Followers

Tuesday, August 11, 2015

Manggo Sago



Assalamualaikum...
Inilah  desert paling senang,cepat dan sedap janji kena guna mangga yg best qualitynya. Mula dicadangkan oleh sahabat lama di whatsapp pada Ramadan yg lalu. Bila dicuba baru tau mmg sesuai dgn tekak . Menurut en. goggle desert ini sangat popular di Hong Kong yang mana resepi asalnya menggunakan santan , sagu dan mangga tapi kaknita ikut resipi kat bawah ni , guna susu je..





Manggo Sago
Sumber: myresipi.com
Dikongsi Oleh : kaknita - jomknitamasak.blogspot.com

Bahan-bahan ( 2 - 4 gelas (bergantung pada saiz) )

1 biji mangga besar @ 2 biji mangga sederhana, masak ranum - isinya lebih kurang 11/4cwn
1/4 cwn biji sagu kecil - boleh dikurangkan kpd 1/8C
1/2 cwn susu pekat manis (boleh dikurangkan kpd 1/4 cwn) @ 1/2cwn susu sejat/evaporated milk + 4sb gula
1/2 cwn susu segar
Gula - jika perlu
Sedikit ice cubes - optional

Cara-cara

  1. Rendam biji sagu dalam air paip selama sejam. Basuh dan tapis untuk buangkan lebihan kanji. Ketepikan.
  2. Didihkan 1C air dalam periuk kecil, masukkan biji sagu tadi. Masak hingga lembut dan lutsinar dalam 4-5 minit. Tapiskan dalam penapis dan lalukan bawah air mengalir untuk elak sagu melekat. Ketepikan.
  3. Buangkan kulit mangga dan dadu-dadukannya. Ketepikan 1/4C untuk perhiasan.
  4. Blend baki mangga, susu sejat/susu pekat manis, susu segar, gula (jika perlu) dan ice cubes (jika mahu) hingga dapat pes yang smooth. Tambah susu segar jika inginkan adunan lebih cair.



No comments: