Followers

Thursday, September 4, 2014

Merdeka di Pulau Lagenda


Assalamualaikum,



Salam Merdeka buat semua. Alhamdulillah dah 57thn kita merdeka .Rata2kan mengadakan sambutan hari merdeka dgn jayanya . Ramai jugak yg gunakan kesempatan cuti 3/4 hari ni utk jalan2 , balik kg dan sebagainya. Samalah jugak dgn akak yer,...gantung periuk belanga pi jalan2 dan cari makan kat kedai...haha.Percutian ni tak dirancang pon sebenarnya tapi disebabkan kami nak elakan berjalan dimusim cuti sekolah yg panjang maka kami pon bawalah anak2 pi jejalan siap2 . 

Kami bertolak ke Langkawi  pada awal pagi 31/08 melalui Jeti Kuala Perlis. Alhamdulilah tak ramai sangat time tu. Sejam je dah sampai di Jeti Kuah.Dlm lawatan yg singkat tu kami hanya pergi ketempat2 yg cadangkan oleh anak2 ; Gunung Mat Cincang, Pantai Cenang , Dataran Helang  dan jejalan sekitar Pekan Kuah.Memula sekali sampai di Pantai Cenang , rasa tenang sangat tengok keindahan lautnya yg bersih dan pasir yg memutih .  



Pantai Cenang

Masa tengah seronok main kat tepi pantai hujan pulak turun, apalagi kami pon beralih ke Gunung Mat Cincang . Kat situ ada Sky Cab , Sky Dome , 6D Cinemotion , Flying Fox dan macam2 lg .
Mulanya nak balik hari yg sama tapi sbb tak sempat lg nak "berwindow  shopping" ,maka kami pon bermalam disana.Sempatlah akak tengok-tengok barang sikit2. Boleh ka tengok jerrr..??



atas sky~cab
                                            

Gayat gilerr youuu... 


pemandangan dr atas..




menikmati keindahan alam...subhanallah cantik !!!

6D Cinemotion

Tinjau anak dr skrin luar 



Flying Fox


            Jambatan gantung

Dataran Helang
                                                                     



Makan apa disana ?
Sama ja macam makanan lain di Kedah tapi mahal banget walaupon rasanya tak seberapa.
Ada satu kuih yg agak unik dan Ist time jumpa : Apam Hong Kong -bentuknya macam apam balik dan berintikan kelapa dan santan tapi sizenya kecil sekali.
 Apam Hong Kong


Keesokan harinya kami pon berangkat pulang.
Tu je lah cerita percutian singkat kami kali ni.

Monday, August 25, 2014

Tart Nenas Gulung

Assalamualaikum,


Salah satu resepi tart nenas yg sedap dan tak memerlukan banyak bahan.Terima Kasih kak Noor Masri
kerana sudi berkongsi resepi ni. Buat sebelum puasa  dan selepas raya.
Insyaallah , kalu ada kesempatan pasni kita share tat nenas version lain pulak yer .

sebelum dan selepas dibakar.

Tart Nenas Gulung
Sumber 1 : Maizana
Sumber 2 : Dapur Noor masri
Dikongsi oleh: Kak nita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum Cap Sauh
625 g mentega (2 1/2 buku mentega) - tapi akak guna 500g mentega + 125 g majerin planta
4 kuning telur
1 putih telur
1/4 sudu teh garam halus
15-20 g gula halus - yg ni resepi asal tak letak tapi kalau tak letak pun tak pe lemak2 je pastrinya...letak pun tak apa...dua2 sedap
1 sudu teh esen vanilla
sket pewarna kuning ( kak nita tak letak)

1 kg Jem Nenas (kalu letak byk kena buat lebih sket lah jem tu)

Sapuan:

1 kuning telur + sket pewarna kuning + 1/2 sudu kecil air - kacau sebati


Cara membuat:

  1. Campurkan kuning telur, putih telur, garam halus esen vanilla dan pewarna kuning dlm mangkuk kecil, pukul sket.
  2. Dalam mangkuk besar, gaul kan mentega, gula dan tepung hingga menjadi serbuk roti kemudian masukkan campuran telur tadi. Gaul sebati. Masukkan dlm acuan tat gulung, picit dan letak kan jem kemudian gulung.
  3. Sapu atasnya dgn bahan sapuan kemudian bakar pd suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak (suhu dan masa bergantung kpd jenis oven)


Nota: Jika adunan keras yakni gulungan putus2 boleh lah tambah sket lg majerin/mentega sehingga mendpt adunan yg betul2 lembut





Saturday, August 23, 2014

Ayam Masak Kicap Mudah sangatttt....

