Assalamualaikum dan Salam Ramadan ....
Ahlan Wa Sahlan Ramadan Al-Kareem...
Alhamdulillah ,kita masih berpeluang berpuasa lagi pada Ramadan kali ni. Moga2 amalan kita hari ni dan seterusnya akan lebih baik dari sebelumnya inshaa Allah..
Malam ni bermula lah Solat sunat tarawikh bagi Ramadan 1437 masihi. Bagi kaum wanita yang tak berpeluang berjemaah di Masjid maka bolehlah melakukannya secara sendirian dirumah .Boleh klik disini utk panduan.
Bagi ibu2 yang nak memberi semangat pada anak2 kecil utk berpuasa pastinya tercari2 menu kegemaran anak2 utk berbuka. tambahan pulak cuti sekolah ...pastinya meriah meja makan tu nanti..
Mcm kaknita ni anak2 mmg tak memilih .Alhamdulillah apa yg dihidang akan dijamah tanpa pembaziran . utk menu yg digandingkan dgn nasi putih , kerabu ni menjadi menu yg agak peberet bg kaknita. Contoh kat ni Kerabu taugeh dgn kerang .
Jom kita semak resepinya :
Kerabu Taugeh & Kerang
Sumber 1 :Che nom
Sumber 2 : Kak Nita
Jumlah Hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan:
600 gram taugeh
6-7 tangkai daun selom, hiris nipis (knita xletak)
1 mangkuk isi kerang rebus
1 biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
3 biji cili besar, hiris nipis
1 sudu kecil perahan air limau nipis
Bahan untuk kisar halus:
1/2 sudu besar lada hitam
1 genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
4 ulas bawang merah
1 cawan santan pekat(knita letak 1/2 cwn )
3 biji cili padi + 1 biji cili besar
1 barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
2 sudu besar kerisik
sedikit gula melaka (knita tambah)
2 sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa
Cara Penyediaan:
- Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. Angkat dan toskan.
- Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
- Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang :)
2 comments:
sedapnya kerabu togeh
lama tak makan lah Nita
macam nk buat je lah
ya kak noor ...
jom buat..
Post a Comment