Followers

Monday, July 16, 2012

Asam Pedas Ikan Pari

Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Hari Sabtu lepas , akak dan suami ke Pasar berdekatan rumah akak ni. Sebelum pi tu akak tak dak plan lg nak masak apa . Masa dok jalan2 kat Pasar tu akak asyik  nampak bunga kantan jer, semuanya fresh...kali ketiga akak nampak , akak terus ambil . Pastu penjual tu tanya ..." kak..daun kesum tak mau ka? Buat asam pedas .." .Pastu akak pon terpikir betui jugak no...dah lama tak buat asam pedas. Lantas akak pon jawab " Ok lah ".(sambil berkata dlm hati -baguih jugak org ni-siap bg idea kat aku lg..hehehe).
Lepas tu akak pon pi cari ikan pari . Balik jer rumah akak terus siapkan hidangan yg simple ni bersama ulam-ulaman ,sambal belacan , dan ikan goreng . Resepi yg SIMPLE & SUPERB ni akak dapat dari blog Che Mat Gebu . Kalu nak tau sejauh mana kebenarannya sila lah cuba yer....


Asam Pedas Ikan Pari
Sumber Resepi : Blog Che Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 keping ikan pari kecil @ tuka - kak nita pakai ikan pari besar 
1 biji kecil nenas madu, kupas dan hiris sederhana tebal - kak nita gantikan dgn timun
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan cili kisar (nak pedas boleh lebih)
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
1/2 inci kunyit hidup*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci belacan*
1/2 camca teh lada hitam biji*(*ditumbuk halus)
Bunga Kantan
Daun Kesum
1 btg serai -dititik -kak nita tambah
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan pari disiang, belah 4 setiap 1 ekor, cuci dan perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit, cuci kembali dan toskan..
Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus bersama serai  hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan nenas dan gaul rata.
Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Masukkan ikan pari, kacau perlahan dan tuang jus asam jawa. Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Sesiapa nak guna serbuk perasa pun ok.
Biar masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan juga ulam-ulaman.


Seronok2 makan kenalah tau khasiatnya jugak. Berikut adalah khasiat bunga kantan yg akak dapat dari blog sini dan daun kesum pula kat sini untuk dikongsi bersama:

Bunga Kantan 
Nama Scientific :  Phaeomeria speciosa Koord

mengubati sakit telinga dan membersihkan luka.  Sakit telinga boleh dirawat dengan menggunakan air rebusan buah kantan.  Selepas merebus buah kantan selama beberapa minit, air rebusan perlu dititikkan ke dalam telinga.  
Jika diamalkan selalu, ia bukan saja melegakan kesakitan akibat bengkak malah boleh mengatasi masalah telinga berair. Bagi mencuci luka di badan, air rebusan daun kantan yang masih suam digunakan dengan melumurkannya ke seluruh bahagian luka.  
Daun Kesum
Nama Scientific : Polygonum minus Huds
Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin.  
Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.




9 comments:

Unknown said...

salam Kak Nita asam pedas tu ngamcam lah akak pun suka buat asam pedas ikan pari tu..

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Nita cayanggg waduuhh ikan pari akak pun ada stok ikan pari tak masak lagi.. ikan pari kalau masak asam pedas itulah yang terbaik.. nak2 CMG yang masak ngencess dah ni :)

Kak Nita said...

W/salam Kak Noor & Kak sha,
mmg sesuaikan ikan pari buat asam pedas...

FnF Simple Life said...

asam pedas ikan pari...sedapnye k.nita.

Kak Nita said...

FnF ,
mai la kita berkelah kat sini..hehehe..

Unknown said...

Assalam kak, asam pedas memang sedap...slurppp! best hirup kuah tu..hehe

Kak Nita said...

W/Salam Nieza,

mai la kita pakat2 hirup hehehe...

izahdaut said...

assalamualaikum..

trima kasih sudi jenguk blog saya. wahhh sedapnya asam pedas. lamaaaa tak makan. jarang masak asam pedas bila en suami kurang gemo. tapi kalu mkn luor cari2 jugak aaasam pedas ni :-)

Kak Nita said...

Waalaikumsalam...
Terima kasih jugak atas kunjungan balas..moga2 dapat bertukar2 idea ya!