Followers

Saturday, November 16, 2013

Marble Cheesecake

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Ini adalah satu N3 lama yang akak baru nak publish.Akak mmg selalu buat kek ni dulu tapi gambar ni diambil  masa  buat 3 bulan lepas...tersimpan dan hari ni baru teringat . Mula2 dulu  akak dapat resepi dari kawan akak : Aida, terus buat dan menjadi dan akak pernah share kat sini . akak tak pasti sumber asal resepi ni drp siapa .Sekiranya tuan punya resepi ni ternampak entry ni harap dihalalkan lah ye.. Walaubagaimanapun  terima kasih bebanyak  kepada Aida Norfaleisa sbb share resepi ni dulu. 

Marble Cheesecake
Sumber 1: Aida Norfaleisa
Dikongsi oleh: jomknitamasak.blogspot.com

Bahan A
185g butter
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3 biji telur (gred A)

Bahan B
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan fresh milk /susu cair
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Cara-cara
  1. Cairkan butter ,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk
  2. Pukul gula dgn adunan 1 ,mskkan telur satu persatu.Kemudian masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder
  3. Dalam bekas lain pukul cream cheese dgn gula,masukkan telur ,esen vanilla diikuti dgn susu cair sampai sebati.
  4. Tuangkan adunan koko berselang seli dgn adunan cheese
  5. Bakar dgn suhu 180'c selama 40 min.



Tuesday, November 12, 2013

Lost World of Tambun

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kebiasaanya kami sekeluarga akan jalan2 diluar musim cuti sekolah .Senang sikit ,tak yah la bersesak2.Bila cuti sekolah kami hanya dok rumah dan balik kg jer.Ni lah kali pertama kami ke Lost World of Tambun utk penuhi permintaan bebudak ni. Enjoy sungguh depa. Akak dan Balqis ni penakut sikit -mainan yg tinggi2 dan laju2 tu~ mmg tak berani sungguh, gayattt gituuu....
Tu pon try test juga satu dua mainan tu , pastu pi berendam air sejuk , air panas, masuk zoo dll.














Kat sini pengunjung tak leh bawa masuk makanan . Makanan dan minuman yang dijual mmg mahal. Cer tengok gambar kat bawah ni .So kalu nak pi tu ambik breakfast yg heavy siap2 ye...




Dah abis main kami pon balik ...hahaha...




Sunday, October 27, 2013

Makaroni Bakar Extra Cheese

Assalamualaikum dan salam sejatera,



Ni adalah entry lama yang tak sempat nak post. Bagi mereka yang gemarkan pasta & cheese . Hidangan ni pasti menyelerakan . Mudah dan cepat . Akak mmg selalu buat ni. Kalu nak cuba bole semak resepi kat bawah ni.Kalu letak mozarella cheese ni kena makan panas2 baru lah bertali camni ya...kalu dah sejuk dah tak jd camni dah ...

Makaroni Bakar Extra Cheese
Sumber 1 : DayangJack@DapurKu SaYang
Sumber 2: Dapur Mamasya
Sumber 3: Kak Nita

Bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan

2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)- guna 3 cwn makaroni
150 g minced beef/chicken/seafood
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti - kak nita guna Kimball
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
sedikit kiub ayam -kak nita tambah
1 sudu besar mentega
sedikit mixed vegetables (akak tambah)

Sos Putih :
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula

lain-lain : keju parut dan oregano
mozarella cheese (kak nita tambah)

Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

nota dapur mamasya;
oleh kerana masak dlm 2 bekas, jadi sos putih satu adunan tak cukup, kena doublekan. utk sos putih buat kali kedua, nak cepat tak tumispun butter,slice cheese koyak kecik2 terus masuk dlm susu.
 dan salam sejahtera ,

**nota Kak nita :
kalu nak letak extra cheese macam akak tu ,kurangkan garam dalam sos daging ya!

Saturday, October 26, 2013

Cucur Nasi Ikan Bilis


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 



Selamat berhari minggu...ni ada lg resepi yg tak sempat nak post sebelum ni ..apa tak nya sambil goreng pon dah ngap2 bila dah siap org lain lak ngap , tak sempat nak ambil gambar...sesuai utk semua waktu . breakfast ka , minum petang ka . mkn malam ka ...ikut suka . Mmg senang dan sedap..rangup diluar dan gebus didalam. Kekal lembut walaupon dah sejuk...
Jom semak resepinya.


