Followers

Monday, August 6, 2012

Roti Jala

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sihat ke semua? Akak kat sini alhamdulillah sihat wal'afiat dan yang paling best mak akak kat kg pon sihat. Semalam akak balik jumpa mak dan berbuka di kampung.  Sebelum tu sempat akak buat roti jala bersama kari ayam dan kentang  untuk dibawa balik. Sebenarnya akak nak ucapkan terima kasih kat tuan punya resepi ni  herdawatyMyR sebab mmg dah banyak kali buat dan menjadi. Kelebihan roti jala yg ni ialah ianya kekal lembut walaupon dah sejuk . Sesuai untuk kenduri @ rumah terbuka ke.... Sedap dimakan dengan kari ayam /kuah durian . Jom kita semak resepinye...

Roti Jala 
Sumber : herdawaty abuothman MyResepi

Bahan-bahan 
3 cawan tepung gandum
2 1/2 camb minyak masak
1 camt garam
sedikit pewarna kuning(akak gantikan dgn sedikit serbuk kunyit)
1 biji telur( akak tak letak pon )
3 cawan air/santan/ susu segar (akak letak air biasa)

Cara-caranya
  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam. 


Selamat Mencuba dan Selamat Menyambut Nuzul Quran...


3 comments:

FnF Simple Life said...

Mcm style mak saya buat roti jala... tak letak santan dan telur pun tapi mantain lembut... Mak sy buat roti jala ngn kuah durian... semenjak kawen sy buat ngn kuah kari sbb hubby tak pandai makan roti jala cicah kuah drian...

ijayuji said...

Salam kak nita, kita suke roti jala mkn dgn kuah kari sbb kita pulak tak pandai mkn dgn kuah durian hihihi... bestnyerr! rasa nak masak kari jugaklah petang ni hihihi.... termegidam pulak nmpk roti jala akak :-) kita duk umah mak kat kota tinggi, felda air tawar 5 :-) kalau jalan raya2 bgtahu kalau akak duk dekat2 ngan kita ya :D

Kak Nita said...

Fidzah ,

Style tak bertelur & tak bersantan ni bagus utk kesihatan gitu...hehehe


Ika,
W/salam ...kak nita mmg pandai makan , sumua akak makan deq oiii..hehehe
sesungguhnya tak dapat la kita berjumpa deq oii...akak jauh nun diutara...huhuhu..