Followers

Wednesday, July 17, 2013

Tepung Bungkus



Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sekejap jer dah masuk hari ke 8 kita berpuasa tapi sekali  pon tak sempat nak singgah Bazar Ramadan lg.
Maklumlah bila sampai  jer  kat situ parking pon tak dak , org pula ramai sangat....terus jadi letih dan balik rumah. Kekadang beli jer lauk kat tempat kerja atau balik masak apa2 yg simple dan cepat.

Kuih tepung bungkus ni akak buat sebelum puasa lg . Saja teringin nak makan ,kebetulan pula masa balik kg tu mak ada bg daun pisang dan kelapa . Ni la kali pertama akak cuba. Mmg senang kalu ikut resepi bdaria ni.   Rasa lemak ,manis ,masinnya mmg seimbang .Terima kasih  bdaria.
Kalu ada daun pisang kat belakang umah tu apa salahnya cuba buat utk berbuka nnt. Jom kita semak resepinya :


TEPUNG BUNGKUS
Sumber : Jurnal resepi bdaria
Dikongsi oleh :kaknita~jomknitamasak.blogspot.com
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)
1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A

  1. Potong gula merah menjadi ketulan kecil
  2. Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
  3. masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
  4. ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  5. Tutup api dan sejukkan inti anda

Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.

Langkah 2
Bahan B

  1. 200gm tepung pulut
  2. 150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B

  1. Masukkan tepung pulut dalam bekas.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
  3. Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
  4. Buat sampai habis dan ketepikan.

Langkah 3
Bahan C
2 pelepah daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan(agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.

Langkah 4
Bahan D

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air
Cara-cara memasak bahan D

  1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
  2. Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sampai keras sangat.

CARA-CARA MEMBUNGKUS

  1. Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
  2. Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
  3. Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
  4. Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
  5. Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.

2 comments:

Ini said...

selamat berpuasa nita...pandai depa buat kuih lama....hari tu lalu dkt pasar ramadhan dkt perda...nmpk makanan2 yg dijual mcm 5star gitu...tapi tak singgah pun...

Kak Nita said...

Selamat berpuasa juga buat Kak Eni sekeluarga...
first time try kak eni...
mmg bazar ramadan tu bestt ...nnt kita pi sama2 nak?...