Followers

Sunday, July 29, 2012

Kuih Lopes


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua...


Hari ni dah masuk hari ke-9 kita menjalani ibadah puasa...sekejap ja kan..? Moga2 kita semua dikurniakan kesihatan yg baik untuk menempuh hari2 yg seterusnya insyaAllah. 

Akak sebenarnya tak pernah lg buat Kuh Lopes sebelum ni  tapi semalam Balqis (tuan putri akak tuh...!) request nak makan kuih ni untuk berbuka. Sebelum ni akak ada pernah nampak kat blog asyifamamafami dan Kak Yatie ,bahan2 pon sikit dan senang ja nak buat. So, ni lah hasil percubaan pertama akak. Alhamdulillah , pulutnya masak dgn sempurna dan lembut.Balqis suka sangat la dgn bentuk love nih...siap bersahur lagi dgn kuih ni...hehehe...
Jom kita tengok resepinya ...


Kuih Lopes
Rujukan : Blog Sinar Kehidupanku

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
Bahan Utk Air Gula
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
2 helai daun pandan, di simpul

Cara-caranya
1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan








11 comments:

Nieza said...

Assalam kak Nita, kuih lopes memang sedap dan disukai ramai. dah lama nk buat tapi tak terbuat juga lagi:)

Kak Nita said...

W/Salam Nieza,
Senang ja, bila2 nak buat pon bole...

ijayuji said...

Salam kak nita, salam balas kunjungan n salam ramadhan jugak buat akak sekeluarga, moga di beri kesihatan yg baik sepanjang ramadhan ni insyaAllah! Mekaseh sudi singgah :), kuih lopes mmg kita suke :D suke mkn kuih2 yg ada curah2 gula gini ehehe....

FnF Simple Life said...

baru je buat kuih lopes ni...mmg best

Kak Nita said...

Ijayuji...
Terima Kasih ya..sudi kunjung balas.

FnF,
Bagi penggemar pulut..kuih ni mmg best.

❤Kamsiah❤ said...

cantiknya lopes dia...heart shape lagi...

Kak Nita said...

Salam Kenal Kak Kamsiah,
terima kasih sudi singgah ye..

Qasey Honey said...

alahai...comeiiinye kuih lopis tu...QH suka jugak kuih ni..hrtu ade beli kat param...tapi mcm nk dh basi..mgkn kelapa tu kot..dh jamah aje...kena buat sdri jugakkan bru berbaloi...

Kak Nita said...

QH,
betul tu ...satu adunan ni dapat banyak ..bole bg jiran2 lg..hehehe

f!fz said...

k.nita.. kapur tu apa function dia... ngidam lak nk mkan lopes nie...huhuh.. kena la blajar buat sendiri lak..

Kak Nita said...

f!fz,

fungsi air kapur tu adalah utk menambah kekenyalan dan kuih tak mudah berderai...kalu tak silap akak la..