Followers

Tuesday, April 23, 2013

Pizza...DJ



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat bertemu kembali ya...! Pertama sekali akak sangat berterima kasih kepada semua pengunjung sentiasa singgah walaupun blog akak ni dah sekian lama tak diupdate atas sebab2 yg tak dapat dielakkan.
Mmg rindu sangat nak masukkan resepi2 yg tersimpan....tapi sebelum tu akak nak tanya sikit...ada kerrr org yg rindu kat akak aaa???..hahaha... InsyaAllah jika tiada aral melintang akak akan update seperti biasa. Pizza ni dah lama akak buat tapi sorry errkkk..gambar kurang memuaskan tapi bagi akak rotinya sedap dan gebu. Akak selalu juga buat pizza sbb anak2 mmg suka pizza .Tapi bila buat  tak sempat nak ambil gambar ,pizza dah masuk perut .  Resepi ni akak dapat dr blog DJ. Terima kasih ya DJ...

Saja buat roti tebal...baru puas makan..tapi stok mozarella cheese ada sikit jer ..

Pizza
Resepi asal : DayangJack@DapurKu SaYang
Dikongsi oleh: kak nita ~ jomknitamasak.blogspot.com
Pizza base :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread improver (kak nita tambah)
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Cara-cara :
  1. Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)  
  2. Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.  
  3. Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
  4. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.  
  5. Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
  6. Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
  7. Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
  8. Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut. Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
 Topping/Filling : (2 large pizza)

400 g daging cincang (dicincang/minced)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh)
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega

untuk hiasan :
sedikit oregano kering
cendawan shitake
hirisan nenas
hirisan kapsikum
hirisan bawang besar
keju parut
lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering
Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.
****untuk topping sos keju ni akak  skip ..akak just letakkan mozarella cheese jer...


 Satu slice ...pasti tak cukup
 Tunggu ya ...kita angkat lg satu slice....hehehe..


Bukti sebelum kejadian musti mau tayanggg jugakkk....

Jommm......cuba!

Monday, January 14, 2013

Pai Pic Berkeju

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pai ni akak buat utk minum petang semalam. Simple tapi sedap . Dihidangkan bersama susu @ teh O panas.
Bahan2 pon senang didapati di pasaraya. Resepi ni adalah resepi Chef Noraini dan ada sikit penambahan dr akak . Terima kasih ya Chef. Jom kita tengok resepinya.  




Pai Pic Berkeju
Resepi Asal : Chef Noraini

Bahan2
450gm tepung gandum
250gm mentega
1 biji telur gred B
2 sd besar air
2sd besar gula
1/2 sd teh garam halus

Filing Keju
300gm cream cheese-knita letak 250gm +1/4 cawan whipping cream
2 biji telur gred A
80 gm gula kastor-knita letak 30gm gula + 2 sd besar susu pekat manis
1 sd besar parutan kulit oren
2sd besar jus oren
2sd besar tepung jagung
200gm buah pic dalam tin

Cara2 nya
  1. Satukan mentega ,gula dan garam.Putar hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan air. Putar lg hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum yg telah diayak.
  4. Putar kelajuan perlahan hingga menjadi doh.
  5. Canai dan letakkan dalam acuan pai.
  6. Cucukan permukaannya dgn garpu utk mengelakkan ia dr mengembung.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 20minit 
  8. Sementara itu putarkan bahan filing kecuali buah pic.
  9. Apabila pastry masak, susunkan buah pic yg telah dihiris .
  10. Kemudian masukkan filing keju tadi.
  11. bakar pada suhu 180C delam 20 min . Akak guna api atas dan bawah utk dapatkan hasil spt diatas.
  12. Akak suka kalu bahagian atas tu garing sedikit macam tu. kalu tak mo boleh pakai api bawah sahaja.


****suhu tu boleh kurangkan ikut kesesuaian oven masing2.


Sunday, January 6, 2013

Laksa @ Asam Laksa

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Laksa @ Asam Laksa  mmg menjadi kegemaran kebanyakan org utara ni. Contoh macam akak ni ,kalu sebut jer laksa terus teringin. Akak mmg selalu buat kalu ada masa sebab nak buatnya senang jer.Rasa ikan ,masam,manis dan pedasnya mmg membuka selera. Kalu nak cuba sila semak resepi simple kat bawah ni ya...


