Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Atas permintaan ramai (permintaan isi rumah akak ler) , malam ni akak sediakan Chicken Foldover ikut citarasa sendiri. Meriah gitu...ikut suka hati la katakan...kalu nak order masakan jd begini...hahaha. Mudah aje...beli roti tortilla kat supermarket,sayur-sayuran , isi ayam ,telur @ apa2 je yg rasa nak letak kat dalam tu , lipat (fold) dan makan .Sekali-sekala ok gak lah...
Jom kita semak resepi kat bawah ni..
Chicken Foldover
Bahan2nya
Roti tortilla/yg sekutu dgnnya( capati pon boleh kot...)
Isi ayam
Kentang
Tepung Ayam Goreng
Telur
Daun Salad
Timun
Tomato
Sos Cili
Jalapeno Cheese ( Cheese powder yg kita makan dgn potato wedges tu)
Mayonis
Cara2nya
1. Isi ayam ,kentang dicelup tepung dan digoreng.
2. Telur digoreng dan dikacau ,jadikan scramble egg.
3. Tomato dan timun dihiris nipis.
4. Panaskan tortilla 20-30 saat -dalam microwave (ikut instruction kat pack )
5. Susun semua bahan diatas tortilla ,picitkan sos cili ,mayonis dan jalapeno cheese dan lipat . Kalu nak gulung pon boleh..ikut suka janji senang nak masuk mulut...sebelum tu jgn lupa bismillah ....
6. Sedia untuk dimakan.
Ni la roti tu ...beli kat Econ Save |
Balqis dah tak sabaqq...balqis punya -versi kurang sayur..lebih ayam & scramble eggs.
2 comments:
hwaaa...syedapnye chicken foldover... lagi lak tengok budak comel tu makan...
FnF,
Tu la anak dara akak ...hehehe.
Post a Comment