  
Cucur Nasi Ikan Bilis. 
Sumber : Kak Yati

BAHAN-BAHANNYA :
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan air
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 1/2 biji bawang besar, didadu
  • 1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
  • 1 biji lada merah, hiris halus
  • Daun sup/daun bawang, hiris halus -gantikan dgn carrot
  • Garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis -knita tambah
  • Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA : 
  1. Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. (bawang besar knita hiris jer tak blender sekali)
  2. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
  4. Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.  




Sunday, October 13, 2013

Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies

Assalamualaikum dan salam Aidiladha buat semua,


Dah nak raya pulakk..pantass sungguh masa berlalu tapi tu la  tak dapat nak cuti bebanyak la pulak. 
Pasti ramai yg tak balik kg kan.Tak pa la kalu boring2 tu mai kita minum dulu ~ teh O panas dgn cookies nih..mmmmm ranguppp . Tak caya cer try nnt. Resepi dr blog Kak Wan ni mmg tak menghampakan . Akak dah berkali2 buat ,selalu bekalkan utk anak ke asrama , anak2 dan abah kat umah ni pon mmg suka makan cookies. Kerangupannya dan kesedapannya  mmg 97% sama dgn biskut Famous Amos yg ada kat pasaran tu.Kelebihan buat seniri adalah kandungan gula mmg dapat  dikurangkan agar besesuaian dgn selera akak sekeluarga. 



Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies
Sumber 1 : resipicitarasawan.blogspot.com
Sumber 2 : http://jomknitamasak.blogspot.com/

Bahan A
250gm mentega
220gm gula pasir - (knita tak letak)
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila

Bahan B
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus

Bahan C
200gm oatmeal (knita campurkan dgn sedikit nestum)
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan - dicincang kasar
100gm almond nibs - dibakar
50gm walnuts - dibakar

Cara-cara :
1.  Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan vanila.  Putar hingga bergaul rata.
2.  Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul hingga rata.  Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.
3.  Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.

*** biskut agak manis, boleh kurangkan gula mengikut citarasa

Thursday, October 10, 2013

Ayam Panggang Rosemary


Assalamualaikum dan salam sejatera..


Apa khabar semua?Sorry sebab lama tak dapat share apa2 kat sini, akhir2 ni agak sibuk sikit ...balik keja je terus buat keja2 wajib dan terus tidoq ....tapi akak akan share apa yg tersimpan ni bila ada kelapangan insyaAllah....
Ayam ni akak panggang 3-4 hari lepas. Hidangan ni sesuai utk org yg kesuntukan masa macam akak nih...Simple ,practical dan sedap dgn kelainan rasa rosemary tu .
Akak hanya mencampakkan apa2 yg ada kat umah , contohnya gula perang tu akak gantikan dgn gula putih, lada hitam akak gantikan dgn lada sulah ...rosemary tu mmg kena letaklah walaupon tak penah tanam pokok rosemary tu...letak rosemary kering yg beli kat tesco tu...hahahaha...
Tak perap pon ...terus grill je dlm magic pan tuh ...letak sekali kentang dan bwg besar, carrot tak der masa tu kalu ada lg sedapkan..Lpas letak dlm magic pan tu pi la sidai kain ker ...lipat kain ker , tengok anak buat keja sekolah ker ...pastu mai la.tengok2...alih sekali ..pastu siap .. jom check resepi nih:



Ayam Panggang Rosemary
Sumber :potretkasih
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega

Cara penyediaannya
  1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus limau pada ayam. Gaul rata.
  2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
  3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
  4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
  5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
  6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
  7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang. ( knita terus grill bersama ayam tanpa rebus )
  8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.|(kalu dalam magic pan rasanya dlm 30min jer...)