Laksa
Sumber: Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2 Kuah.
1/2 kg ikan sardin/selayang/kembong fresh -kalu suka bole juga guna mackeral dlm tin
15 biji cili kering ( dipotong2 dan direbus)
2 biji bwg besar
sejemput ikan bilis (lebih kurang 2 sd makan)
belacan sebesar ibu jari
asam keping/asam jawa( akak mmg suka asam lebih)
daun kesum
1 kuntum bunga kantan
garam
gula
perasa (jika suka)
Air dalam 2 liter (ikut kepekatan yg dikehendaki)

Bahan2 lain
Laksa -direndam dan direbus

Hiasan -diracik halus
Daun Selom/Salad
Timun
Bawang Besar
Nenas
Cili Padi
Limau kasturi

masa buat ni buah nenas tak dak...kalu ada lg best.
Cara2
  1. Ikan dibersihkan dan direbus. Asingkan isi dan tulangnya.
  2. Kisar Cili kering bersama bawang ,ikan bilis,belacan dan sedikit air. .
  3. Didihkan bersama asam keping /air asam jawa selama 10 min. Sementara itu isi ikan dikisar halus.
  4. Tulang juga dikisar sedikit, ditapis dan diambil airnya.
  5. Masukan isi ikan yang dikisar bersama air dr tulang ikan tadi. Tambah kan air
  6. Masukkan daun kesum ,bunga kantan,garam, gula dan perasa.
  7. Didihkan sehingga masak.
  8. Hidangkan panas2 bersama daun selom,timun,bawang ,nenas,cili padi ,limau kasturi ,telur rebus dan otak udang (jika suka).
Insyallah kalu ada rezeki nnt akak akan share  resepi kuahnya version lain pulak yer.....

Saturday, January 5, 2013

Mac & Cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Salam Sabtu buat semua...diharap semuanya sihat sejahtera . Dah selesai sedikit sebanyak kerja2 pendaftaran sekolah , asrama , transit ,kelas mengaji & fardu ain ,bills dan mcm2 lg lah kan.....Rafiq (anak akak yg bongsu -insyaAllah) dah selamat menduduki darjah satu ...Nampak macam ok dan dah boleh sesuaikan diri dgn persekitaran baru~ kelas dan jadual harian baru yg mana dia kena bangun awal ke transit dan tengahari kesekolah dgn van .Harap2 semangat kesekolah tu akan berterusan hingga ke menara gading., insyaAllah.

Rafiq hari kedua di sekolah.

Antara yg paling kecil disekolah.

Hari cuti ni lah anak ibu nih request nak makan itu dan ini...Pagi2 tadi makan sandwich. Tengah hari makan nasi . Petang pula minta akak buatkan lain dr yg lain sikit konon .... Teringat pula dah lama tak buat Macaroni & Cheese ni. Barang2 ni mmg dah beli tapi tak dan nak buat. hari ni akak buatlah ikut citarasa akak gitu....Anak2 mmg suka Mac & Cheese version moist & creamy nih. Simple ja..jom kita tengok resepi dibawah ni:  

Mac & Cheese
Sumber : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan: 
2 cawan macaroni (direbus dg air dan sedikit minyak hingga kembang dan lembut dan ditoskan)
1/2 tin Campbells Chicken & Mushroom soup
4 sudu besar  spagetti sos ( akak guna jenama Kimball-original)
3 sudu besar isi tuna( tapis minyaknya -kalu tuna in oil)-boleh guna isi ayam/daging  
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus 
2 sudu besar carrot -di parut
5 slice cheese 
secubit garam ( sikit jer sebab mush room soup & cheese tu dah masin)
sedikit lada sulah
1 biji telur ayam- dibasuh 

Cara2nya
  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga garing
  2. Masukkan sos spagetti /bolognese kacau hingga mendidih ,masukkan parutan carrot ,tuna ,garam dan lada sulah 
  3. Kemudian masukkan macaroni. Kacau sebati masukkan dalam bekas .
  4. Didihkan mushroom soup dengan 3/4 cawan air hingga mendidih .Tutup api dan terus masukkan telur dan kacau.Tuangkan dlm bekas makaroni tadi dan taburkan sedikit daun sup jika suka.
  5. Akhir sekali taburkan cheese keseluruh permukaan makaroni tadi .
  6. Bakar selama 30 min @ sehingga cheese tadi sedikit garing.
  7. Hidangkan panas-panas.

