Followers

Wednesday, September 10, 2014

Laksa Penang


Assalamualaikum ,



Laksa mmg peberet akak.Sebaik saja kak Ita post entry ni diblognya, terus rasa teringin-tak lama pastu akak cuba terus ikut resepi ni. Bahannya lebih banyak kalu nak dibandingkan dgn resepi yg akak selalu buat tu. rasanya pon berbeza sikit tapi tak kurang hebatnya . 
Jom kita semak resepi yg cukup terperinci dr Kak Azlita Aziz yg ternyata sangat rajin orgnya!

Laksa Penang
Sumber :  azlitamasammanis

Bahan-bahan Untuk Stock Ikan

10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
5 keping asam keping
Air secukupnya untuk merebus ikan

Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.
Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih. 
Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol

Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.
Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.
Masukkan  juga asam keping
Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.
Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.
Isi ikan pula kita bahagi 2.
1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.
Lepas kisar, kita tapis.
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk. 


Bahan untuk pes

20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen

Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus




Bahan Untuk Kuah Laksa

Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
Isi ikan yang di ramas kasar
Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
2 batang serai ~ di titik ( maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
7 keping asam keping
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 mangkuk daun kesum 
1 sudu besar pes udang atau petis
1 batang empulur nenas ( isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)
Garam , Gula secukup rasa dan serbuk perasa /kiub pati ikan bilis (jika suka)

Bahan dah pun siap!
Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak. 

Cara2nya
Masukkan semua Bahan Untuk Kuah Laksa dan pes kedalam periuk .
Didihkan hingga masak.Kuantiti air -ikut kepekatan yg dikehendaki.



Bahan-bahan yang di makan bersama kuah laksa

1 kg laksa beras yang telah di rebus
1 pokok daun salad ~ di hiris
1 ikat daun pudina ~ di hiris
1 ikat daun selom ~ di hiris ( kalau tak ada pun tak apa)
1 batang timun ~ di hiris mancis
1 labu bawang besar ~ di hiris
1/2 biji nenas ~ di racik halus
telur rebus ~ di belah 4
Limau kasturi
1 kuntum ~ bunga kantan di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
cili padi secukupnya ~ di hiris halus















4 comments:

HomeKreation said...

Aslmkm. Waduh... Aong betul2 kecur ni. Beli laksa dah berapa bulan tak terbuat2 pun lagi....

Kak Nita said...

Wsalam wbt..
meh buat hari ni along ...kejap ja -main campak2 gituuu..hihi

Norliza Osman said...

Salam kak nita.bila baca resepi ni mcm senang je nak buat.tp tkt x jd.hik3x.sy ni pengemar laksa penang walaupun org johor.

Kak Nita said...

W/salam Norliza,
cubalah insyaAllah jadi.
Kalu nak cuba versi yg lg senang sila klik resepi akak satu lg kat sini:
http://jomknitamasak.blogspot.com/2013/01/laksa-asam-laksa.html