Sunday, September 8, 2013

Homemade Ice Cream

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Akak rasa semua org suka aiskrim kannn....Tapi tak semua org tahu cara membuatnya lagipon ianya senang didapati dimana2 pasaraya kedai , pak cik aiskrim yang masuk kg pakai motor, lori dan sebagainya.
Tapi sekarang ramai org dah temui cara yg simple utk buat aiskrim tanpa menggunakan mesin pembuat aiskrim pon ....terima kasih bebanyak kepada mereka yg sudi share! Alhamdulillah ,drp resepi cikepal ni akak dah berjaya buat aiskrim yg sememangnya lemak dan berkrim. Ni adalah kali kedua akak buat. Utk kali yg pertama agak kurang memuaskan sikit sbb texturenya agak kasar tapi percubaan kedua ni akak ada buat penambahan ikut citarasa sendiri dan hasilnya mmg puas hati walaupon tak sehebat Baskin Robbins dan Haagen Dazs...
Jom cuba...insyaAllah anak2 akan sukaaa....

Homemade Ice Cream
Sumber 1:Cik Epal
Sumber 2 : Jom Masak~jomknitamasak.blogspot.com


Bahan2
 1 tin susu cair ~(knita letak 1cwn susu cair + 1 cwn whipping cream)
 1/2 tin susu pekat 
 1 biji telur~ (di buang pusarnya)
 1 sudu kecil esen vanilla
 1 sudu besar Ovalett (cari yang HALAL ok!)
 3 sd teh gula icing ~(knita tambah)

Untuk perasa:
Boleh guna je apa2 perasa yg digemari~ 

Cara2nya
  1. Campurkan semua bhn2 tu .
  2. Guna stand mixer , putar dgn kelajuan sederhana sampai pekat dan berkrim gitu mcm gambar kat atas ni.
  3. Bahagikan dlm bekas berlainan sekiranya nak letak banyak perasa. 
  4. Sejukkan dlm peti ais sampai beku (knita letak semalaman lebih kurang 10 jam)

kalu ada pisang -buat jer banana split

@ parut choc ja kat atas
@ makan gitu jer pon sodappppp...
@ boleh campurkan dgn buah-buahan kering ; parutan limau ,kismis..


Let's try and enjoy!



Sunday, September 1, 2013

Kek Marble Pandan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 buat semua..
Semakin ramai yg mengambil peluang utk mengadakan jamuan rumah terbuka di penghujung Syawal ni especially di hari cuti macam ni .
Kek ni akak buat 2 hari lepas atas permintaan Balqis utk jamuan  raya di tempat transitnya .Kek ni mmg lembut dan lemak gitu. Kurang manis dan tak  jemu dimakan.Kalu nak ikut resepi asal dari Dapur Mamasya~pandan dimarblekan dgn coklat tapi Balqis nak mcm gini ....terpaksa la akak ikutttt.  
Berikut adalah resepi utk rujukan bersama: 


Kek Pandan Marble
Sumber 1 : R-lin @ MYR
Sumber 2 : Dapurmamasya
Dikongsi Oleh : jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-Bahannya
4 biji telur gred A
100 g gula pasir
1 camca besar ovallate
25 ml pati santan/susu segar - guna santan debu yg pandan + sikit air
50 g minyak jagung
100 g tepung gandum*
1/2 camca teh garam halus*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 camca teh pandan paste-guna perisa pandan + 1st pewarna hijau
1 camca teh serbuk koko(knita tak letak)
1 /2 camca teh esen vanilla
1 camca teh coklat emulco (knita tak letak)

Cara membuatnya

  1. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuang minyak jagung dan pati santan. Gaul hingga sebati.
  3. Adunan dibahagi 2, satu bahagian dia campur dengan esen vanilla, serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata (knita campur dgn sedikit perwarna oren). Dan satu bahagian dicampur dengan pandan paste. Gaul rata.
  4. Masukkan adunan koko dan pandan secara berselang-seli ke dalam tin kek yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. 
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidang. 


masih segar dr oven


siap utk Balqis bawa.....