Assalamualaikum,


Ini adalah menu kegemaran saya dulu,kini dan mungkin selamanya kot.....haha. Kini dah berjangkit kat anak2 pulak . Selalu buat bila anak2 request. Kebetulan last few weeks saya tak masak sangat sebab "m ' pun ada , letih sangat sejak2 lepas raya ni ..Pastu Balqis tanya "bila ibu nak masak ? Balqis teringin nak makan ayam masak kicap ni...nak bawa bekal ". Maka tersentot la si ibu ni... .kesian sungguh..Lalu bergegas bangun dan buatkan ..haha ... Tu la kanak2 ni tak perlu sediakan susah2 pon utk depa -janji kita sediakan dan selalu ada bersama dah cukup .
Utk Balqis Safea....ni ibu catatkan  resepi ni utk rujukan Balqis nnt ya:

Ayam Masak Kicap
Resepi asal : Mak saya
Olahan sikit2 : Kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
1/2 kilo ayam - dibersihkan dgn tepung /cuka
Garam
Kunyit
Kicap manis secukupnya
2 ulas Bawang putih  (ditumbuk)
2 ulas bawang besar ( 1/2 ditumbuk , 11/2  dipotong bulat)
1/2 inci halia(ditumbuk)
satu mangkuk kecil air asam jawa
1-2 sd besar sos cili
3-5 biji cili padi -diketuk.
sedikit serbuk perencah hilal (jika suka)

Cara2nya

  1. Ayam yg telah dibersihkan td digaulkan dengan sedikit garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam sehingga masak. Ketepikan 
  2. Gunakan minyak yang sama -lebih kurang 3 sd besar. 
  3. Tumiskan bahan2 yd ditumbuk td hingga garing
  4. Kemudian masukkan ayam, kicap manis , sos cili, kacau sebati 
  5. Masukkan air asam dan serbuk perasa-biar mendidih ( kalu nak kuah lebih boleh tambah air + garam secukupnya.) 
  6. Akhir sekali masukkan cili padi , bawang yg dipotong bulat -kacau sebati dan layu sikit dan angkat..






Monday, August 11, 2014

Cornflakes Crunch Cookies

Assalamualaikum ,




Biskut ni kak nita buat sebelum raya hari tu .Mmg sedap dan rangup . Terima kasih Kak wan sbb sudi share resepi ni. Kami sekeluarga mmg sukakan cookies . Rupanya tak cantik tak pa, janji rasa tu sedapkannn .Bila buat sendiri ni kita boleh kurangkan gula sikit  .
Kalu nak cuba jom kita semak resepi ni :


Biskut Cornflakes Crunch / Cornflakes Crunch Cookies
Sumber : Kak Wan
Dikongsi Oleh : Kaknita : jomknitamasak.blogspot.com

Bahan A
280gm mentega
180gm gula kaster
1/2 sudu teh vanila
2 biji telur B

Bahan B - di ayak
320gm tepung gandum / rose
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh emplex

Bahan C :  500gm cornflakes (di ramas sedikit)

Cara-cara :

  1. Pukul bahan A hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
  2. Masukkan bahan B dan gaul hingga menjadi adunan yang lembut.  Rehatkan di dalam peti sejuk     semalaman.(knita rehatkan 1-2 jam jer)
  3. Sudukan 1/2 sudu teh adunan dan gaulkan dengan cornflakes.  Susun di dalam dulang pembakar dan jarakkan kerana biskut akan mengembang dan meleper.
  4. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan dahulu pada suhu 150C selama 20 - 25 minit.
  5. Simpan dalam bekas kedap udara.


sebelum dibakar
selepas dibakar

Wednesday, August 6, 2014

Mee Kuah Simple



Assalamualaikum ,



Post tertunggak sebenarnya yg ni . Buat kalut2 utk berbuka . Tu pasai la la simple2- main bubuh jer apa yg ada . Lgpon nak berbuka tak perlu buat banyak2 nanti tak  habis ,membazir pulak jdnya .
Kalu nak  try , boleh semak resepi ni insyaAllah ....