Anak2 ibu cakap : Sedappppp wooo!

Selamat Mencuba ye...

Sunday, December 30, 2012

Siakap Sweet Sour


Assalamualaikum..



Alhamdulillah dapat lunch lg dengan anak2 hari ni. Esok dah kerja , lusa pula ,Luqman akan berangkat pulang ke asrama. Yg tinggal hanyalah Irfan ,Balqis dan Rafiq  kat umah . Hari ni  pagi2 lg akak dah ke pasar utk cari bahan2 utk dimasak. antara lauk peberet bebudak ni adalah Siakap Sweet Sour ni la. Simple jer  , digandingkan pula dgn tomyam campur, sotong masak asam dan sayur.

Ni ada resepinya yg akak rekodkan utk rujukan .Ni ikut cara akak lah yg main ikut rasa hati je. Kalu nak cuba silakan...


Siakap Sweet Sour
Sumber: Kak nita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan siakap ~ Bersihkan + dilumurkan garam dan kunyit + di goreng terlebih dahulu

Dikisar
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
Sedikit halia
6 biji cili kering
1 biji tomato segar
Air secukupnya

2 sudu besar sos cili
2 sudu besar cuka / jus limau
Garam + Gula , sedikit kiub pati ayam~ Ikut selera masing2
Minyak
1 biji Bawang besar - dipotong separuh bulatan

Hiasan 
Daun Ketumbar
Cili Padi
Tomato

Cara-cara

  1. Goreng ikan siakap dahulu sehingga kekuningan ~ Ketepikan ke dlm pinggan.
  2. Panaskan  minyak. ~ Bahan yg dikisar sehingga naik bau dan sedkit garing
  3. Masukkan cili sos, cuka, garam , gula ,dan kiub pati ayam
  4. Tambahkan sedikit air lg.
  5. Tunggu sehingga kuah mendidih dan agak pekat
  6. Tutup api dan bolehla di tuang ke atas ikan siakap yang di goreng tadi.




Friday, December 28, 2012

Rombongan Meminang...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Alhamdulillah dapat jugak update blog yg dah lama bersawang nih...Banyak sangat aktiviti ,kenduri disana sini , persiapan sekolah ,kerja dan serba -serbi lg...hahaha biasa la tu ...org len pon camtu jugak kannnn?
Ok la tak mo citer panjang .

Kek fondant ini adalah percubaan SULONG akak dan Kak Za ( kakak ipar) untuk majlis pertunangan Acu (adik ipar bongsu ) pada 23rd Dec yg lalu. Dah lama teringin nak try tapi tu la...saja2 nak buat malas,so bila dah ada acara camni boleh la try2...hehehe. Lagi pon bakal biras akak tu jenis yg tak kisah dan tak cerewet . Tak lah segan sangat nak bg kek yg tak seberapa nih.. Kat dlm tu akak letak kek coklat pastu susun le bunga2 tu sikit  . Simple jer kan. Lepas ni nak kena praktis lg bg lebih kemas dan menarik. Tqsm Kak Za kerana sama2 berjaga dan mengharungi karenah berfondant bersamaku hahaha...

Majlis hari tu berjalan lancar dimana kami dr pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas dgn 9 dulang dr pihak perempuan. Sayangnya hanya sikit saje gambar yg clear ..sorry ye...

Tepak sirih dan sebentuk cincin~ digubah oleh Kak Za

Kek fondant simple 

Apples

dan ada lg dua dulang yg gambarnya tak menjadi dan tak dapat nak share kat sini...
Gambar bakal pengantin tak boleh share lg tunggu masa majlis resepsi nnt yer  di episod yg seterusnya ...hehehe


Saturday, December 15, 2012

Homemade Air Soya



 Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Jemput minum semua...! Soya ni akak buat tadi . Kacang ni dah hampir seminggu akak beli tapi hari ni baru ada masa nak buat . Akak pasti ramai yang tahu cara nak buat soya yg simple ni. Tapi tak pa resepi ni direkodkan khas utk rujukan anak2 akak dan sapa2 sajelah yg nak rujuk.

