Bila bermulanya cuti sekolah maka ramailah ibubapa mengambil kesempatan utk mengkhatankan anak-anak lelaki comel masing2 . Alhamdulillah banyak plan kami berjalan lancar tahun ni. Pada mulanya nak bersunat diklinik berdekatan aje tp plan bertukar bila ada rakan sekerja offer utk mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai ditaman perumahannya. Lagi pon saja nak bagi Rafiq -anak kami yg paling kecik ni rasa seronok dan bersemangat sikit.
Rafiq ni berumur 9thn. Agak manja berbanding dgn kakak dan abg2nya. Dari awal thn lg kaknita dan suami dah bgtau plan kami dan cuba fahamkan dia ttgnya pentingnya bersunat .Dia setuju dgn bersyarat..nak tau apa syaratnya??
Dia nak hadiah !haha...
Alhamdulillah ,pada 5hb Disember 2015 yg lalu bersunatlah adik Rafiq bersama 19 rakan yang lain diTaman KTC Kulim Hi-Tech . Terima kasih kepada AJK
Taman KTC kerana menjayakan majlis ni.
Majlis dimulakan dgn bacaan doa, mandi beramai2 ...dgn kerjasama bomba.
masyaallah ada pelangi tu...
seronokkknyerr mandi...
Selepas mandi dan makan budak-budak2 yg nak bersunat ni ditempatkan dlm satu bilik utk menunggu giliran sambil menonton movie.Tujuannnya supaya budak2ni tak dengar sekiranya ada jeritan dr budak yg telah sampai gilirannya.
Ada dua org doktor /pegawai perubatan yg mengendalikannya dgn kaedah laser dan kosnya adalah RM 110.00.Abg Luqman dan Irfan dulu bersunat dgn Mudim aje dlm thn 2008 (kos:RM40.00seorang) .
Kaedah Laser ni mmg cepat dan darah pon kurang . Ramai yg tak nangis ..termasuklah anak ibu nih...hihi.Selepas bersunat tu terus jer bagi dia minum ubat tahan sakit .
Rehat sekejap dan terus balik rumah.
Doktor hanya bagi ubat tahan sakit .Cara cuci- air suam dan putik kapas.Hari ke-4 dah mula mengering. Hari ke-5 knita masuk keja balik ...sebelum gi keja knita masak dulu. Selalunya knita grill ikan dan sayur sawi tp bila nampak luka tu dah kering kak nita bagi ikan goreng /masak asam .
Menu2 lain sama mcm kita berpantang .Elakkan makanan yg gatal.
Tu pon Rafiq dah bising nak burger ,pizza ,ketam bagaiii.
Kalau dulu2 kita ikat kain dgn tali mcm gambar atas sekali tu tp sekarang xyah lg ~ada kaedah lebih simple ...hihi. kak nita pon goggle jugak cari kaedah .Banyak juga tips yg kaknita dapat dari blogger2 . Antaranya dari blogYati Yusof .Tqsm yati.
Guna hanger dan tali pinggang ikat kan terus dipinggang (mcm gambar atas ni...terconget kan kain tu...hihi) . Tutorial kat bawah ni yer..
gambar ni pinjam dr blog Yati
Semoga tips disini berguna dan dipanjangkan lg kepada sahabat lain.Insha Allah.
No comments:
Post a Comment