Followers

Wednesday, August 15, 2012

Biskut Chocolate Swirl


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


MasyaAllah ....semakin dekat nak raya , semakin banyak kerja nak kena buat ...org len tu dah siap packing nak balik kg tapi akak ni baru nak cari beg...hahaha...mcm la jauh sangat...

Tahun ni tak banyak jenis kuih/biskut yg akak buat ,sikit2 jer utk makan dan bawa balik kg . Antara biskut yg akak buat tu adalah Biskut  Chocolate Swirl. Resepi ni akak dapat dari blog Kak Zalina. Terima Kasih Kak Zalina sbb sudi share resepi yg sedapppp ni. 

Chocolate  Swirl
Resepi Asal : Kak Zalina ~BZEE BAKERY

Bahan A:
125 butter
50 gula aising (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh sirap chocolate Hersheys (kak nita letak esen vanila sikit jer)

Bahan B:
50 gm badam kisar
50gm coklat urai (kak nita gantikan dgn serbuk biskut oreo)
25 gm tepung potato starch
25 gm tepung jagung
10 gm susu tepung
120 gm tepung gandum

Bahan C (hiasan)
Chocolate chips

Cara.
1. Gaul A sebati
2. Masukkan B. Masukkan Adunan dalam piping beg yang mempunyai tips bintang. Picit satu bulatan kecil. 3. Hias dengan 2 biji chocolate chips.
4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit




4 comments:

FnF Simple Life said...

cantiknye kukis kak Nita buat. Saya tak buat kuih raya pun hehe... buat pun untuk mKn sendiri je tu le tertangguh2 tu...hihi

Kak Nita said...

Fnf,

Akak pon buat sikit2 je tahun ni...tu pon last min baru buat..

Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf zahir batin.

eni said...

selamat hariraya nita...maaf zahir batin...

Kak Nita said...

salam aidilfitri ,maaf zahir batin juga buat kak eni sekeluarga...