Soya mempunyai kandungan protein yg tinggi yang mana ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung .  Kandungan asid amino , asid lemak omega-3, asid folik, zat besi dan kalsium sesuai bagi semua wanita sebagai makanan tambahan protein utama untuk mencegah anemia dan mengurangkan masalah kesihatan. Yang bestnya, proses penuaan dapat diperlahanan gitu...Ada lg tapi cukup la kot no...?

Resepi ni akak dapat dr blog ros-jintanmanis. Terima kasih ya Ros ....izinkan akak panjangkan resepi ros ni...



Homemade Air Soya 
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Dikongsi Oleh : jomknitamasak.blogspot.com

kacang ni kalu kat sini harganya dlm RM3.50/kg

Bahan-bahanya
200gram kacang soya
2 litre air (kalu suka cair boleh lebihkan air)
1 cawan gula
3 helai daun pandan yang disimpul
1/2 sudu kecil garam





Cara-cara
  1.  Masukkan kacang soya di dalam bekas dan rendam semalaman, pastikan paras air tu meneggelamkan kacang soya, bila ke-esokkannye kita boleh lihat, kacang soya telah kembang dan saiznya menjadi  2 kali ganda.( kak nita rendam 3 jam aje..)
  2. Basuh dan toskan air yang berlebihan. Masukkan satu cawan kacang soya yang telah kembang tadi di dalam pengisar, dan masukkan juga 3 cawan air, blender halus, gunakan tapis kain, kalau boleh tapis yang buat air teh tarik tu, kalau takde boleh juga gunakan kain bersih untuk memerah air soya, perah air soya di dalam jug dan asingkan hampasnya. Ulang langkah tadi sehingga semua kacang soya selesai dikisar.
  3. Sebelum di  masak, se-eloknya tapis sekali lagi air soya tadi bagi memastikan tiada hampas soya yang tertinggal. Masukkan air soya di dalam periuk dan tambahkan 1/2 sudu kecil garam serta daun pandan yang siap dicarik dan disimpulkan, gunakan api perlahan dan mestilah selalu di kacau.
  4. Setelah sedikit mendidih baru masukkan gula, setelah gula larut, tutup api dan boleh lah disejukkan dan diminum, kalau nak minum soya suam pun boleh.
  5. Setelah sejuk, simpan di dalam peti ais dan air soya ni boleh tahan selama 3 hari jika disimpan di dalam botol bertutup. Selamat Mencuba.
Dah siap.

Hampas ni adalah rezeki ayam /itik anda jika ada, kalu tak boleh juga guna utk scrub muka dan badan . Kalu malas juga boh je dlm tong sampah ye...

Tuesday, December 11, 2012

Kuih Bakar Pandan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Kuih Bakar Pandan @ Bengkang Pandan ni akak buat weekend hari tu tapi tak sempat nak update. Dulu2 mak selalu buat tapi tak pernahnya nak belajar .Sekarang ,bila dah tua2 ni teringin la pulak nak buat . Pastu sibuk la pulak cari resepi sana sini. Akhirnya jumpa la resepi ni dr Dapur CT Delima. Tima Kasih bebanyak CT. Bagi akak kuih bakar ni mmg simple dan sedap,sesuai utk breakfast /minum petang.  
Kot2 teringin nak cuba ,sila semak resepi di bawah ni :

Kuih Bakar Pandan
Sumber asal : MyR Joayee
sumber : Che CT,  Kak Nita

Bahan-bahan : (untuk hidangan 6 orang)

1 cawan gula
1 cawan jus pandan (atau air + pandan essence)
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (atau 1 can santan-450ml )
2 sudu kecil butter
3 biji telur
1/2 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau
Bijan jika suka

Cara-cara :
1. Campurkan semua bahan-bahan dan blend sampai sebati.
2. Masukkan 2 sudu kecil minyak dalam loyang .
3. Panaskan loyang dalam oven. Bila minyak dah panas, masukkan mixture kuih tadi, taburkan bijan. 
4. Bakar 180'C sampai brown atau garing - lebih kurang 50 minit




Sunday, December 2, 2012

Strawberry & Durian Crepe dan alkisahnya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Akak pasti ramai yg gantung peruik belanga minggu ni sbb memenuhi jemputan majlis resepsi disana-sini.Selamat Pengantin Baru dan tahniah kepada pengantin2 dan  bakal pengantin ya!.Semoga berbahagia sehingga ke syurga.