Sunday, August 25, 2013

Mee Hoon Kuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Masih sibuk beraya lagi ker...? Tak pa  sambil rehat2 tu  meh la jamu mata kat blog akak ni .Sajian ni mmg jd kegemaran anak2 akak . Ianya cukup simple dan cepat  dimasak. Sesuai sangat la buat masa tengah lapar lepas balik keja tuh...Cuma satu pesanan akak ~ bahan2nya perlulah segar dr ladang ...senang jer kannnn!
Ok jommm kita semak resepi campak2 nih....:




Mee Hoon Kuah

Bahan2nya
Sedikit Mee Hoon ~agak2 dapat dalam dua mangkuk (nak gantikan dgn mee pon boleh)
dicelur dan ditoskan.

utk kuahnya
2 ulas bawang merah~ditumbuk
2 ulas bawang putih~ditumbuk
2 sudu besar cili kisar ( akak kisarkan dgn sikit ikan bilis ) ~ikut rasa kalu nak pedas kasi lebih
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2  sd besar kacang goreng yg ditumbuk
garam ,gula dan sedikit kiub ayam
sawi
1 biji telur
udang

Cara2nya

  1. Tumiskan bawang yg ditumbuk tadi hingga wangi
  2. Masukkan cili kisar & dan sedikit air, kacau hingga pecah minyak 
  3. Masukkan sos cili, sos tomato,garam , garam dan perasa secukupnya. 
  4. Masukakan kacang &batang sawi 
  5. Masukkan air secukupnya
  6. Bila mendidih pecahkan telur dan biarkan telur masak 
  7. Seterusnya masukkan daun sawi & udang .
  8. Siap dan hidangkan panas2...






Monday, August 12, 2013

Salam Aidilfitri 2013



Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri semua,


Alhamdulillah dapat bertemu lg di Syawal ke 5 ni....Dikesempatan ini akak nak memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesalahan atau kesilapan . Seperti tahun2 lepas , kami masih bersederhana dan mengikut giliran seperti yg dipersetujui dr mula lg yang mana hari raya pertama kali ni disambut di kg akak dan kedua di rumah mertua ....hahaha..penting tu..Lumrahnya kanak2 lah yg paling gembira dan ceria...kita yg dewasa (tua la tu...) hanya menumpang jer...

dibawah pohon rambutan 

Kali ni kat kg akak meriah dgn buah2an `~ rambutan ,cempedak,durian dan dokong . Sesapa saja yg datang beraya kali ni bukan je dihidangkan dengan kuih-muih,ketupat,rendang tapi buahan pon ada sekali...
Yg tak dan nak makan tu boleh take away ....hahaha..

Dalam kemeriahan tu juga ada yg berduka disebabkan masalah kesihatan , kehilangan insan tersayang dan sebagainya. Diharap dapat bersabar dan redha dgn ketentuanNya dan sama2 kita berdoa agar dipermudahkan segalanya ,insyaAllah.

Bagi yg  dlm perjalanan pulang dr kg tu berhati2 memandu ya...dan selamat kembali bertugas dan diharapkan segala amalan2 yg baik dibulan Ramadan dapat diteruskan ke bulan2 seterusnya...insyaAllah..

bersama suami dan anak2...




bersama polisku ~bang eh dan misiku Syuhada -yg dapat bercuti tahun ni.....tahun depan???


anak2 menakan   


Setakat ini dulu...wassalam.