Mee Kuah Simple
Resepi : kaknita -jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2nya
Sedikit Mee kuning ~agak2 dapat dalam dua mangkuk
dicelur dan ditoskan.

utk kuahnya
Daging direbus hingga empuk
2 ulas bawang merah~ditumbuk
2 ulas bawang putih~ditumbuk
2 sudu besar cili kisar bersama sedikit udang kering ~ikut rasa kalu nak pedas kasi lebih
1 sudu teh rempah sup
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 biji ubi kentang -direbus dan dikisar
garam ,gula dan sedikit kiub ayam

Cara2nya


  1. Tumiskan bawang yg ditumbuk tadi hingga wangi
  2. Masukkan   remaph sup ,cili kisar & dan sedikit air, kacau hingga pecah minyak 
  3. Masukkan sos cili, sos tomato,garam , garam dan perasa secukupnya. 
  4. Masukkan air rebusan daging secukupnya dan kentang yg dikisar tadi
  5. Bila mendidih dan masak. .
  6. Siap dan hidangkan panas2...bersama daging rebus yng dihiris nipis2 ,daun sup ,daun bawang , cili potong, bawang goreng  dan tauhu goreng..

  .

Saturday, August 2, 2014

Salam Aidilfitri 2014


Assalamualaikum dan salam aidilfitri ,



Dikesempatan ini kak nita ingin ucapkan Selamat Hari Raya  Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan2 blogger dan pengunjung2 blog ini yg tak jemu2 singgah kesini .Alhamdulillah , jumlah pageviews meningkat sejak dr awal ramadan hingga kini . Semoga apa yang dikongsi disini dapat memberi manafaat kpd semua dan semoga dr sini silaturrahim kita akan berpanjangan insyaAllah .

Berikut adalah gambar2 disekitar Hari Raya pertama 2014. 



Hanya 2-3 jenis yg sempat dibuat disaat2 akhir :






Antara juadah lain yg meletop pd Hari Raya kali ni adalah Rendang Daging dan Mee Rebus yg disediakan oleh Kak Za ...sedap tak terkata sampai terlupa nak amik gambar.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
 Maaf Zahir dan batin dr Kak nita sekeluarga...

Wednesday, July 9, 2014

Dendeng Daging


Assalamualaikum,


Pasti ramai yang tercari2 apa yang best utk bersahurkan? Macam keluarga akak ni, anak2 dan suami tak suka sangat bersahur dgn nasi. Biasanya kami selalu makan roti, sandwich , kentang goreng ,nugget, kurma ,air @ apa2 yang simple ja. Kekadang ada la buat nasi goreng  . Bagi memudahkan  lg proses menyediakan juadah utk sahur akak  akan buat sambal ikan bilis kering bersama kacang @ dendeng daging macam kat atas ni ~ senang gitu kalu nak makan nasi pon boleh @ dgn roti.Sesuai juga kalu jadikan bekalan utk anak2 ke asrama  sbb ianya boleh bertahan 3-4 hari .Resepi ni akak dapat dr blog Kak Ummi.
Terima kasih ya Kak Ummi. Izinkan saya memanjangkan resepi ni kat sini ya...



