Followers

Saturday, October 6, 2012

Puding Kastad Jagung Berkuah

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom memuding ! Akak ni mmg suka puding...tak kira lah puding apapon janji kurang manis sikit, mmg akak telan habisss gitu...hehehe. Senangkan ..tak yah nak kunyah lama -lama..apatah lg berkuah,sejuk dan nyaman pulak tuh.... subhanallah mmg nikmat sekali!.
Puding Kastard Jagung ni mmg tak menyusahkan langsung dan bahan2 nya pon senang jer...Akak dapat resepi ni dari Kak Zai. Tq Kak Zai walaupun sibuk dgn business keknya ,sempat lg share resepi yg best2.




Puding Kastad Jagung Berkuah
Sumber : Kak Zai ~Teratak Impian

Bahan2 Untuk Kastard 
1 cawan tpg kastard
2 cawan susu cair/susu segar + 2 cawan air 
3 sudu besar gula
1/2 tin jagung kremer dalam tin 

Cara cara
  1. Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar tepung kastad larut dalam susu.
  2. Panaskan dan sentiasa kacau hingga adunan semakin kental dan kelihatan letusan kecil dan adunan semakin berkilat.
  3. Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan

Bahan2 Untuk Kuah: 

1 tin susu cair
1 tin air(guna sukatan dr tin susu cair juga) 
5 sudu besar gula pasir/ikut kemanisan
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara: 
  1. Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah dan tambahkan secubit garam. 
  2. Biarkan kuah mendidih. 
  3. Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk 
  4. Untuk menghidang masukkan kastard jagung dan kuah dlm mangkuk

Bagi yg rajin mengunyah boleh tambah buah-buahan koktail ker, peach pon ok ....

23 comments:

Unknown said...

salam Kak Nita..
terliur akak tengok pepagi ni tau,ada kuah lagi tulah yg buat sejukkkkkkkkk je masyuk tu cium bau dulu lah nnt nk buat jugak

Kak Nita said...

W/Salam Kak Noor,

Mmg Kak noor ,pagi ni sebelum makan yg lain tu cari yg tu dulu...hehehe.

suraya said...

Bru nk try ni tgh rjin kak

Kak Nita said...

suraya,

try la..insyaAllah sejuk tekak...

Unknown said...

Mohon share resipi ye 😄😄😄

Kak Nita said...

Ya..silakan..

Unknown said...

Sy pun mohon share resepi ... .ni dh kli kedua bt bru mohon share ..tq

Kak Nita said...

Asidah,
Ya,silakan...

Unknown said...

Assalamualaikum kak nita ...nak tye...hidangan ni utk berapa org mkn ye...tq

Kak Nita said...

Waalaikumsalam , kalu xsilap knita dpt 16 biji size acuan kat atas tu ..sesuai utk 8 org mkn la kiranya ..

Unknown said...

Nampak sedap Share resepi ye.. Tq

Kak Nita said...

Ya,silakan..

Unknown said...

Sedap tuuu !😛😛

Kak Nita said...

Cuba la nnt

Mas said...

Dah buat baru jap ni... Tgh tunggu kuah kastard sejuk....jap lg husband blk nk bg dia rasa....tq share resepi...

Mas said...

Dah try hari ni....jap lg husband blk nk bg dia rasa...tqvm share resepi

Kak Nita said...

Alhamdulillah , insha'Allah pasni dia suuh repeat..😊

Unknown said...

Tambahan buah2an koktel tu air dia campur sekali dlm kuah tu atau tak?

Unknown said...

Tambahan buah koktel tu air dia masukkan sekali atau ambil buah nya saja?

Unknown said...

Alhamdulillah sedap tq resepi

suraya leigh said...

tq share resepi. Nak cuba petang ni

suraya leigh said...

tq share resepi. Nak cuba petang ni

Kak Nita said...

Sama2