Strawberry dan Durian Crepe ni hanya tinggal gambar saja . Dah lama buat tapi malu la pulak nak letak sebab banyak sungguh kisah disebalik tabirnya! Pada mula2 durian crepe ni meletop dan meriah di pasaran ,akak punya la tak sabar nak rasa . Pastu akak beli kat jiran dan rasa ~fuhhhh...mmg  memikat. Masa tu tak banyak lg org yg jual durian tapi disebabkan dok teringat2 rasa durian crepe  tu akak pon terus buat crepe tu  pastu baru pi cari durian , malangnya tak dak!.Apalagi niat dihati nak buat durian crepe tapi jd strawberry crepe. Walaupon rasanya tak sehebat durian tapi berjaya juga dihabiskan sebab buat sikit jer...    

Minggu berikutnya akak teruskan lg mencari durian , masa kat gerai durian tu dah test ok tapi sesampai jer dirumah bila buka tak best la pula~ isi nya nipis , tawar,so tak jd buat lg....hisshhh gerammm betuiii!Astagfirullah...

Kali ketiga ni ,alhamdulillah dah tak tertipu lg dah dapat durian yg isinya mmg cun , manis dan creamy gitu tapiiiii.....crepenya la pula ada yg kureng menjadi dan tak cun tapi masih boleh makan sbb rasanya ok.Bila dipotong pun tak cantik kejadiannya ...alahaiii itu lah alkisahnya...

Kesimpulanya ada dua resepi yg telah akak cuba, kedua2nya ok cuma akak yg tak ok . Akak sebenaqnya tak boleh excited sangat ,kena2 biasa2 je ...hahahaha...

Hasil kali pertama -cari durian tak jumpa

Resepi 1 
sumber : izahdaut


Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

Resepi Filling
non dairy whipping cream
strawberry filling


Hasil kali ke-2 yg kureng cun

Resepi 2 
sumber : zack


Crepe Batter
A:
20g tepung superfine- takde stok, guna tepung hong kong/tepung kek
10g tepung ubi
10g tepung kentang/potato starch
10g tepung kastad
10g tepung jagung
1sb gula kastor
***Ayakkan dalam satu bekas.

B:
1biji telur Gred A
1sb minyak jagung/butter cair - ku guna canola oil
1st esen vanila
80ml susu cair
110ml air masak
***Campurkan dalam bekas lain.

Cara:
1. Campurkan Bahan A dan Bahan B. Gaul rata dan tapiskan.
2. Panaskan nonstick frying pan
Jika perlu, gris sikit dengan butter/planta untuk elak melekat. Gunakan api tak terlalu besar/kecil.
3. Tuangkan sedikit adunan supaya tak terlalu tebal. Bila menggelembung terus angkat (tak perlu terbalikkan).
4. Biarkan sejuk baru letak inti custard-fresh cream dan durian.
5. Simpan dalam peti sejuk atau terus ngap .

Apapon , insyaallah pasni akak nak try lg sampai jadi jugakkk...hehahaha...wish me luck ,ok!

Saturday, December 1, 2012

Kek Coklat 3 -Moist


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sebenarnya ini adalah N3 tertunggak . Akak buat kek ni sebelum cuti sekolah lg. Masa tu Balqis minta akak buatkan utk sambutan hari kanak2 kat sekolah dia. Dia yg request nak letak bintang yg colourful tu  dan dipotong siap2 ,nnt senang nak makan katanya.  Kek coklat ni mmg moisttt! Akak dapat resepi  dr blog fnf. Kalu nak cuba boleh semak resepi ni.