Dendeng Daging
Bahan:-
1 kilo daging fresh

(Daging dipotong besar2 dulu, rebus dan toskan. Kemudian potong kecil dan nipis. Tumbuk2 daging. Setelah siap menggoreng bawang, gunakan minyak bawang untuk menggoreng daging yang telah ditumbuk)

20 - 25 tangkai cili kering ] kisar
20 biji bawang merah ] bersama
1 cawan hirisan gula melaka
1/4 cawan air asam jawa pekat
3 sudu besar kicap pekat manis
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak masak
1 kilo bawang merah - buat bawang goreng

Cara Membuat:-
Panaskan minyak dalam kuali. 
Tumiskan cili dan bawang kisar.
Masak hingga betul-betul pecah minyak. 
Masukkan gula melaka, kicap, air asam jawa dan garam. 
Seimbangkan rasa. 
Masak hingga kering sikit dan naik minyak lagi, baru masukkan daging tadi. 
Kacau rata. Tutup api dan masukkan bawang goreng dan kacau rata. Sedap dimakan dengan lemang/pulut/nasi/roti.



Sunday, July 6, 2014

Puding Kastad Jagung Berkuah



Assalamualaikum , 


Rasanya ni adalah entry dessert pertama akak dibulan Ramadan ni. Untuk dessert lain kak nita tak sempat nak ambil gambar. Puding ni kak nita buat dua hari lepas . Suka sangat hirup kuah dia ni ...sejuk ja tekak .
Resepi ni sama macam entry akak yg dulu tu , boleh  klik sini @ boleh refer kat bawah ni.
Akak pasti ramai yg sukakan puding ni sebab antara pageviews tertinggi dlm blog ini adalah puding ni la.
Selamat mencuba.
  


Puding Kastad Jagung Berkuah
Sumber 1 : Kak Zai ~Teratak Impian
Sumber 2: kaknita-jomknitamasak.blogspot.com

Bahan2 Untuk Kastard 
1 cawan tpg kastard
2 cawan susu cair/susu segar + 2 cawan air (kali ni 1 cawan susu +3 cwn air)
3 sudu besar gula
1/2 tin jagung kremer dalam tin 

Cara cara
Campurkan semua bahan di atas di dalam periuk, kacau agar tepung kastad larut dalam susu.
Panaskan dan sentiasa kacau hingga adunan semakin kental dan kelihatan letusan kecil dan adunan semakin berkilat.
Tutup api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan

Bahan2 Untuk Kuah: 

1 tin susu cair
1 tin air(guna sukatan dr tin susu cair juga) 
5 sudu besar gula pasir/ikut kemanisan
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara: 
Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah dan tambahkan secubit garam. 
Biarkan kuah mendidih. 
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk 
Untuk menghidang masukkan kastard jagung dan kuah dlm mangkuk


Saturday, July 5, 2014

Jom main batu seremban!

Assalamualaikum ,


Dah lama teringin nak buat batu seremban comel ni tapi semalam baru berpeluang utk buat. Tu pon setelah diminta oleh Balqis dan kebetulan ada balance stok lama kacang hijau kat dapor tu.Pernah nampak gambar dlm fb kawan tapi pasti cara nak buat dia ,pastu akak goggle dan terjumpalah step by step dr blog saudari ni.
Terima kasih ya saudari. Dapat juga Balqis main batu serembat lembut dan comel ni (comel la sangattt...hahaha).Kalu akak dolu2 kutip batu2 kat tepi masjid tu jer sebelum pi mengaji ..pastu sementara menunggu Ustaz mai ,kami main batu ni dulu... bestkan..!


Hari ni main ngan anak pompuan sorang ni pulakkk...jom main..! 

Padprik Ayam

Assalamualaikum,



Semalam akak telah sediakan set/menu masakan Thai gitu.antaranya ialah Padprik Ayam, Sup Siam, ayam goreng berempah dan sayur taugeh goreng bertelur.Resepi PadprikAyam ni akak ambil dr blog Kak Nor.
Terima Kasih ya Kak Nor.Mmg mudah dan sedap. Senang nak masak dan nak makan sbb guna isi ayam dan sayur (apa yg ada jer).
Ni dia resepinya dan selamat mencuba ya...:




PADPRIK AYAM
resipi : Makyong @ MyResipi
sumber 1 : K.Nor@SecubitGaram
sumber 2: Kaknita@jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan
½ ekor ayam - dipotong kecil2
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda( knita hanya letak carrot ja..)
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
1 sudu besar cili mesin ~ ni k.nor tambah
bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap. (tumis dulu cili mesin sekejap jika ikut stail k.nor yg masukkan cili mesin)
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.




