Assalamualaikum semua...
Di harap sihat semuanya . Dah lama kaknita xpost Kat sini. Terima kasih pd yg masih sudi singgah .
Terpanggil utk kembali menulis .. moga2 dipermudahkan inshaa Allah .
Sekadar utk rujukan anak2 , sapa saja yg singgah ke sini .
Menu ni adalah menu favourite arwah tok kaknita dulu . Tp dia guna ikan terubuk dan bakar dgn kayu api ..Harum dan sedap sgt.
Kali ni kaknita hanya gunakan ikan kembung je.
Ikan Sumbat Nyok
Bhn2
6 ekor ikan kembung ( dibersihkan ,dibelah belakang dan dilumur garam kunyit)
Bhn ditumbuk
1 mangkuk kecik nyok /kelapa parut
sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit
1 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
1 sd kecik jintan manis
2 btg serai
1/2 sudu kecik jintan putih
3-4 biji cili padi ( nak lebih pedas boleh tambah )
garam ,gula dan perasa secukupnya
selepas tumbuk masukkan sedikit hirisan daun kesum
Daun pandan /Daun Pisang utk balut
( utk bsngkitkan aroma)
Sumbatkan bhn atas tu kedalam ikan dan balutkan dgn daun pandan .
panaskan sedikit minyak di dlm magic pan , letakkan ikan dan tutup sekejap . Bila dah masak sebelah ,alihkan .
Siap . Inshaa Allah sedap dihidangkan bersama nasi panas2 bersama ulam & sambal belacan.
3 comments:
Salam...
Bestnya... Nk ckit..
salam izin membaca postingannya ya kak
Silakan.😊
Post a Comment