Sunday, July 28, 2013

Ikan Kembong Sumbat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Alhamdulillah ,hari ni dah masuk 19 Ramadan ya...mmg pantas masa berlalu . Moga2 kita dikurniakan kesihatan yang lebih baik untuk menempuh hari2 yang seterusnya insyaAllah.

Ini adalah antara lauk utk iftar semalam. Dah fening2 dok pikiaq nak masak apa....at last ,yg ni yg tersembul dikotak fikiran..bila tanya anak2 depa pon kata ok ..maka jd la lauk ni. Antara lain yg dihidangkan bersama lauk ni ialah kerabu daun selom,masak lemak telur dan hidangan sampingan - Chicken Pizza  .
Walaupon tak banyak tapi cukup utk kami anak beranak ....alhamdulillah. 

Jom kita semak resepinya~kot2 la boleh dijadikan idea untuk berbuka nnt. 


Ikan Kembong Sumbat
Resepi : Kaknita ~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2
6 ekor ikan kembong /Ikan Cencaru/Ikan Terubuk
(dibelah belakang dan dibersihkan)
Garam
serbuk kunyit
air asam jawa secukupnya
Gula secukup rasa
serbuk perasa (jika suka)

Sambal
Bahan2 dikisar
15 biji cili kering (dipotong2 ,direbus dan dibuang bijinya)  
4 biji bawang putih
1-2 biji bawang besar (tengok size)
3 btg serai
1 sd makan jintan manis
1 inci belacan
sedikit air


Cara2nya
  1. Lumurkan garam dan sebuk kunyit pd ikan yg telah dibersihkan.
  2. Tumiskan bahan2 yang dikisar .
  3. Masukkan garam ,gula ,air asam jawa dan serbuk perasa . Kacau sebati.
  4. Biarkan mendidih ,betul2 masak ,pekat dan kering macam gambar diatas.
  5. Bila sambal dah siap maka bolehlan disumbatkan kedalam ikan.
  6. Digoreng dgn api sederhana. Untuk mengelakan risiko melekat ,gorenglah dgn menggunakan non stick pan ya...
  7. Boleh semak step2 kat bawah ni ya..



Dah siap!
Selamat mencuba !

Wednesday, July 17, 2013

Tepung Bungkus



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sekejap jer dah masuk hari ke 8 kita berpuasa tapi sekali  pon tak sempat nak singgah Bazar Ramadan lg.
Maklumlah bila sampai  jer  kat situ parking pon tak dak , org pula ramai sangat....terus jadi letih dan balik rumah. Kekadang beli jer lauk kat tempat kerja atau balik masak apa2 yg simple dan cepat.

Kuih tepung bungkus ni akak buat sebelum puasa lg . Saja teringin nak makan ,kebetulan pula masa balik kg tu mak ada bg daun pisang dan kelapa . Ni la kali pertama akak cuba. Mmg senang kalu ikut resepi bdaria ni.   Rasa lemak ,manis ,masinnya mmg seimbang .Terima kasih  bdaria.
Kalu ada daun pisang kat belakang umah tu apa salahnya cuba buat utk berbuka nnt. Jom kita semak resepinya :


TEPUNG BUNGKUS
Sumber : Jurnal resepi bdaria
Dikongsi oleh :kaknita~jomknitamasak.blogspot.com
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)
1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A

  1. Potong gula merah menjadi ketulan kecil
  2. Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
  3. masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
  4. ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  5. Tutup api dan sejukkan inti anda

Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.

Langkah 2
Bahan B

  1. 200gm tepung pulut
  2. 150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B

  1. Masukkan tepung pulut dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
  3. Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
  4. Buat sampai habis dan ketepikan.

Langkah 3
Bahan C
2 pelepah daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.

Langkah 4
Bahan D

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air
Cara-cara memasak bahan D

  1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
  2. Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sampai keras sangat.

CARA-CARA MEMBUNGKUS

  1. Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
  2. Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
  3. Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
  4. Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
  5. Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.