Friday, July 4, 2014

Mee Goreng Mamak


Assalamualaikum,


Sekejap jer dah masuk 7 Ramadan. Hari ni sampai rumah dekat2 pukul 7 pm . Nak singgah bazar ramadan pon tak sanggup sbb mmg sesak. Sesampai ja dirumah akak sempat goreng cucur udang , goreng mee dan buat air utk berbuka. Alhamdulillah  itu pon dah memadai sampai tak terasa nak makan nasi . Kekadang masakan kalut2 dan simple macam ni mmg terasa nikmatnya.
Kalu bukan org Penang mungkin depa tak suka makan mee mamak ni kottt...tapi  apa kita pakat try
masak ramai2 dan rasa tengok naa.....

MEE GORENG MAMAK
Resepi asal :Chef Hanieliza.
Sumber 1potretkasih
Sumber 2 : kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging -gantikan dgn udang
100 gm fish cake ) hiris nipis
100 gm fish ball )
4 keping kueh cucur udang )
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil] -tak letak
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari -tak letak
3 sudu kicap pekat
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
3 biji telur ayam
3 biji cili hijau [hiris nipis]

Cara.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
2. Masukkan daging/udang dan kacau rata.
3. Masukkan fish cake, fish ball dan kueh cucur udang. Biar sebentar.
4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
5. Masukkan taugeh dan sawi.
6. Ketepikan mee dan pecahkan telur di tengah-tengah kuali.
7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
8. Masakkan mee agak kering.
9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan. .



Tuesday, July 1, 2014

Popia Sayur

Assalamualaikum,



Salam Ramadan buat semua.... Harap2 semuanya sihat2 belaka dan dapat menjalani ibadah puasa dgn baik ya.Minggu lepas anak2 akak  diserang conjunctivitis (sakit mata) . MC sambung menyambung sbb memula Luqman , pastu Balqis dan seterusnya Rafiq . Pada 2 Ramadan terkena pula la girliran akakkkk...sakit youuu..rasa macam ketat sangat bola mata ni , nak gerakan mata , celik ,pejam pun sakit ...bila telan dan titik ubat ok la sikit . Hari ni dah beransur ok..alhamdulillah.Popia ni akak buat utk iftar 1st Ramadan , ni mmg favourite anak2 , senang dan cepat . Rasa dia ala2 pie tee Chicken Rice Shop gitu...tak caya boleh cuba nnt.Bagi anak2 kecil yg tak sukakan sayur tu ,cer try bagi yg ni ~pasti dia akan sukaaa....


Popia Sayur.
Resepi : kaknita jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan
kulit popia secukupnya
(kak nita guna size kecil)

UNTUK INTI

1/2 batang carrot-diparut memanjang
1/2 biji sengkuang kecil -diparut memanjang
1/3 biji timun-diparut memanjang
satu mangkuk taugeh
1/2 biji bawang besar kuning* - jika suka boleh mayang shj
1 biji bawang putih*
1/2 mangkuk isi ayam/udang didadu kecil
telur hancur/scramble - optional
garam
sedikit lada sulah
perisa@gula sedikit

Cara-cara

  1. Utk Inti - tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan isi ayam/udang  kacau rata.
  3. Masukkan sengkuang, carrot dan timun. Biarkan sebentar hngga sayur lembut dan kering sedikit ( ** jgn campur air sbb sayuran ni akan keluarkan air-seeloknya ditoskan dulu setelah dibasuh.
  4. Kemudian masukkan taugeh.
  5. Perasakan dengan garam, lada sulah dan juga perisa@gula (jika suka). tutup api dan sejukkan.
  6. Isi ke dalam kulit popia, gulung kemas dan gamkan dengan air atau campuran tpg jagung dan air. Dan goreng dengan minyak panas hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
  7. Hidangkan dengan sos pilihan@ boleh dimakan begitu saja..

Selamat mencuba!

