Followers

Thursday, August 20, 2015

Mee Udang


Assalamualaikum,


Resepi ni dah lama akak cuba. Kebetulan aritu dapat udang galah segar di pasar terus je buat mee ni . 
Jom semak resepi kat bawah ni. Tq tuan punya resepi . 


Mee Udang

Sumber 1 : Che Iza @ Myresepi
Sumber 2; dapur-mamasya
Dikongsi oleh ; Kaknita -jomknitamasak@blogspot.com

Bahan-bahan ( 3-4 org ) 
* 1/kg mee kuning 
* 300 gm udang saiz L@apa2 saiz- kak nita letak udang galah
* 4 sb cili kisar - kaknita letak 2sb  
* *4 ulas bawang merah 
* *3 ulas bawang putih 
* *1 sb udang kering- letak 2 sb 
* *1/2 inci halia 
* 1 sb petis - x ada petis ganti 1 sb sos rojak (kaknita xletak)
* 3 sb sos tomato-lebihkan sos
 * 1 sb sos cili 
* keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)-letak 1 ketul ubi keledek * gula n garam 
* taugeh n sawi 
* daun bawang n bawang goreng, tambah telur rebus,tauhu goreng & limau nipis 

Cara-cara 
1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
2. Tumis cili hingga garing... 
3. Kisar bahan bertanda **... 
4.Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau.... 
5. Masukkan air rebusan udang biar kuah mendidih...
6. Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah 
7. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... 
8. Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
9. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos. 
10. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng..... 
Nota dapur mama;
1.Kalau ubi keledek berketul2 dlm kuah,ceduk ubi keledek dgn kuah dan masukkan dlm blender.blender sampai ubi dah hancur. 
2. Udang dan ketam yg dah direbus, mama letak je dlm kuah bila kuah dah pekat dan hampir masak..senang ceduk sekali dgn kuah bila nak makan..biar rasa kuah lagi mesra dgn rasa udang dan ketam...reneh sekejap aja.boleh dihidang.



masa ni sekilo RM25.00

4 comments:

Nooriah Abdullah said...

assalamualaikum Nita
nampak sedap lah mee udang macam nak makan lani saja

Kak Nita said...

Waalaikumsalam kak noor...
rindu sungguh kat kak noor ....
mai sini kak noor kita makan sesama.

HomeKreation said...

Aslmkm KakNita. Uikkkk... sedap ni... Along pun baru jer Mee Udang minggu lepas tp tak dan pun nak snap punya sedap sampai terlupa kamera....heheeee

Kak Nita said...

Waalaikumsalam Along..

Minggu ni kalu buat lg jgn lupa snap yer..hihi