Kek Coklat 3
Sumber : Blog FnF  dan Azie's Kitchen
Dikongsi Oleh : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko Hershey's~kak nita letak serbuk koko van houten
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
2 biji telur saiz A
1 sk garam
1 cawan buttermilk (resepi kat bawah)
1 cawan minyak sayuran/jagung
1 1/2 sk esen vanila
1 cawan air mendidih (atau 1 cawan air coffee/nescafe)

Cara2
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan (slow baking).
  2. Lenser loyang 10 inci aau lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  3. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl. Putar pada kelajuan sederhana selama 1 minit, sebelum dimasukkan air panas atau air nescafe panas. 
  4. Putar sehingga sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga masak. 
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan.


Chocolate Ganache (Ini resepi asal dari Kak Azie Kitchen)

4 oz chocolate chips
1/3 cup heavy cream
1 sk unsalted butter
1/8 sk garam

Panaskan heavy cream tapi jangan sampai mendidih. Tuangkan ke dalam coklat chip dan tunggu hingga coklat chip mencair.
Kacau sehingga sebati. Masukkan butter dan garam, kacau sebati. Bolehlah disapu pada kek yang telah disejukkan.
Nota: Untuk kek 10x10, adunan ini perlu dibuat 2 adunan.

Chocolate ganache yang FnF guna -kak nita ikut yg ni.

1 cawan double cream
250g dark chocolate
2sb golden syrup
  1. Panaskan double cream, tuang ke dalam bowl berisi dark chocolate yg telah dipotong kecil2. Kacau hingga semua coklat mencair dan sebati.
  2.  Masukkan golden syrup, kacau sebati. Sejukkan agak2 likat macam susu pekat manis bolehlah dicurah atas kek yg telah sejuk.


Resepi Buttermilk
Susu segar
1 sb white vinegar atau lemon juice
  1. Masukkan white vinegar atau lemon juice ke dalam cawan. Tuangkan susu sehingga mencapai sukatan 1 cawan. Kacau rata.
  2. Biarkan selama 5 minit dan sedia untuk digunakan.

Saturday, November 24, 2012

Kacang Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Salam Asyura buat semua muslimin dan muslimat .Akak pasti ramai yg tak melepaskan peluang berpuasa pada  semalam dan hari ni ya (9 dan 10 Muharam 1434). Kalu kat kg dulu ramai yg berpakat masak bubur Asyura bersama-sama. Masak dalam kawah pula tu...Sekarang pon masih ada komuniti yg masih berpakat dan jadikan itu sbg aktiviti tahunan ...baguskan..kalu nak buat sorang2 tu tak best la pulakkk...Bagi mengenangkan sejarah bubur Asyura ni dalam peristiwa Nabi Nuh a.s sila klik disini. 

Ok ....hari ni akak nak share resepi kacang yg akak belajar dr keluarga mertua. Kacang ni rangup dan caranya pon simple jer!. kalu makan sambil tengok tv , sekilo pon sekejap ja licin. Jangan risau ,walaupon ianya kaya dengan  lemak tetapi ia mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus.vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. Kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dedaging, telur dan kacang soya.
Jom kita tengok resepi ni :

( gambar 2)

Kacang Rangup
Sumber : Kak nita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
1 kg Kacang Tanah ( kacang tanah ni yg besar ,kalu kat sini RM9/kg) 
1 senduk bawang putih ( lebih kurang 3/4 cwn)
1 senduk gula
garam secukup rasa
 * senduk yg digunakan utk ceduk kuah tu 

Cara2nya
  1. Kisarkan bawang putih dan gula sedikit air-sampai halus. 
  2. Gaulkan bahan kisar dgn kacang dan campurkan sedikit garam.
  3. Perapkan selama 1 jam
  4. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana hingga kekuningan.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Sebarkan diatas kertas agar minyak tu turun dan kacang cepat sejuk.(macam gambar 2 tu) 

Tips: walaupon masa kita angkat tu ianya lembut/kurang garing lg  , jgn risau sbb dia akan rangup bila dah sejuk.

Ok selamat mencuba..


Thursday, November 22, 2012

Chicken Nugget ~ sendiri bikin

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Nugget ayam adalah makanan segera yg sentiasa menjadi pilihan anak2 akak. Senang didapati  dimana2 pasaraya , restoran makanan segera mahupun kedai runcit tapi kalu ada bahan dan masa ,apa salahnya kalu dibuat sendiri . Lebih fresh dan boleh ikut citarasa sendiri. Masa mula2 nampak resepi ni kat blog cikmanggis terus rasa tergoda. Alhamdulillah, hari ni mmg ada rezeki untuk buat dan rasa nugget nih...Mmg boleh sangatlah! Rangup diluar dan juicy didalamnya . Terima kasih ya cikmanggis . Izinkan kak nita share resepi ni ya....