Saturday, June 28, 2014

Karipap

Assalamualaikum ,


Lagi sehari lg kita akan bertemu Ramadan . Cepat sungguh masa berlalukan....
Alhamdulillah , masih lg berpeluang menjalani ibadah puasa bersama keluarga dan sahabat2 . Moga2 kita semua dikurniakan kesihatan yang baik utk meneruskan ibadah seterusnya, insyaAllah.
Semalam akak buatkan karipap ni utk sarapan  anak2 pagi tadi . Rangup dan intinya pon sedap .Terima kasih kpd Tahrunnisah Jali yg sudi share pelbagai resepi yg menarik di fbnya . 
Jom kita check resepinya :

Karipap
Resepi asal : fb Tahrunnisah Jali
Dikongsi oleh : Kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

(satu adunan ni dapat dlam 20 biji .)
1 1/2 cawan gandum
1sb penuh tepung beras
1sb penuh tepung ubi-knita gantikan dgn tepung jagung
1/2 sb gula
secubit garam
1 1/2 sb marjerin atau shortening terpulang (saya punya guna shortening)
4 sudu besar minyak panas
air secukupnya (saya guna air sejuk peti ais)
caranya
gaul bahan2 kering gandum, tpg beras, tpg ubi, gula, garam, shortening/marjerin
kemudian curah minyak panas dan gaul lagi
dan curah air sedikit demi sedikit dan uli sehingga tak lekat ditangan dan lembut
gelek doh tadi nipis dan guna acuan karipap dan isi inti kesukaan anda
goreng dlm api sederhana panas
insyaallah jadi licin molek je

resepi inti karipap sedap (lebihan inti boleh frozenkan )

1 keping dada ayam di cincang halus
2 biji bawang besar (dipotong halus)
3 ulas bawang putih (potong halus)
6@7 biji ubi kentang di potong dadu
1 biji lobak merah dipotong dadu
daun sup dipotong kecil ( knita tak letak -tak der stok)
3 sudu besar rempah kari
segenggam ikan bilis*
segenggam udang kering*( kaknita tak letak )
kalau ada daun kari pun sedap diramas
garam dan gula



Caranya
1. tumbuk bahan bertanda* hingga halus
2. panaskan kuali..masukkan sedikit minyak
3. masukkan bawang besar dan bawang putih tumis hingga naik bau
4. masukkan daun kari dan rempah kari kacau sebati
5. masukkan dada ayam,dan bahan yang ditumbuk kacau lagi
6. masukkan pula ubi kentang yang dipotong dadu..masak sehingga empuk dan airnya kering
7. last sekali perisakan dgn garam dan gula serta masukkan lobak merah dadu tadi dan akhir sekali masukkan potongan daun sup... kacau dan angkat



Wednesday, June 25, 2014

Gulai Ikan Sembilang & Daun Kesum

Assalamualaikum,


Gulai ni adalah permintaan En Suami  beberapa hari lepas. Dah lama tak makan Gulai ikan Sembilang ni sbb tu  bila terjumpa ikan segar ni di pasar dia terus beli.Alhamdulillah mmg dia suka .
Kali ni akak letak santan sikit . Sekali sekala kan...kira pa...hahaha.
Jom kita tengok resepi terus la.

Sumber 1:EDITORIAL RASA (Tarikh: 29 Januari 2014)
Sumber 2: kaknita~jomknitamasak.blogspot .com

BAHAN-BAHAN:
500 gm ikan sembilang
250 ml santan
5 biji bawang merah | ditumbuk
4 ulas bawang putih | ditumbuk
3 biji bawang merah | dimayang
1 batang daun kesum
1 sudu teh serbuk jintan putih (jintan putih ditumbuk halus bersama bawang merah + putih)
2 sudu makan rempah kari ikan Baba's
2 sudu makan air asam jawa ( knita lebihkan sikit )
2 sudu makan minyak
Garam secukup rasa
sedikit timun

CARA MEMASAK:-
(cara kak nita)

1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dimayang dan bahan tumbuk + sedikit halba campur sehingga  berbau harum.
2. Kemudian masukkan rempah kari . Kacau dan masuk kan sedikit air dan kacau sebati biatkan mendidih sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ikan , timun dan air asam jawa. Kacau rata.
4. Masukkan garam secukupnya ,santan  dan daun kesum. Biarkan mendidih sehingga masak  dan angkat.


