Salam Asyura buat semua muslimin dan muslimat .Akak pasti ramai yg tak melepaskan peluang berpuasa pada semalam dan hari ni ya (9 dan 10 Muharam 1434). Kalu kat kg dulu ramai yg berpakat masak bubur Asyura bersama-sama. Masak dalam kawah pula tu...Sekarang pon masih ada komuniti yg masih berpakat dan jadikan itu sbg aktiviti tahunan ...baguskan..kalu nak buat sorang2 tu tak best la pulakkk...Bagi mengenangkan sejarah bubur Asyura ni dalam peristiwa Nabi Nuh a.s sila klik disini.
Ok ....hari ni akak nak share resepi kacang yg akak belajar dr keluarga mertua. Kacang ni rangup dan caranya pon simple jer!. kalu makan sambil tengok tv , sekilo pon sekejap ja licin. Jangan risau ,walaupon ianya kaya dengan lemak tetapi ia mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus.vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. Kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dedaging, telur dan kacang soya.
Jom kita tengok resepi ni :
( gambar 2)
Kacang Rangup
Sumber : Kak nita -jomknitamasak.blogspot.com
Bahan2nya
1 kg Kacang Tanah ( kacang tanah ni yg besar ,kalu kat sini RM9/kg)
1 senduk bawang putih ( lebih kurang 3/4 cwn)
1 senduk gula
garam secukup rasa
* senduk yg digunakan utk ceduk kuah tu
Cara2nya
- Kisarkan bawang putih dan gula sedikit air-sampai halus.
- Gaulkan bahan kisar dgn kacang dan campurkan sedikit garam.
- Perapkan selama 1 jam
- Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana hingga kekuningan.
- Angkat dan toskan.
- Sebarkan diatas kertas agar minyak tu turun dan kacang cepat sejuk.(macam gambar 2 tu)
Tips: walaupon masa kita angkat tu ianya lembut/kurang garing lg , jgn risau sbb dia akan rangup bila dah sejuk.
Ok selamat mencuba..