                                           macam ni rupa  didalamnya....


Chicken Nugget / Nugget Ayam
Dikongsi oleh : jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahannya:

A
350 gm isi ayam -cincang.
1 biji telur.
1/3 cawan serbuk roti ~ kak nita guna serbuk roti putih (cik manggis guna serbuk roti (color kuning))
3 tbsp tepung serba guna.(sudah ada perisa)
1/2 tsp serbuk lada hitam.
2 ulas bawang putih-tumbuk halus.
1 tsp gula.( kak nita tak letak )
1 ketul kiub ayam -optional (akak letak 1/2 + sedikit garam)

B
Untuk salut:
2 biji telur-pukul sikit dengan garfu.
Tepung serbaguna secukupnya ( tepung ayam goreng).
Serbuk roti secukupnya.

Minyak untuk menggoreng.


                                                                 sebelum digoreng
Cara-caranya:

  1. Satukan bahan-bahan A kedalam mangkuk yang sesuai dan gaul hingga sebati agar  menjadi doh yang lembut.
  2. Bentukkan bulat-bulat  mengikut saiz yang dikehendaki.Tekan/ leperkan.Golekkan kedalam tepung serbaguna.
  3. Kemudian celupkan kedalam telur.
  4. Akhir sekali salutkan dengan serbuk roti hingga sekata.Lakukan proses yang sama sehingga selesai.
  5. Tak perlu sejukkan dalam peti sejuk,boleh terus goreng hingga warna perang keemasan atau sehingga masak.


Akak suka yg macam ni ....

anak2 pula suka yg garing macam ni....

Semua nugget2 ni berjaya dihabiskan sebaik sahaja selesai sesi pengambaran...hahaha...

Monday, November 19, 2012

Mandi-manda di Taman Rimba


Assalamualaikum dan salam sejahtera ,


Baru -baru ni kami sekeluarga bersama 2 org lg anak saudara  pergi berkelah dan mandi2 kat air terjun Taman Rimba ,Penang. Taman Rimba ni terletak di Teluk Bahang , Penang, lebih kurang 11/2 jam perjalan an dr kediaman kami . Alhamdulillah cuaca pon baik pada hari tu, dapatlah bebudak tu mandi lama2 sikit . 
Sesampai saja kami disana ,kami terus je makan sbb semuanya dah lapar . Kak nita hanya masak nasi putih &  lauk biasa jer hari tu. Tapi biasa la kalu dah berkelah semuanya sedap.  

makan2  bekalan yg dibawa sebelum terjun berenang..



kemain lagi Balqis dan Rafiq...sejukkk tapi seronokkk!



Aitttt...kat sungai pon ada "duyung" ???



 Haris - dibawah terjunan air...

Salah satu lauk biasa & simple utk berkelah hari tu  :



Sambal Tumis Masam Manis Ikan 
Resepi : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot .com


Bahannya 
10 ekor ikan kembung /ikan selayang/apa2 jenis ikan

Bahan2 (Kisar) 
Semangkuk kecil cili kering - dikerat2 dan direbus
2  biji bawang besar
4 ulas bawang putih 
Belacan sebesar ibu jari
Air secukupnya

Bahan2 lain
Garam , gula melaka secukup rasa
Air asam jawa
bawang merah /kecil - dihiris halus untuk menumis
daun sup - dihiris
1 sudu besar  sos cili 

Cara2. 
1) Ikan dibersihkan, dipotong  , dilumurkan dgn garam dan kunyit. Goreng separuh garing.
2) Tumiskan bawang merah sehingga kekuningan . 
3) Masukkan bhn kisar , air asam jawa ,sos cili gula dan garam secukup rasa. Biarkan hingga pecah minyak .
4) Masukkan ikan goreng dan daun sup , kacau sebati dan tutup api.

Akhir kata ~ Salam Maal hijrah 1434 buat semua ya... semoga akan bertambah usaha kita kearah mencapai keberkatan dari Nya , insyaAllah.