Ini adalah menu kegemaran saya dulu,kini dan mungkin selamanya kot.....haha. Kini dah berjangkit kat anak2 pulak . Selalu buat bila anak2 request. Kebetulan last few weeks saya tak masak sangat sebab "m ' pun ada , letih sangat sejak2 lepas raya ni ..Pastu Balqis tanya "bila ibu nak masak ? Balqis teringin nak makan ayam masak kicap ni...nak bawa bekal ". Maka tersentot la si ibu ni... .kesian sungguh..Lalu bergegas bangun dan buatkan ..haha ... Tu la kanak2 ni tak perlu sediakan susah2 pon utk depa -janji kita sediakan dan selalu ada bersama dah cukup .
Utk Balqis Safea....ni ibu catatkan resepi ni utk rujukan Balqis nnt ya:
Ayam Masak Kicap
Resepi asal : Mak saya
Olahan sikit2 : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com
Bahan2nya
1/2 kilo ayam - dibersihkan dgn tepung /cuka
Garam
Kunyit
Kicap manis secukupnya
2 ulas Bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang besar ( 1/2 ditumbuk , 11/2 dipotong bulat)
1/2 inci halia(ditumbuk)
satu mangkuk kecil air asam jawa
1-2 sd besar sos cili
3-5 biji cili padi -diketuk.
sedikit serbuk perencah hilal (jika suka)
Cara2nya
- Ayam yg telah dibersihkan td digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam sehingga masak. Ketepikan
- Gunakan minyak yang sama -lebih kurang 3 sd besar.
- Tumiskan bahan2 yd ditumbuk td hingga garing
- Kemudian masukkan ayam, kicap manis , sos cili, kacau sebati
- Masukkan air asam dan serbuk perasa-biar mendidih ( kalu nak kuah lebih boleh tambah air + garam secukupnya.)
- Akhir sekali masukkan cili padi , bawang yg dipotong bulat -kacau sebati dan layu sikit dan angkat..
6 comments:
aduh tengok masak kicap ni terus lapaqqqq lah
kak noor ...masak kicap mudah2 ja kak noor , makan dgn nasik panas2 +sambalbelacan + ulam timun...haha.
wah nampak sedap.. biasanya sy ikut versi sendiri je. kali ni nk cuba versi ni lah pulak.
nani shuhada,
silakan...ni versi campak2 ja..
Wahh menarik sungguh ππππππayam kicap ππ
Simplekannnπ π
Post a Comment