkan N3 ni...makan malam kami semalam...Chicken Lasagna. Dah lama akak tak buat ni.Kekadang kalu teringin tapi tak dan nak masak ,makan je kat Pizza Hut .Semalam akak free,bila dah semua org kata tak nak makan nasi...akak pon buatlah yang ni dan juga Garlic bread & pasangannya Mushroom Soup.Alhamdulillah ,semuanya kenyang dan puas makan...Resepi utk Chicken Lasagna ni akak dapat dr blogKak Ida~1001resepi. Terima kasih ya Kak Ida...sedap sungguh resepi  ni..



Chicken Lasagna
Sumber Asal : Kak Ida (koleksi1001resepi)
Dikongsi Oleh : Kak nita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
Kepingan pasta lasagna 

Sauce Merah
Olive Oil
Bawang Putih
Bawang Besar
Mince Chicken (isi ayam hancur -ada jual kat Tesco@ mana2 pasaraya)
Pasta Sauce
Brown Sauce-kak nita tambah
Kiub ayam-akak tambah
Dry basil ~kak nita tak letak sbb dlm Kimball ni dah ada basil boleh juga gantikan dgn bay leaves
Sedikit sos cili-kak nita tambah

White Sauce/Cheese Sauce
3-4 cawan susu full cream-akak pakai susu cair
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar butter
Garam & serbuk lada hitam

Cara2nya.


  1. Panaskan minyak ..tumiskan bawang putih & bawang besar yg telah didadu until slightly golden in colour... 
  2. Masukkan mince chicken, kacau sebentar sebelum masukkan button mushroom dan sebotol besar original pasta sos...kak nita gunakan Kimbal Spagetti sos.
  3. Kacau sehingga sos pekat. tambahkan sedikit garam, gula dan serbuk perisa. akhir sekali masukkan fresh atau dry basil. 
  4. White sauce/Creamy cheese sauce....panaskan 3 sudu besar butter, masukkan 2 susu besar tepung gandum dan kacau sebentar sehingga tepung slightly golden. 
  5. Masukkan 3-4 cawan susu full cream dan biarkan susu mendidih hingga pekat sedikit....masukkan 2 ke 3 cawan grated cheddar cheese. 
  6. Kacau sehingga sos pekat. season with salt and pepper. ready to use. 
  7. Dengan menggunakan bekas tahan panas.
  8. Sapukan minyak zaitun sebelum ratakan sedikit sos pasta tadi
  9. Susun kepingan pasta, sendukkan sos pasta keatasnya dan kemudian cheese sos untuk layer seterusnya. susun kepingan pasta lagi dan diikuti dengan sos pasta sebelum akhir sekali cheese sos...  taburkan mozarealla dan parmesan cheese dan bakar pada suhu 180C selama 25 ke 30 minit (kalau oven kak nita 160C -25min). 
  10. Selepas dikeluarkan dari oven biarkan lasagna selama 15 minit sebelum di hidangkan...apabila sejuk lasagna akan shrink sedikit....enjoy!


Tuesday, July 3, 2012

Chicken Foldover ~sendiri bikin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 


Atas permintaan ramai (permintaan isi rumah akak ler) , malam ni akak sediakan Chicken Foldover ikut citarasa sendiri. Meriah gitu...ikut suka hati la katakan...kalu nak order masakan jd begini...hahaha. Mudah aje...beli roti tortilla kat supermarket,sayur-sayuran , isi ayam ,telur @ apa2 je yg rasa nak letak kat dalam tu , lipat (fold) dan makan .Sekali-sekala ok gak lah...
Jom kita semak resepi kat bawah ni..

  



Chicken Foldover

Bahan2nya
Roti tortilla/yg sekutu dgnnya( capati pon boleh kot...)
Isi ayam
Kentang 
Tepung Ayam Goreng
Telur
Daun Salad
Timun
Tomato
Sos Cili
Jalapeno Cheese ( Cheese powder yg kita makan dgn potato wedges tu)
Mayonis

Cara2nya
1. Isi ayam ,kentang dicelup tepung dan digoreng.
2. Telur digoreng dan dikacau ,jadikan scramble egg.
3. Tomato dan timun dihiris nipis.
4. Panaskan tortilla 20-30 saat -dalam microwave (ikut instruction kat pack )
5. Susun semua bahan diatas  tortilla ,picitkan sos cili ,mayonis dan jalapeno cheese dan lipat . Kalu nak gulung pon boleh..ikut suka janji senang nak masuk mulut...sebelum tu jgn lupa bismillah ....
6. Sedia untuk dimakan. 


Ni la roti tu ...beli kat Econ Save

 Balqis dah tak sabaqq...balqis punya -versi kurang sayur..lebih ayam & scramble eggs.




Sunday, July 1, 2012

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Semalam seharian akak menghadiri Majlis Kahwin sedara.Meriah kenduri tu ,lauk pauknya pon sedap.  Dalam keadaan cuaca yang panas tu dan org yg ramai tu, terasa nak makan yg sejuk2 dan nyaman tapi bila sampai kat umah terus jd lembik dan tak boleh nak buat apa2. Alhamdulillah , pagi ni sesudah subuh akak pon terus tunaikan niat nak buat puding yg sememangnya nyaman sepertimana kata Chef Hanieliza, Kak Ita dan Kak Yati . Mmg sesuai la digandingkan bersama air laici tu sbg kuahnya...rasanya lembut ( mmg dangdut dangdut gitu!),kurang manis ~sangat menyegarkan sesuai sangatlah kalu nak dijadikan juadah bebuka puasa. Bahannya pon simple dan senang sangat . Satu adunan ni dapat banyak , kalu ahli keluarga tak ramai tu boleh buat 1/2 adunan.
Jom kita tengok resepinya: 


Puding Laici Dangdut
Sumber asal : Chef Hanieliza
Rujukan : Kak Ita~Masam Manis dan Kak Yati

Puding Laici Dangdut
Sumber asal : Chef Hanieliza
Rujukan : Kak Ita~Masam Manis dan Kak Yati

Bahan2nya
10 gm agar-agar serbuk/1 paket agar2 biasa ( agar-agar tali 28 gm)
2 liter air
2 cawan gula
2 tin laici ~ asingkan air dan buahnya
1 tin susu cair
Cara2nya

1. Masak agar-agar hingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api. Jika guna agar-agar biasa, ( tali)  tapis dulu.
3. Masukkan air laici dan susu cair. Kacau rata.
4. Tuangkan dalam acuan samada loyang ataupun mangkuk2 kecil. Sejukkan sebentar.
5. Kemudian sejukkan dalam fridge.
6. Hidangkan bersama buah laici yang telah diasingkan tadi. Boleh juga di makan bersama susu cair.