( cara RASA)

1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dimayang dan bahan tumbuk sehingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan rempah kari yang digaul bersama serbuk jintan putih. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan. Kacau rata.
4. Masukkan ikan, garam dan daun kesum. Apabila mendidih masukkan air asam jawa. Kacau selama dua minit dan angkat

                                     mmg kena sangat la dgn sambal belacan + buah machang+ulam

Tuesday, June 24, 2014

Talam Marble


Assalamualaikum,


Hari tu masa bershopping bebarang dapur terbelilah tepung hoen kwee. Gatai tangan sungguh!Bila dah kesian tengok tepung tu  dok tergolek  dlm almari berminggu2 akak pon goggle dan jumpa resepi  talam marble dr blog kak ita nih..Betullah kata kata ita mmg senang nak buatnya. Sedap,lemak dan terasa coklatnya gitu. Sesuai utk kenduri2 sbb 1/2 adunan pon dapat banyak.Sempat juga bagi jiran2 rasa masa jamuan makan2 hari tu. Terima kasih atas perkongsian resepi ni ya Kak Fida dan Kak ita.
Kalau nak cuba, sila semak resepi kat bawah ni:

TALAM MARBLE
Resepi asal: Kak Fida
Sumber 1:azlitamasammanis
Sumber 2:kaknita~jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
240 g tepung Hoen Kwee hijau
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)-knita kurangkan sikit gula ni.
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko
choc emulco - ita tambah



Cara2nya

  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
  2. Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
  3. Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
  4. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan.
  5. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  6. Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.


Untuk resepi ni ita hanya buat 1/2 adunan aje.. Ita gunakan hanya santan kotak. Ita guna 1 kotak santan 200 ml dan selebihnya ita campurkan dengan air untuk mencukupkan sukatan santan tu.= dgn kak nita.


Sunday, June 22, 2014

Pau Coklat


Assalamualaikum,


Percubaan pertama akak utk buat kuih pau.Alhamdulillah , mmg gebuss!Kali ni buat inti coklat. InsyaAllah
lain kali nak pelbagaikan intinya pula. Kelemahan inti coklat ni ialah coklat tu akan mengeras bila sejuk sbb tu la kat kedai tu Pau Madura tu sentiasa dalam kukusan . Yang penting pau tu lembut , gebuss dan putih .Terima kasih Izah sbb share resipi ni ya.


PAU
sumber1 : kak Yani@myR
sumber 2:izahdaut.blogspot.com
sumber 3:kaknita-jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan ( 8 biji )-knita buat kecik sikit ,so dapatlah 9 biji

300g tepung gandum *saya letak 1/2 tepung pau (knita letak tepung hongkong-semua)
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur


Cara-cara


  1. Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
  2. Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
  3. Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
  4. Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
  5. Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
  6. Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
  7. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  8. Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
  9. Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
  10. Saya letak inti krim coklat . (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
  11. Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
  12. Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.


Wednesday, June 18, 2014

Butter Pancake


Assalamualaikum,



Selamat pagi semua....kalu tengah dok pening kepala nak buat berakfast apa hari ni/esok  boleh la try resepi ni .Cukup simple ,sedap dan gebuss. Walaupon rupa dia tak cun tapi anak2 mmg suka . Sedap macam McD punya pancake gitu. Kalu nak tengok pancake yg cun nya bole ziarah dapur Kak Ummi.Terima kasih Kak Ummi,mmg terbaiklah  kak!.InsyaAllah kak nita akan cuba perbaiki rupa paras pancake ni pasni... hahaha..

BUTTER PANCAKE 
Resepi: Hajar Fotopages
Sumber 1: Ummi @ Home Sweet Home
Sumber 2: kaknita -jomknitasak.blogspot.com

Bahan:-
3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar-knita letak susu cair
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
secubit garam

Cara Membuat:-

1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat. Hidangkan dengan maple syrup dan jem kegemaran.




Cer tengok isi kat dalam tu ..

yg sempat diambil gambar...yg lain dah hilanggg...