Followers

Saturday, November 24, 2012

Kacang Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Salam Asyura buat semua muslimin dan muslimat .Akak pasti ramai yg tak melepaskan peluang berpuasa pada  semalam dan hari ni ya (9 dan 10 Muharam 1434). Kalu kat kg dulu ramai yg berpakat masak bubur Asyura bersama-sama. Masak dalam kawah pula tu...Sekarang pon masih ada komuniti yg masih berpakat dan jadikan itu sbg aktiviti tahunan ...baguskan..kalu nak buat sorang2 tu tak best la pulakkk...Bagi mengenangkan sejarah bubur Asyura ni dalam peristiwa Nabi Nuh a.s sila klik disini

Ok ....hari ni akak nak share resepi kacang yg akak belajar dr keluarga mertua. Kacang ni rangup dan caranya pon simple jer!. kalu makan sambil tengok tv , sekilo pon sekejap ja licin. Jangan risau ,walaupon ianya kaya dengan  lemak tetapi ia mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus.vitamin A dan K, lesitin, kolin dan kalsium. Kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dedaging, telur dan kacang soya.
Jom kita tengok resepi ni :

( gambar 2)

Kacang Rangup
Sumber : Kak nita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
1 kg Kacang Tanah ( kacang tanah ni yg besar ,kalu kat sini RM9/kg) 
1 senduk bawang putih ( lebih kurang 3/4 cwn)
1 senduk gula
garam secukup rasa
 * senduk yg digunakan utk ceduk kuah tu 

Cara2nya
  1. Kisarkan bawang putih dan gula sedikit air-sampai halus. 
  2. Gaulkan bahan kisar dgn kacang dan campurkan sedikit garam.
  3. Perapkan selama 1 jam
  4. Panaskan minyak dan goreng dgn api sederhana hingga kekuningan.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Sebarkan diatas kertas agar minyak tu turun dan kacang cepat sejuk.(macam gambar 2 tu) 

Tips: walaupon masa kita angkat tu ianya lembut/kurang garing lg  , jgn risau sbb dia akan rangup bila dah sejuk.

Ok selamat mencuba..


10 comments:

Nooriah Abdullah said...

wah sedap nya kak Nita, jajan ni sambil tengok tv memang tak sedar habis ni krup krap kan bunyi dia

Kak Nita said...

Mmg kak noor...tambah lg pula dgn seteko air teh panasss~ confirm terlena kat depan tv tu la....

FnF Simple Life said...

wahhh... sedapnye...pastu kcg tanah bawa angin, bwg putih lak singkir angin dlm bdn...kira balance la kan...hehe

Kak Nita said...

FnF,
ya ka...+1-1=0 , betui gitu?hehehe...kira ok la...

tun_telani said...

salam kak nita.. rajinnya.. tun suka mkn kacang, tp biasa beli je la.

Kak Nita said...

W/salam Tun,
Akak pon selalu beli jugak..kekadang je kerajinan tu datang....hehehe

zue said...

Assalam Kak nita nk tya kacang tanah tu xperlu grg dulu ke..maksudnya trus gaul Gn bahan.kisar kisah perap n goreng ye..xpernah makan n xtau pulak ada makanan cmni..๐Ÿ˜Š

Kak Nita said...

Wsalam zue,
tak perlu goreng dulu, lepas perap baru di goreng dgn api perlahan .

saliZIEYana iSmaiL said...

Kak Nita, mcm mana nk goreng? Kena guna minyak yg banyak ke macam goreng ikan atau bleh guna minyak sedikit mcm goreng telur?

Kak Nita said...

Sali,

Kena guna banyak minyak bg tenggelam kacang tu..